Nak Cari Hidangan Autentik Johor, Boleh Singgah Restoran Kacang Pool Haji

Restorang Kacang Pool Haji ini sudah lama beroperasi. Kiranya kalau penduduk Johor jati pasti mengetahui kewujudan restoran ini. Terletak berhadapan dengan Sek Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew (3) di bandar Johor.

Dibuka seawal pagi menawarkan pelbagai jenis hidangan autentik Johor yang cukup popular. Antaranya seperti kacang pool, nasi ambeng, mee rebus, lontong kering, lontong, lontong goreng dan pelbagai lagi,

Dekorasi didalam kedai memang klasik. Tidaklah kelihatan mewah cukuplah menampakkan betapa antiknya poster dan gambar yang tergantung di dinding. Restoran Kacang Pool Haji ini telah diusahakan bergenerasi sehinggalah ke hari ini.

Biarpun nampak klasik, persekitaran tetap bersih dan selesa. Bukan nak puji tapi pekerja di sini memang cekap mengambil serta menghantar pesanan. Pelanggan tidak perlu menunggu lama memandangkan makanan yang didalam menu semuanya sudah tersedia masak di dapur.

Antara yang telah hidangan Johor yang telah saya cuba disini seperti:-

Kacang Pool

Antara menu wajib dicuba jika datang ke sini adalah kacang pool. Memang sedap dan puas hati.


Nasi Ambeng

Untuk nasi ambeng bagi saya rasanya biasa sahaja. Walaupun memang sedap tapi saya memang sukakan nasi ambeng yang meriah seperti ada sambal ikan bilis bersama petai, ikan kering dan sebagainya.

Mee rebus

Mee rebus kat sini sedap juga. Boleh order lagi kalau datang makan di sini.

Lontong kering

Lontong kering. Nampak biasa tapi sebenarnya sedap juga. Menjadikan lontong ini extra hebat sebab adanya kelapa kering goreng yang didatangkan sekali bersama hidangan.

Ada lagi makanan lain yang boleh dicuba. Harga yang ditawarkan semua berpatutan, tidaklah terlalu mahal yang di luar jangkaan. 

Bagi mereka yang datang ke Johor jangan lupa singgah Restoran Kacang Pool Haji, gerenti sekali cuba pasti akan datang repeat lagi!


Nak Cari Hidangan Autentik Johor, Boleh Singgah Restoran Kacang Pool Haji Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 03, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Sini memang sedap, satu lagi di gerai sebelah bomba sana, pun banyak pilihan.. tapi Sis ko orang Johor ni jarang singgah hahahaha

    ReplyDelete
  2. so far tak pernah lagi mkn kcg pool tu hehheh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.