Berbuka di Restoran Secret Garden by SACC | Buffet Ramadhan Harga Serendah RM45 Sahaja



Berbuka di Restoran Secret Garden by SACC | Buffet Ramadhan Harga Serendah RM45 Sahaja- Ini adalah pertama kali saya datang ke Secret Garden by SACC, sebuah restoran yang berkonsepkan santai dengan dekorasi yang cukup minimalis berlatarbelakangkan keindahan Tasik Shah Alam. Restoran ini cukup popular dengan masakan selera timur dan juga barat.


Restoran Secret Garden by SACC mula beroperasi sejak November 2021 dan lokasinya terletak dibawah ibu pejabat PKNS. Untuk operasi biasa  ianya dibuka seawal jam 7 pagi sehingga 5 petang (hari Isnin sehingga Jumaat).

Dan tahun 2022 merupakan tahun pertama Restoran Secret Garden by SACC menawarkan buffet ramadhan untuk pelanggan-pelanggannya.


Buffet Ramadhan Restoran Secret Garden 2022

Chef Fairus bin Shaiffe antara chef yang terlibat dala menyediakan hidangan sepanjang bulan ramadhan


TEMA:
Selera Nusantara

Tarikh:
5 April - 28 April 2022

Masa:
6.30pm-10pm

Harga Per Pax:
RM35 (early bird tawaran sehingga 3.4.2022)
RM45 (dewasa)
RM25 (Kanak-kanak berumur 7-10 tahun)
Percuma (kanak-kanak bawah 6 tahun)

Tempahan:

Daging kambing sangat sedap ya! Korang kena cuba kalau berbuka disini

Untuk buffet ramadhan tahun 2022, Restoran Secret Garden by SACC menawarkan lebih 50 sajian istimewa yang berkonsepkan 'Selera Nusantara'.  


Antara hidangan yang ditawarkan seperti Udang Masak Lemak, Ayam Bakar, Sotong Berlado, Kambing Kuzi dan pelbagai lagi. Untuk pengetahuan semua, menu utama akan berubah setiap hari mengikut giliran. Jadi tidak ada masalah jika anda datang berbuka disini hari-hari memandangkan hidangan yang disediakan tidak akan sama.


Dan saya paling teruja apabila ada pelbagai jenis sambal, pastinya yang paling digemari adalah sambal tempoyak.



Dapat dinikmati pula bersama ulam-ulaman, memang menambah selera. Puas hati.


Restoran Secret Garden by SACC juga menyediakan 8 gerai makanan dan minuman yang menarik. Antaranya seperti gerai Char Kuey Teow. Memang sedap dinikmati ketika masih-masih panas. Dengan adanya kerang dan jeruk lada, memang kombinasi yang cukup sempurna.


Ada juga pecal! Ini adalah kegemaran saya :-) 


Begitu juga dengan hidangan lain seperti Lontong Selangor, Roti John, Ikan Bakar dan pelbagai lagi. 



Ada juga pisang goreng, keladi goreng dan macam-macam lagi. Paling best, disediakan juga kicap pedas untuk dinikmati bersama pisang goreng panas-panas.


Ada gerai ABC juga. Boleh pinta (request) isi ABC yang kita inginkan.


Kuih-muih tradisi tempatan. Ada pelbagai ya :-)


Pencuci mulut lain seperti kek dan jelly.


Kegemaran saya tentulah Bread Puding. Sedap! Korang kena cuba.


Ada minuman sejuk. Saya paling suka air kathira. Pada bulan puasa air kathira selalu mendapat permintaan yang agak tinggi juga tau!


Minuman panas. Selalunya minuman ini sebagai penutup hidangan dinikmati bersama pencuci mulut.



Luas dan selesa, buffet ramadhan sesuai untuk seisi keluarga. 

Untuk pembelian voucher dan tempahan boleh hubungi 03-55250300 ext 1956 atau 016-5206155

Boleh ikuti laman sosial media Secret Garden juga :-)
IG : @secretgardenbysacc

Berbuka di Restoran Secret Garden by SACC | Buffet Ramadhan Harga Serendah RM45 Sahaja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. dekat dgn tempat shopping, penat shopping terus berbuka...balik ada sinyummmm!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.