Grand Barakah Hotel Ampang Menawarkan Pengalaman Penginapan Yang Cukup Istimewa Dengan Aura Islamik
Grand Barakah Hotel Ampang Menawarkan Pengalaman Penginapan Yang Cukup Istimewa Dengan Aura Islamik- Menginap satu malam di Grand Barakah Hotel memberi pengalaman yang cukup istimewa kepada saya. Hotel lama yang diberikan nafas baru dengan lebih aura islamik menjadikannya ianya sebuah hotel 3 bntang yang cukup unik. Grand Barakah Hotel yang dulunya dikenali sebagai De Palma Hotel kini dibawah pengurusan baru bermula pada bulan Oktober 2021.
Grand Barakah Hotel terletak di Ampang sentiasa menjadi pilihan tetamu bukan sahaja dari kalangan masyarakat setempat bahkan dari negeri-negeri luar Kuala Lumpur dan Selangor . Sejujurnya saya boleh katakan lokasi hotel ini sangat strategik kerana kedudukannya bersebelahan dengan pelbagai jenis restoran tempatan yang menawarkan variasi jenis hidangan kegemaran masyarakat Malaysia. Bahkan menara berkembar KLCC juga tidak jauh letaknya dari Grand Barakah Hotel hanya mengambil masa dalam 15 hingga 30 minit jika tiada kesesakan lalu-lintas.
Memiliki 180 parkir, hotel 11 tingkat ini menawarkan 205 bilik dengan 36 bilik jenis suite iaitu Executive dan Premier. yang mana menempatkan 4 suite pada setiap tingkatnya. Selain itu terdapat juga bilik jenis Premier Deluxe dan Bilik Deluxe biasa.
Pemandangan dari bilik di tingkat 9
Grand Barakah Hotel Ampang merupakan antara hotel di Malaysia yang memperkenalkan konsep islamik mengikut pematuhan syariah yang sewajarnya. Semua restoran dan kafe didalam hotel diyakini menggunakan 100% produk halal tanpa was-was, disediakan juga surau yang agak luas di tingkat 3 untuk kegunaan tetamu dan juga dibuka khas untuk solat Jumaat kepada masyarakat setempat.
Begitu juga dengan dekorasi yang ditampilkan biarpun minimal namun tarikan warna mocca sebagai warna asas bersama lakaran mihrab masjid (di kawasan tertentu) menjadikan Grand Barakah Hotel begitu esklusif serta punyai tarikan identiti yang tersendiri.
Untuk info, Grand Barakah Hotel juga memiliki syarikat agensi pelancongan iaitu Barakah Umhaj yang bukan sahaja menawarkan pakej umrah bahkan pakej percutian didalam negeri. Syarikat ini telah beroperasi selama 20 tahun lamanya.
Menawarkan Kepelbagaian Bilik Penginapan Yang Selesa
Antara perkara yang sentiasa menjadi keutamaan untuk mereka yang ingin menginap hotel tentulah keselesaan. Selain itu harga berpatutan juga antara faktor pemilihan yang dipertimbangkan. Ditawarkan juga bilik jenis "connecting room" yang kebiasaannya menjadi pilihan tetamu yang datang bersama keluarga besar.
Terdapat 6 jenis bilik dibawah 2 kategori tingkat (level) iaitu Premier Floor dan Deluxe Floor.
Premier Floor
- Premier Deluxe
- Premier Junior Suite
- Premiere Executive Suite
Percuma tuala dengan setiap penginapan di bilik Premier Floor, Grand Barakah Hotel Ampang.
Tempahan bilik Premier Floor pada harga bermula serendah RM230.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Deluxe Floor
- Deluxe
- Junior Suite
- Executive Suite
Laluan ke bilik yang sangat bersih dan kemas. Serius! Tiada langsung aroma yang kurang menyenangkan :-)
Executive Suite (keluasan 63m²)
Junior Suite (keluasan 45m²)
Premier Deluxe (keluasan 26m²)
Deluxe Room ( keluasan 26m²)
Setiap bilik disediakan fasiliti asas untuk keselesaan tetamu seperti sejadah, televisyen, peti sejuk mini, mini bar, peti besi penyimpanan, hanger, tuala, kerusi rehat dan pelbagai lagi
mini bar dan peti ais mini.
tv dan sudut rehat
bilik air :-)
Meraikan Majlis Istimewa di Grand Ballroom
Grand Barakah Hotel juga memiliki sebuah dewan yang cukup luas dan selesa. Sesuai untuk diadakan majlis keraian seperti pertunangan, pernikahan, perkahwinan, malam anugerah dan sebagaiinya. Dewan ini boleh memenuhi sehingga 600 pax untuk satu-satu masa mengikut SOP.
Harga yang ditawarkan bermula serendah RM38 per pax untuk hidangan buffet ataupun Dome Set.
Menikmati Juadah Hari -Hari, Hari Raya di Kafe Warisan Bonda
Kafe yang baru sahaja dibuka di Grand Barakah Hotel ini menawarkan pelbagai sajian istimewa hari raya setiap hari. Bayangkan jika kita rindukan lemang dan rendang hanya singgah ke kafe Warisan Bonda. Pasti ada! Tanpa perlu menunggu tibanya hari raya ataupun jamuan istimewa.
Di kafe Warisan Bonda juga menawarkan nasi lemak dan lontong.
Harga buffet RM30 per pax. Beroperasi dari jam 10 pagi - 6.00 petang. Manakala buffet nasi lemak bermula dari jam 6.00 petang sehingga 11.00 malam.
Serius sedap. Dengan pinggan mangkuk rekaan klasik ditambah dekorasi memaparkan seakan kedai kopi kampung yang cukup unik.
Hi-Tea Hujung Minggu di The Rumbia Coffe House
Untuk hi-tea di The Rumbia Coffe House ditawarkan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Bermula dari jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Harga per pax adalah seperti berikut:
Dewasa : RM58
Warga Emas : RM38
Kanak-kanak : RM28
Setiap minggu pelbagai hidangan akan ditawarkan bagi memenuhi citarasa tetamu hotel mahupun pelanggan yang hadir untuk menikmati juadah hi-tea.
Disediakan oleh chef yang cukup berpengalaman dan arif dengan citarasa masyarakat tempatan.
Ruang makan di bahagian dalam.
Restoran Az-Azzraf Menawarkan Juadah Arab dan Turki
Teringin menikmati hidangan arab dan turki dalam suasana yang privasi dan esklusif? Ahah! Korang bolehlah mencuba sendiri hidangan dari timur tengah di Restoran Az-Azzraf yang terletak di tingkat 3 Grand Barakah Hotel.
Dekorasinya memang sangat cantik dengan mempertaruhkan konsep arabian dari tatarias lampu, dekorasi aksesori hiasan dalaman, pemilihan meja serta kerusi makan dan warna dinding. Memang tidak jemu mata memandang.
Cantik sangat :-)
Restoran Al-Azzraf ini dibuka dari jam 11 pagi sehingga 12 tengah malam.
Antara Fasiliti Lain Yang Disediakan
Kolam renang di tingkat 3. Kemas dan bersih. Terdapat dua jenis kolam yang disediakan iaitu untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Surau Jumaat Nurul hikmah Grand Barakah Hotel. Surau terletak di tingkat 3 hotel ini dibuka untuk tetamu dan orang awam untuk menunaikan solat Jumaat.
Kesimpulan
Apa yang pasti menginap di Grand Barakah Hotel ternyata sangat berbaloi dan puas hati. Suasana islamik serba serbi diyakini dari makanan, tempat penginapan dan sebagainya ternyata memenuhi pematuhan syariah sepertimana yang sering diinginkan oleh tetamu muslim khasnya.
0197194070 - Ain
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070- Pejabat
Korang boleh walk-in ataupun buat tempahan awal
Untuk info boleh layari media sosial hotel:
Website - www.grandbarakahhotel.com
Facebook - www.facebook.com/GrandBarakahHotel
Instagram - www.instagram.com/grandbarakahhotel
Twitter - www.twitter.com/GrandBarakah
Grand Barakah Hotel Ampang Menawarkan Pengalaman Penginapan Yang Cukup Istimewa Dengan Aura Islamik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 06, 2022
Rating:
menarik ni...kalau ada rezeki, boleh i staycation kat sini heheh sbb dekat jugaklah dari umah i
ReplyDeletedkt je ni dgn umh...dh tukar nama rupanya de palma ampang...ada agensi travel juga ye....tq for sharing
ReplyDeletebuffet tu RM30 je? berbaloi sangat sebab banyak pilihan! Terliur sangat tengok ketupat nasi, ketupat palas, lemang, burasak dan lepat lui tu semua. Fuh!
ReplyDeletemenarik betul uiii...dah dekat sangat dgn rumah Sally...mmg nmpk terpampang bufet juadah Raya tuuu...dah mmg niat nak pergi...hehehe
ReplyDeleteTak pernah lagi menginap dekat sini lagi.bolehla try sini nanti
ReplyDeleteOh my , lagi lawa konsep dia. Dalam dia, interior dia, suka -suka. Cantik sangat nampak eksklusif. Dekat dah dengan rumah ni, boleh try stay sini. Dengan juadah yang sedap semua
ReplyDeleteDe Palma dulu ek? Boleh pergi lagi nie kelak - untuk staycation dalam KL kan? Amenities lengkap, kemudahan banyak dan menu meletups!
ReplyDeletekalau ke Ampang, nnt saya cuba pergi ke sini
ReplyDeleteDulu pernah pg hotel no masa nama De Palma hotel skrg dah tkr nama lain Grand Barakah Hotel Ampang, baguslah ada ciri2 Islamic
ReplyDeletebesar gak ye bilik2 kat hotel ni, okay nanti bae masuk list untuk staycation, memang suka staycation area kl hehe
ReplyDeleteWah seriusla free towel hotel tu. Bestnya! Dulu selalu sini kalau nak ke KLCC dah tukar nama ye rupanya.
ReplyDeleteStaycation yang sgt menarik kan! Suke the environment and bilik pun sgt selesa! Sgt convenient lagi2 time Ramadan nanti kan!
ReplyDeleteLove how big the rooms are. Grand Barakah Hotel will surely make a great staycation with family.
ReplyDeleteSuka lah dengan konsep bilik dia opan tu. Boleh plan stay sini masa Ramadan nanti, ada surau sekali lagi best.
ReplyDeleteHotel Islamik kat Ampang De Palma @ Grand Barakah ni. Dulu malam graduasi buat kat sini memang affordable dan luas. Nanti nak tengok lah pakej hotel ni. Hehe.
ReplyDeleteBagus hotel macam ni, i also like their special concept. By the way, their food look delicious too.
ReplyDelete