Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi MDC Kini Berwajah Baru

HOSPITAL BERSALIN DAN POLIKLINIK PUSRAWI MDC KINI BERWAJAH BARU - Tidak dinafikan pemilihan hospital bersalin yang terbaik dan lengkap dengan segala fasiliti sentiasa mendapat perhatian terutama buat ibu-ibu yang hamil. Bagi masyarakat muslim terutamanya sentiasa menitik beratkan kedaan persekitaran yang selesa dan persekitaran kondusif yang memenuhi syariat agama. Ini terutama dari segi rawatan perbidanan dan sebagainya.


MDC ASIA LINK BERHAD, syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, Selangor. Hospital ini akan bermula perkhidmatannya pada  20 Mac 2022.


Untuk pengetahuan semua. MDC ASIA LINK BERHAH ketika ini mempunyai lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC ASIA LINK BERHAD, Dr Hj Aslan Bacho, berkata, dengan berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.


Tambah beliau lagi, pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini.

Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.

Ketika ini kumpulan mempunyai beberapa hospital yang berpotensi untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya,” katanya selepas majlis perasmian pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara.


Majlis Perasmian Pembukaan Secara Rasmi Oleh YB Datuk Seri Rina Harun


Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun.

Turut hadir Penasihat-penasihat MDC Asia Bhd yang juga usahawan wanita berjaya Malaysia, Datuk Faridah Hanim serta Pakar Shariah, Dr Zaharuddin Abd Rahman. MDC Asia Link Berhad juga optimis, langkah pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara serta perancangan masa hadapannya memiliki lebih banyak hospital akan membantu perancangan jangka masa kumpulan untuk disenaraikan di dalam Bursa Malaysia, yang akan dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


Dr Hj Aslan Bacho berkata, perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu milik.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta memberikan lonjakan positif kepada sektor kesihatan. Selain itu katanya, langkah agresif kumpulan ini juga turut menyumbang kepada sumbangan sektor kesihatan dan perubatan kepada ekonomi negara serta memberi peluang pekerjaan yang baru kepada tenaga kerja tempatan.

Perkhidmatan Kesihatan Secara Komprehensif
Tawaran perkhidmatan kesihatan komprehensif Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara akan menjadi cawangan flagship kepada operasi kumpulan yang lain dari segi pengurusan, operasi dan reka bentuk dalaman serta luaran. Penjagaan kesihatan yang holistik adalah fokus utama Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, disamping memberikan kesempurnaan kepada menyambut kelahiran little Caliphs ke dunia ini.


Dr Hj Aslan Bacho, berkata fokus utama dalam operasi hospital adalah untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama menyaksikan kelahiran little Caliphs ke dunia ini. IDan ini adalah tugas utama di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara.


Tambah Dr Hj Aslan Bacho berkata, pelbagai lagi perkhidmatan akan ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara dalam tempoh akan datang sekaligus menjadikannya sebagai hospital yang komprehensif dalam bidangnya.


The Sanctuary – Pusrawi


Antara tarikan utama yang akan diperkenalkan adalah Pusat Berpantang Ibu Selepas Bersalin yang dinamakan sebagai The Sanctuary – Pusrawi. Ia akan menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, menjadikan urusan lebih mudah dan selesa.

Konsep ini akan memberikan kemudahan dan keselesaan mutlak kepada pelanggan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara.
Bermula dari perkhidmatan bersalin sehinggalah habis tempoh berpantang. Tiada lagi hospital yang memberikan perkhidmatan seperti ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara, adalah:

• KLINIK OBSTETRIK & SAKIT PUAN
• KLINIK PEDIATRIK
• KLINIK FERTILITI & PERANCANG KELUARGA
• KLINIK KESIHATAN & PEREMAJAAN WANITA
• WAD BERSALIN 24 JAM
• BILIK PEMBEDAHAN 24 JAM
• PERKHIDMATAN EPIDURAL
• PERKHIDMATAN AMBULAN
• KHATAN BAYI LELAKI & PEREMPUAN
• PENDIDIKAN PENYUSUAN BAYI
• SONOGRAFI IMBASAN TERPERINCI & IMBASAN 3D/4D

Barisan Doktor Pakar dari bidang:
• OBSTETRIK & GINEKOLOGI
• SAKIT PUAN
• PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
• ANESTHESIOLOGIST (BIUS)
• KESIHATAN AWAM & PEREMAJAAN WANITA

Nota kaki: Melihat pada persekitaran hospital memang sangat kondusif, paling penting ianya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta fasiliti.  Selain daripada kelebihan perletakannya di kawasan kejiranan. Parkir yang disediakan berdekatan dengan hospital juga agak banyak. Paling menarik Pusrawi antara hospital yang menawarkan HALAL dalam semua perkara terutama dari segi ubatan, cara pengendalian dan sebagainya.


Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi MDC Kini Berwajah Baru Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 21, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Tahniah Pusrawi sebab dah ada new look. Semoga akan lebih maju dan terus jadik maju jaya.

    ReplyDelete
  2. that looks like such a comfortable and modern hospital after the revamped. definitely a good choice!

    ReplyDelete
  3. HOSPITAL BERSALIN DAN POLIKLINIK PUSRAWI MDC macam sgt besar. Good. Parents can check in this hospital in 24 hours if emergency..

    ReplyDelete
  4. Nampak nice dan selesa Poliklinik Pusrawi MDC ni. Hopefully servis pun macam tu.

    ReplyDelete
  5. Nampak lebih selesa selepas ditambahbaik. Siap ada tempat untuk ibu-ibu berpantang. Bestnya, semua dalam satu tempat. Tahniah Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sistem kesihatan negara kita semakin hari semakin diperbaiki ke arah yang lebih baik..... semoga lebih banyak lagi hospital menanmbah baik kemudahan mereka seperti Pusrawi

    ReplyDelete
  7. Bagus bila ada hospital macam ni kan! More focus dan perkhidmatan yang diberikan pun tiptop! Siap boleh berpantang sampai habis! Good one ya!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.