i’Dahlia Corner Menawarkan Tempat Berbuka Puasa Didalam Suasana Taman
i’Dahlia Corner Menawarkan Tempat Berbuka Puasa Didalam Suasana Taman- Menyusuri di sepanjang Persiaran Stonor Kuala Lumpur, siapa sangka ada sebuah restoran yang menarik iaitu i’Dahlia Corner. Lebih mengujakan dekorasi didalam restoran adalah seperti kita berada didalam sebuah taman yang sangat cantik. Dengan lokasinya yang berdekatan dengan Menara KLCC serta pelbagai akses pengangkutan, tidak sukar sebenarnya untuk kita datang menjamu selera di sini.
Pemilik i'Dahlia Corner iaitu Puan Dahliati Binti Aliruddin dan suami Encik Muhammad Idham Bin Ismail telah memulakan perniagaan mereka di Persiaran Stonor sejak 7 tahun dahulu lagi. Bermula dari restoran secara kecil-kecilan, sehinggalah kini masih bertahan dan menjadi tumpuan terutama bagi mereka yang menggemari Sup Tulang Meletup.
Suasana di waktu malam dengan lampu berwarna-warni dikelilingi juntaian bunga yang cukup mempersonakan. Di samping itu, i'Dahlia Corner juga sesuai dijadikan lokasi acara tertutup kerana ianya dapat menyediakan ruang lebih privasi kepada pengunjung.
Sepanjang bulan ramadhan, i'Dahlia Corner juga menawarkan tempat berbuka puasa bagi mereka yang berdekatan ataupun sesiapa sahaja yang teringin menikmati masakan melayu didalam taman. Harga untuk 1 pax hanyalah RM59 bagi dewasa. Manakala untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun serta warga emas adalah RM29 sahaja.
Menawarkan Kepelbagaian Masakan Tradisi Melayu
Sebagai peminat masakan tradisi Malaysia saya memang cukup teruja kalau dapat merasai sendiri hidangan warisan bonda. Apatah lagi cara masakan adalah seperti air tangan orang lama yang mempunyai hasil rasanya cukup autentik dan unik.
Ada lebih 50 menu ditawarkan di sini dan semuanya menarik!
Antara sajian melayu yang ditawarkan di i'Dahlia Corner seperti ikan patin masak gulai tempoyak, siput sedut masak lemak, masak lemak cili api pucuk pakis, sambal sotong dan pelbagai lagi.
Begitu juga dengan paru berlado, fuhh memang mantap rasanya. Antara hidangan feveret saya di i'Dahlia Corner.
Ikan goreng berlado. Antara menu kegemaran saya ketika berbuka. Walaupun 'simple' sahaja menunya tapi lauk ini membuatkan saya menambah nasi berpinggan :-)
Nasi Lemak Stonor juga mencuri tumpuan. Nasi lemak yang dibungkus bersama daun pisang memberikan aroma yang cukup istimewa. Digabungkan pula dengan sambal ikan bilis yang enak menjadikannya ianya satu set hidangan yang sempurna.
Selain daripada nasi lemak dan nasi putih, nasi kuning juga antara tarikan menu di sini yang boleh dicuba.
Signature Dish i'Dahlia - Sup Tulang Meletup
Pengunjung tetap i'Dahlia Corner memang mengesyorkan saya untuk mencuba Sup Tulang Meletop di sini. Ini kerana hidangan ini antara yang paling 'hot' dan mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Dan saya telah merasainya sendiri ternyata memang seperti apa yang dikatakan- Sup Tulang Meletup di i'Dahlia Corner antara yang sedap pernah saya nikmati.
Padu dengan rempah dan rasa kemanisan air tulang yang direbus begitu lama.
Boleh pilih samada hendak menikmati sup semata atupun bersama dengan bihun, mengikut selera masing-masing. Untuk lebih 'kick' boleh tambahkan dengan kicap pedas.
Variasi Kuih-Muih Tradisi Pencuci Mulut
Seperti biasa disediakan juga minuman panas dan sejuk untuk semua pelanggan i'Dahlia Corner.
Malam Yang Tidak Pernah Sunyi Di i'Dahlia Corner
Sambil berbuka santai di i'Dahlia Corner, bolehlah melayan dendangan lagu dari Sahabat Rocker Band. Seronok apabila dapat mendengar nyanyian lagu-lagu lama dan baru secara 'live'. Oh ya! Di sini juga ada disediakan surau dan tandas untuk kemudahan pelanggan.
Jangan lupa untuk datang berbuka di i'Dahlia Corner yang akan memulakan tawaran buffet ramadhan dari 5 April sehingga 29 April 2022, jam 6.30 pm sehingga 10.00 pm. Untuk tempahan boleh hubungi 0123526397/0122585162 okiee.
Untuk lebih informasi boleh rujuk sosial media l'Dahlia Corner :-
Instagram: @idahlia.corner
Berbuka puasa di l'Dahlia Corner,
Pelbagai hidangan memenuhi selera,
Dekorasi suasana taman dikelilingi bunga,
Esklusif, menarik keseronokan terasa!
#buffetramadan2022 #buffetramadankl #buffetbukapuasa2022 #idahliacorner #idahliameletop #idahliastonor
i’Dahlia Corner Menawarkan Tempat Berbuka Puasa Didalam Suasana Taman
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 19, 2022
Rating:
murah gila kan
ReplyDeletemenu lauk pauk banyak
sedap-sedap pula tu
paling layan Sup Meletop
fuhhh!!! sedap sungguh!