Butik Aisy Asyraf Shah Alam Menawarkan Pelbagai Koleksi Versatil Pakaian Raya Untuk Lelaki
Butik Aisy Asyraf Shah Alam Menawarkan Pelbagai Koleksi Versatil Pakaian Raya Untuk Lelaki - Kawasan perniagaan Seksyen 7 Shah Alam memang kerap menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya tiba musim perayaan. Di kawasan ini terdapat banyak butik-butik baju, kedai emas, restoran dan pelbagai lagi. Boleh dikatakan kawasan perniagaan seksyen 7 ini merupakan pusat sehenti untuk mereka yang ingin berbelanja untuk hari raya. Macam-macam ada! Termasuklah butik Aisy Asyraf.
Butik Aisy Asyraf terletak di tingkat 1 di atas Restoran Jemari yang cukup popular dengan hidangan Thailand terutama tomyam. Dan berdekatan dengan Butik Aisy Asyraf terdapat deretan butik pakaian wanita daripada pelbagai jenama. Jika datang ke sini anda tidak perlu risau tentang parkir. Ini kerana selain daripada di hadapan butik ada disediakan parkir, terdapat juga bangunan parkir bertingkat berdekatan.
Suasana didalam butik sangat kemas dan teratur. Kita nak buat carian baju memang sangat mudah dan tidak makan masa yang lama. Apatah lagi dilayani dengan staff butik yang cukup sabar dan memahami kehendak pelanggan menjadikan saya rasa begitu senang berurusan di sini.
Banyak pilihan rekaan dan warna!
Seronok! Untuk saya yang sentiasa menjadi penata gaya untuk suami dan anak lelaki, saya memang puas hati apabila memasuki Butik Aisy Asyraf. Disebabkan kebiasaan wanita memang pantang nampak koleksi pakaian yang warna-warni terus hatinya berbunga-bunga. Hiks.
Untuk info, Aisy Asyraf antara jenama pakaian lelaki yang menawarkan pelbagai rekaan pakaian seperti baju melayu, kurta dan kemeja. Pilihan yang cukup banyak memang kita akan rambang mata ketika membuat pemilihan.
Jahitan sangat kemas dan terletak pada badan pemakai dengan sempurna
Paling penting rekaan yang ditawarkan adalah 'up-to-date' mengikut perkembangan semasa. Jahitan kemas memang terletak di badan begitu sempurna. Nampak kualiti jenama Aisy Asyraf bukanlah yang biasa-biasa. Bahkan begitu esklusif menjadikan penampilan pemakai nampak segak bergaya.
Unik! Rekaan pleated di bahagian kolar leher
Bayangkan ada setengah koleksi di sini mempunyai sehingga 23 warna menarik untuk dipilih. Jadi tidak sukar sebenarnya jika kita mahu mencari pakaian sedondon dengan suami dan anak -anak lelaki. Ini kerana pilihan warna bukan sahaja terdiri daripada warna-warna asas yang biasa tetapi macam-macam tone warna ada.
Akid menggayakan Kurta Hatta | RM139 (menawarkan saiz sehingga 3XL)
Selain itu untuk koleksi kurta terbaru dari Aisy Asyraf ada menawarkan saiz sehingga 7XL. Bagi mereka yang bersaiz comel (read: besar) tidak ada masalah untuk bergaya di hari raya. Terjah sahaja butik Aisy Asyraf boleh pilih pakaian yang mana anda suka!
Istimewanya untuk koleksi kurta Aisy Asyraf terdapat 3 jenis rekaan bahagian tangan diperkenalkan iaitu lengan panjang, lengan 3 suku dan lengan pendek. Terdapat juga kurta berkolar dan ini memang unik :-)
Kurta Syirazi (berlengan panjang) | RM129
Kurta Setiaku (berlengan 3 suku) | RM119
Ada saiz sehingga 7XL
Kurta Inna | RM99 (lengan 3 suku)
Kurta rekaan seperti ini memang menjadi pilihan anak muda. Selesa dan kasual.
Kemas perincian pada butang dan jahitan kelim di poket.
Orang lelaki memang mudah berpeluh. Jadinya pemilihan fabrik yang selesa dan terbaik sentiasa menjadi keutamaan. Bagi saya sendiri fabrik yang ironless sentiasa menjadi pilihan. Memandangkan saya ada ramai anak lelaki termasuklah suami yang mana bajunya saya yang menggosoknya terutama di malam raya.
Jika korang mencari baju melayu sepasang, bolehlah mendapatkan koleksi baju Melayu Luxamana. Memang LUXury ya rekaannya. Saya suka sangat dengan fabriknya yang tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. Apa yang penting fabriknya terletak dan sangat mudah digosok.
Antara lain yang menarik perhatian saya ialah ukuran baju Melayu Luxamana adalah mengikut saiz lelaki orang Asia (read: Malaysia). Ini kerana ada juga kes yang berlaku apabila membeli baju melayu, baju terlalu besar tetapi seluar senteng, baju ketat tidak mengikut saiz badan tetapi seluar longgar dan sebagainya. Tetapi untuk baju Melayu Luxamana memang terletak cantik. Bak kata Akid "Selesalah mummy!".
Terdapat juga koleksi kemeja batik dengan pelbagai rekaan. Dan untuk kemeja batik memang sekarang ini ada diberikan tawaran harga menarik. Saya cukup gemar dengan rekaan kemeja dari koleksi Pak Maun.
Pilihan Kemeja Batik dan Koleksi Lain Aisy Asyraf
Terdapat juga koleksi kemeja batik dengan pelbagai rekaan. Dan untuk kemeja batik memang sekarang ini ada diberikan tawaran harga menarik. Saya cukup gemar dengan rekaan kemeja dari koleksi Pak Maun.
Untuk koleksi lama memang diberikan diskaun kaw-kaw! Berbaloi juga membelinya sebab rekaan dan coraknya tetap cantik digayakan sekarang. Cuma dari segi pilihan saiz dan warna agak terhad.
Kurta kanak-kanak lelaki. Aishhh geram betul melihat rekaan kurta yang super comel ini.
Produk Menarik Lain di Aisy Asyraf
Selain kurta, baju melayu dan kemeja, korang juga boleh mendapatkan barangan lain yang menarik dari Butik Aisy Asyraf Shah Alam.
Antaranya seperti:-
Perfume adalah antara produk terbaru dari jenama Aisy Asyraf
Jom Terjah Butik Aisy Asyraf Shah Alam
Pembelian sangat berbaloi memang sangat puas hati,
Anaknda Akid memang suka kurta dan terus dibeli,
Untuk dipakai terawih di bulan ramadhan ini,
Sesuai juga digayakan di hari raya bersama famili.
Terima kasih atas layanan yang sangat mesra untuk saya dan famili. Pastinya saya akan kembali ke sini lagi untuk memborong baju raya serta kurta untuk anak dan suami.
BUTIK AISY ASYRAF BY IMAM MUDA ASYRAF (SHAH ALAM)
NO. 18 A, TINGKAT 1,
JALAN PLUMBUM Q7/Q SEKSYEN 7,
4000 SHAH ALAM.
WAKTU OPERASI
11 PAGI HINGGA 6 PETANG (minggu 1)
11 PAGI HINGGA 8 MALAM (minggu 2)
11 PAGI HINGGA 1o MALAM (minggu 3)
WEB RASMI
FACEBOOK RASMI
INSTAGRAM RASMI
Butik Aisy Asyraf Shah Alam Menawarkan Pelbagai Koleksi Versatil Pakaian Raya Untuk Lelaki
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 29, 2022
Rating:
Menarik gak design dia ek. Harga pun berbaloi nie. So, bila kita nak shopping reramai nie?
ReplyDeleteSuka baju lelaki simple kemas macam ni. Saya pun tengah cari kedai pakaian lelaki utk suami dan anak. Nanti nak pi butik untuk cuba. Barulah puas dah fitting. Hehehe
ReplyDeleteThe boutique's ambiance looks so posh. The fashion looks modest. Insya-Allah semoga ada rezeki shopping di sini ramadan ini. Thank you for sharing.
ReplyDeletenampak best dan menarik Butik Aisy Asyraf Shah Alam. Memang menarik dan nampak cantik.
ReplyDeleteOoo imam asyraf punya rupanye. Cutting dia nampak kemas dan cantik
ReplyDeleteBrand fashion looks good on the guys! Will let my Malay friends know this brand name.
ReplyDeleteNice lahh, boleh bawa husband cari baju raya kat sini nanti. Dia pun cakap nak kurta.
ReplyDeleteWaaa cantik laa pulak design dia tu, nak suruh si kakaknya carikan untuk anak bujang Sis laa.. dekat tu dengan tempat anak..
ReplyDeletelove the collection here. definitely recommending this to my friends for raya
ReplyDeleteOkay deal, tahun ni nekad nak beli baju raya brand ni.. walaupun jauh kat Shah Alam, gigih akan pergi juga ye! 🫶🏻 Yang best banyak pilihan warna!
ReplyDeleteBanyak juga ya pilihan di Butik Aisy Asyraf ni. Bolehlah check it out nanti. Designnya memang sesuai dengan apa-apa acara pun sebenarnya. Tampil sopan dan masih dalam kelas yang tersendiri. By the way, nampak kacak bergaya je anak Kak Ayu. Nanti bolehlah jadi model, gaya dah ada dah tu. Hehehehe.
ReplyDelete