Pengasas M-HOPE, Dr. Mustafa Lancar Program Kebajikan Dengan Perolehan Dana RM348,000 Membantu 12 Pesakit Jalani Pembedahan Bariatrik


Pengasas M-HOPE, Dr. Mustafa Lancar Program Kebajikan Dengan Perolehan Dana RM348,000 Membantu 12 Pesakit Jalani Pembedahan Bariatrik - Satu majlis pelancaran program kebajikan menerusi M-Hope telah diadakan di M-Zone Community Fitness & Lifestyle Studio. Untuk pengetahuan semua M-Zone merupakan pusat komuniti yang dibangunkan oleh Dr. Mustafa Mohammed Taher bagi membantu dan memberi sokongan moral kepada mereka yang pernah menjalani pembedahan bariatrik.

Apa Itu M-Hope?
M-Hope adalah sebuah projek kebajikan yang menawarkan peluang kedua kepada individu obes dan tidak berkemampuan untuk menjalani pembedahan bariatrik. 

Dan M-Hope merupakam inisiatif yang diilhamkan oleh Pakar Perunding Pembedahan dan Bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher. Usaha murni ini akan membiayai kos rawatan pembedahan bariatrik kepada individu obes yang kurang bernasib baik secara percuma.


Dr Mustafa berkata, pihaknya mendapati ramai individu obes tidak dapat menjalani pembedahan Bariatrik disebabkan masalah kewangan. Keadaan sungguh menyedihkan kerana pesakit sememangnya berisiko diserang penyakit metabolik iaitu diabetik, tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular dan diserang penyakit jantung.

Kekangan kewangan itu juga, kata beliau menyebabkan mereka tidak berpeluang menjalani kehidupan dengan sempurna. Berat badan berlebihan menyebabkan individu tadi mengalami obesiti tahap serius hingga memudaratkan kesihatan tanpa rawatan sewajarnya.

Keadaan sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana semua insan berhak menjalani rawatan untuk hidup sihat. Pesakit wajar diberi peluang kedua untuk hidup lebih sihat dan cergas bersama keluarga tersayang selepas menjalani pembedahan.

Kesungguhan membantu individu kurang bernasib baik ini adalah inspirasi daripada bapanya yang juga seorang doctor di mana klinik percuma dibuka pada setiap hari Jumaat dan pesakit menerima rawatan secara percuma.

Bapa saya yang menjadi inspirasi dan mendorong saya untuk memulakan projek ini. Projek awal ini diharap dapat dimanfaatkan mereka yang begitu memerlukan. Sebelum ini saya mengambil initiatif secara persendirian menawarkan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan. Kini pelbagai pihak tampil membantu bagi membolehkan lebih ramai pesakit dapat dibantu, sekali gus merealisasikan penubuhan M-Hope.
katanya ketika berucap pada majlis pelancaran M-Hope di sini hari ini. 


M-Hope diterajui oleh Dr Mustafa dengan kerjasama Persatuan Sukan, Rekreasi, & Kesihatan Kuala Lumpur (SURE Sihat) dan Cengild GI Medical Centre (CGI) dengan sumbangan awal sebanyak RM348,000 yang akan menanggung seramai 12 orang pesakit yang layak.


Pembedahan bariatrik adalah prosedur terbaik dan selamat. Rawatan moden ini dilihat sebagai peluang kedua, sekali gus memberi nafas baharu kepada pesakit untuk hidup lebih sihat dan cergas selepas menjalani pembedahan.

Perkongsian Datuk Aishah Tentang Pembedahan Bariatrik 

Datuk Aishah diantara bekas pesakit yang telah menjalani rawatan bariatrik. Siapa sangka beliau dapat menurukan berat badan 42kg selepas pembedahan bariatrik. Memang sangat kagum ya! Menurut Datuk, dulu beliau sentiasa mengalami masalah mendapatkan baju saiznya bagi tujuan persembahan. Ini membuatkan beliau begitu kecewa dengan keadaan fizikalnya. Bagitu juga bila mana beliau mudah rasa letih jika berjalan jauh dan lama. Bagi Datuk Aishah sendiri pembedahan bariatik adalah pembedahan gaya hidup (lifestyle) yang boleh menukarkan gaya hidup seseorang ke arah yang lebih sihat.

Kini, Datuk Aishah bukan sahaja mengamalkan pengambilan makanan yang sihat bahkan beliau juga dikatakan aktif bersukan pada masa lapang.

Kesimpulan
Moga dengan penubuhan M-Hope ini dapat membantu lebih ramai mereka di luar sana yang mengalami masalah obes yang teruk sehingga menjejaskan kehidupan dan kesihatan dengan melakukan pembedahan bariatrik. Peluang ini diberikan pada mereka yang benar-benar tidak berkemampuan dan mahu memperbaiki kualiti hidup.


Syabas Dr. Mustafa dan pasukan, moga dengan program kebajikan yang dianjurkan dapat sama-sama memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Selain memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia secara amnya.

Pengasas M-HOPE, Dr. Mustafa Lancar Program Kebajikan Dengan Perolehan Dana RM348,000 Membantu 12 Pesakit Jalani Pembedahan Bariatrik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2022 Rating: 5

14 comments:

  1. Kesihatan diri dan juga berat badan sangat penting untuk dipantau. Kalau ada rezki nak gak buat B-surgery nie.

    ReplyDelete
  2. This is a good charity program by M-Hope. Good job to the M-Hope owner. Thank you for sharing this good story.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada program charity macam M-Hope buat nih. Sekurang-kurangnya beri harapan baru kepada mereka yang ada masalah obesiti.

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat program M hope ni, bantu mereka untuk kekal sihat. Aisyah pun nampak lain, memnag kurus dan sihat

    ReplyDelete
  5. Tahniah Dr. Mustafa. Usaha yang murni untuk membantu pesakit yang kurang berkemampuan di luar sana

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah best nya Dr Mustafa dapat bantu pesakit2 ni. Teruskan usaha untuk membantu mereka yang obesiti kembali sihat

    ReplyDelete
  7. wow, sangat menarik. Bagusnya, sebab sememangnya pembedahan bariatik sangat mahal.

    ReplyDelete
  8. Bagusnya perkongsian macam ni, baru kita tau mana yang lebih baik dan terbaik.. kalau ada wang lebih, memang nak juga mencuba..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ada insan yang sanggup tampil ke hadapan untuk bantu orang obes untuk dapatkan berat badan yang ideal

    ReplyDelete
  10. Such a great initiative for those yang ada masalah berat badan especially obes kan... ni peluang mereka since kos akan ditaja sepenuhnya kan.. good one...

    ReplyDelete
  11. this is such a great initiative thanks for shedding lights on the event

    ReplyDelete
  12. Ohh wow..so so proud of her for being so good to help the needy patients absolutely warming my heart to read this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Terbaik Program Kebajikan Dengan Perolehan Dana RM348,000 Membantu 12 Pesakit Jalani Pembedahan Bariatrik, semoga dgn bantuan tsb dpt membantu

    ReplyDelete
  14. Bagus sangat ada inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan. Semoga melimpah ruah rezeki yg sudi berkongsi rezeki

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.