Mubarak Iftar Istimewa Bersama Me'nate


Mubarak Iftar Istimewa Bersama Me'nate- Sebagai peminat daging saya memang teruja dengan hidangan dari Me'nate. Apatah lagi ketika di bulan puasa. Haruslah sekurang-kurangnya sekali saya akan bawa keluarga untuk menikmati hidangan berbuka di sini. Apa yang menarik untuk bulan ramadhan tahun 2022, Me'nate menawarkan 2 konsep hidangan istimewa iaitu Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box.



Siapa yang pernah datang ke Me'nate pasti tahu susun atur didalam restoran mereka yang sangat kemas, teratur dan cantik. Menggunakan elemen kayu dalam untuk meja dan kerusi makan menjadikan penampilan restoran tampil begitu esklusif dan mempunyai identiti tarikannya yang tersendiri.

Mubarak Iftar Istimewa Bersama Me'nate

Bagi yang hendak berbuka di rumah bolehlah menempah Mubarak Iftar Nate-Box :-
Nate-Box Heavenly Menate
Nate-Box Heavenly Lamb
Nate-Box Heavenly Ribs

Setiap set ini didatangkan dengan pelbagai  daging stik premiun dan paling penting ianya halal. Set ini didatangkan didalam kotak yang semememangnya sangat praktikal samada untuk dibawa berbuka di rumah ataupun dijadikan cenderahati/sedekah buat keluarga dan kenalan rapat.



Manakala jika korang bercadang hendak berbuka di restoran, bolehlah mencuba Mubarak Iftar Platter. Set platter ini sesuai dinikmati 4-5 orang. yang Terdapat empat jenis platter iaitu :-

Heavenly Me’nate
Heavenly Lamb
Heavenly Ribs

Setiap platter didatangkan bersama daging seperti Full Slab BB Wa'gyu/Angus Beef Ribs, Persian Style Grilled Ribeye Steak, Mediteranean Braised Lamb Shank, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder, Roasted Bbq Chicken dan Sahawaiq. Selain itu didatangkan juga bersama persian steamed rice, set papadom, pepperoni pizzadillas, Nachos BBQ Beef, Mammamia Beef Carbonara Pasta, Seafood Aglio Olio Pasta dan akses PERCUMA untuk semua mini buffet dessert, appetizer dan minuman.

Heavenly Me’nate

Heavenly Ribs

Heavenly Lamb

set papadom

Seafood Aglio Olio Pasta

Mammamia Beef Carbonara Pasta


Pepperoni Pizzadillas

Nachos BBQ Beef

Mini Buffet Yang Meriah
Paling best setiap tetamu yang membeli Mubarak Iftar Platter, boleh mendapat akses percuma ke mini buffet yang menawarkan pelbagai hidangan 'appertizer' dan juga pencuci mulut. Begitu juga dengan minuman ada juga disediakan.

Tortilla

Kaunter salad-make your own salad :-)

Mushroom soup with bread

Kuih-muih tradisi

Kek dan buahan tempatan

Pastri-kek dan puding

Apple Crumble

Untuk minuman ada Cha Bang, Orange Sunset, House-made Chrysanthemum & Watermelon Mint

Oh ya! Terdapat juga menu ala carte lain yang ditawarkan. Jadi jangan risau jika anda datang berbuka seorang diri, berdua atau mahukan hidangan yang biasa anda nikmati di Me'nate.

Produk RTE Meatlab
Me'nate  juga ada menawarkan produk RTE Meatlab yang boleh dinikmati terus. Sesuai dibuat stok di rumah. Kita hanya panaskan hidangan ini semasa bersahur ataupun berbuka.



Rendang Tok | RM45 (500gm)



Daging Harimau Melalak | RM39.90 (500gm)


Lamb Shabu | RM38 (500gm) RM69 (1kg)


Bagi tempahan early bird - diskaun sebanyak 15% diberikan.

Untuk sebarang tempahan awal, jamuan korporat, pakej infaq boleh hubungi:-
 03-41419133
019-3911047 
menatemarketing@gmail.com

Jom Mubarak Iftar Istimewa Bersama Me'nate

Nota kaki: Tak sabar nak tunggu outlet ke-10 Me'nate di buka selepas raya :-)
#Menate
#MenateSteakHub
#MenateIftar2022
Me'nate Steak Hub
Mubarak Iftar Istimewa Bersama Me'nate Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 24, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.