Wawawax Body Scrub Menjadikan Kulit Sihat Bermaya dan Berseri-Seri


Penjagaan luaran badan memang sama pentingnya bagi memastikan kulit kita sentiasa sihat dan bermaya. Paling penting kita kena rajin menjaganya seperti menggunakan skrub bagi menanggalkan sel-sel kulit mati, melembutkan serta pada masa yang sama mengekalkan kelembapan kulit.  Dan produk Wawawax Body Scrub memang sangat saya syorkan untuk mencubanya memandangkan kini saya sedang guna dan memang sangat berpuas hati impaknya selepas penggunaan.

Puan Najwa Othman (Pengasas bersama Wawawax) &
Puan Naqiah Othman (Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd )
di Majlis Pelancaran Wawawax Body Scrub.

Untuk pengetahuan semua Wawawax Body Scrub merupakan jenama lokal waxing dan penjagaan diri di Malaysia sejak 2016. Istimewanya formulasi Wawawax Body Scrub memberi 3 manfaat seperti berikut:-

  • Menanggalkan sel-sel kulit mati
  • Mengurangkan ingrown hair disebabkan oleh waxing atau bercukur
  • Memastikan kulit licin, lembut dan lembab selepas digunakan
  • Membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik

Menggabungkan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dengan formula unik, menjadikan Wawawax Body Scrub produk yang begitu istimewa. Apatah lagi dengan adanya Garam Himalaya serta Ekstrak Bengkoang. 

Sedikit info untuk semua, Bengkoang merupakan tumbuhan ubi yang mempunyai banyak khasiat, salah satunya dapat membantu mencerahkan kulit. Beberapa kandungan nutrisi yang terkandung dalam keladi termasuk antioksidan, vitamin C, vitamin B, saponin, flavonoid, dan bahan aktif lain.

Dua Pilihan Menarik - Sweet Peachy dan Rosie Red


Terdapat 2 pilihan body scrub yang boleh dicuba Wawawax Body Scrub iaitu Sweet Peachy dan Rosie Red. Bagi yang menggemari bauan manis-manis buahan pastinya akan lebih menggemari dengan  Peach Clear. Manakala untuk yang sukakan bauan romantis Rosie Red adalah pilihan yang lebih tepat


Cara Penggunaan Yang Cukup Mudah dan Paraktikal

Antara cadangan terbaik penggunaan Wawawax Body Scrub adalah seperti berikut: 
  1. Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit anda dengan Cold Wax Hair Removal kami atau apabila kelembaban diperlukan, sapukan sedikit Wawawax Body Scrub ke hujung jari anda dan sapukan pada kulit yang telah dibasahkan. 
  2. Sapukan dalam gerakan bulat kecil dengan tekanan yang lembut. 
  3. Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk perlahan-lahan dengan tuala. 
  4. Elakkan sentuhan dengan luka dan kulit sensitif.

Syabas Atas Kejayaan 3 Stokis Terbaik Wawawax

Kejayaan hebat di mana stokis Wawawax berjaya membuat jualan menghampiri RM 1.5 juta!  

Saufinas Binti Ismail | Jualan RM1,495,521.00

Satu pencapaian yang cukup hebat dari Puan Saufinas (@orgawax.byfynas) dan team. Sepanjang tahun 2021, Leader Saufinas berjaya mencapai beberapa target ganjaran antaranya seperti Dyson v11 dan wang tunai  sehingga RM 14,000. 


Nur Husna Ahmad Hasib | Jualan RM598,460.00

Tak kurang hebat juga Leader Husna WAWAWAX MAIN DISTRIBUTOR  dengan Sale RM 598,460! Leader Husna berjaya mendapat ganjaran produk Norwex bernilai RM 500 dan wang tunai sehingga RM 3500 sepanjang tahun 2021. 

Nurul Aini Eko Praswidodo | Jualan RM282,010.00

Sorang lagi Top 3 stokis iaitu Leader Aini berjaya membuat jualan 282,010 untuk tahun 2021. Antara pencapaian Leader Aini @ainiorganik adalah ganjaran produk Norwex bernilai RM 500 dan wang tunai sehingga  RM 1000. 


Review Penggunaan Produk Wawawax Body Scrub

Saya memang seorang yang sangat teliti terutama dalam pemilihan produk penjagaan diri dan kesihatan. Pertama kali saya melihat pada produk Wawawax Body Scrub, memang terus jatuh hati dengan pembungkusannya. Sangat comel, kompak dan ada tarikannya tersendiri.

Agak menarik ianya didatangkan didalam bekas tiub yang memerlukan kita picit sahaja mengikut amaun yang diperlukan. Jadi kita boleh agak-agak banyak mana amaun yang diperlukan, tidak akan ada pembaziran berlaku.


Dari segi tekstur, kita akan dapat rasa biji-biji halus seperti garam yang sangat lembut. Bila disapu/digosok ke kulit badan memang ianya mudah serap. Waima, kita sendiri akan rasa seronok serta puas hati sebab benar-benar terasa kita mencuci dengan sebersihnya (deep clean).


Untuk aroma saya lebih menggemari Sweat Peachy. Agak strong bau buah peach tapi saya merasakan ianya sesuatu yang hebat dan menyegarkan (refreshing). Bauan buahan manis yang memberi lebih energi dan keseronokan!


Tetapi untuk mood yang lebih romantis, saya syorkan Rosie Red. Kita semua tahu tentang sensualiti bauan bunga ros yang boleh meningkatkan mood mewah dan pesona diri seseorang itu :-)


Lepas guna memang terasa lembut sahaja kulit dan paling best aromanya memang memberikan mood yang terbaik! Hilang rasa stress juga tau :-)

Jangan lupa untuk mencuba sendiri Wawawax Body Scrub. Dan produk ini boleh didapati daripada ejen Wawawax sekitar negara dan Shopee pada harga RM32 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 
@wawawax_hq (Instagram)
www.wawawax.com.my 
fatinwawawax@gmail.com

Pesonakan diri bersama Wawawax Skrub Badan,
Kulit cantik berseri-seri meningkat lagi keyakinan!

#scrubtosmooth
#wawawax
 
Wawawax Body Scrub Menjadikan Kulit Sihat Bermaya dan Berseri-Seri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 15, 2022 Rating: 5

4 comments:

  1. I suka Rosie Red and tenang je baunya di tangan

    ReplyDelete
  2. Suka bau dua2 ni..best..lepas gunalicin je kulit ni

    ReplyDelete
  3. Dedua best kan kak. Rasa macam relax dan nyaman je gosok-gosok sambil tengok tv. Hahahaha. Sebelum mandi, rutin skrub yang Rosie Red. Best kak.

    ReplyDelete
  4. Excellent job, this is great information which is shared by you. This info is meaningful and factual for us to increase our knowledge about it. about Body Coffee Scrub In Lebanon So please always keep sharing this type of information.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.