Santapan Warisan 2022 di Corus Hotel Kuala Lumpur | Menawarkan Kepelbagaian Seleksi Pilihan Menu Berbuka


Santapan Warisan 2022 di Corus Hotel Kuala Lumpur | Menawarkan Kepelbagaian Seleksi Pilihan Menu Berbuka - Santapan Warisan 2022 merupakan tema buffet ramadhan Corus Hotel Kuala Lumpur untuk tahun ini. Kepelbagaian menu tradisi ditawarkan sepanjang bulan puasa tahun 2022. 


SANTAPAN WARISAN 2022

Harga:
RM108.00nett (dewasa)
RM70.00nett (kanak-kanak)

Lokasi:
Dondang Sayang Coffee House “Santapan Warisan”

Masa:
6.30pm-10pm

Tarikh:
5 April - 30 April 2022


Untuk kanak-kanak bawah 5 tahun adalah PERCUMA, tiada caj dikenakan. Tempahan untuk 10 pax ke atas (dibayar penuh) akan diberi 1 pax tambahan secara PERCUMA. Kiranya 10 + 1


Kepelbagaian Juadah Membuka Selera


Tekak orang Malaysia memang suka dengan masakan yang ada rasa pedas. Lebih 'kick' katanya. Apabila terdapat pilihan sambal dengan ikan kering, ulan-ulaman memang benar-benar membuatkan saya terliur. Santapan orang lama, warisan sejak dulu kala sehingga kini masih digemari. 


Fuhhh!! Saya dapat rasakan bukan orang Malaysia sahaja yang akan teruja bahkan kita boleh kenalkan hidangan warisan ini kepada masyarakat luar negara.


Apatah lagi hidangan Melayu tradisional yang disediakan dengan campuran masakan Malaysia yang sememangnya mewah bersama sentuhan citarasa barat. Sekaligus memberi pengalaman pada kita untuk menjamu selera secara sihat. Ini kerana hidangan melayu tradisional kaya dengan rempah ratus, teknik masakan dan pelbagai lagi.


Antara hidangan yang pastinya menjadi tarikan adalah Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda. Hidangan istimewa, yang berasal dari Negeri Sembilan, kuahnya yang pedas dan berlemak ini sememangnya menyemarakkan selera.

 Tidak lupa dengan Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan, pelbagai hidangan dari Melaka akan meliurkan selera apabila melihat hidangan yang tersedia. 


Lebih 200 jenis hidangan ditawarkan kepada pengunjung dan semuanya memang menarik!

Ayam Percik

Ayam Masak Merah

Pajeri Terung

Sotong Goreng Cili Hijau

Kena Cuba Kambing Panggang

Kambing Panggang sememangnya antara 'highlight' dalam kebanyakan buffet ramadhan. Dan kambing panggang di sini memang sedap bukan sahaja disebabkan daging dipanggang memang berjus. Tetapi didatangkan dengan 2 sos istimewa iaitu sos pudina dan sos lada hitam.


Bubur Lambuk, Kuih Muih dan Minuman Yang Bervariasi


Serius sedap! Untuk bubur lambuk ini saya menambah 2 mangkuk ya! Cukup rasa dengan rempah ratus serta bahan-bahan lain. 


Kek dan puding pelbagai pilihan.


Begitu juga dengan kuih muih tradisi, macam-macam ada.


Buah-buahan tempatan yang mencuri perhatian.



Disediakan juga minuman panas dan sejuk. Jadi tetamu boleh membuat pilihan air kegemaran mereka. Saya juga sempat merasai semangkuk ABC mengikut pilihan sendiri. 


Lokasi Hotel  Strategik, Tempat Makan Selesa
Corus Hotel Kuala Lumpur ialah sebuah hotel eksklusif yang terletak secara strategik di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Menawarkan pertemuan utama dan destinasi ideal, serta destinasi pelancongan/riadah yang popular, Hotel Corus terletak di sepanjang Jalan Ampang, di sepanjang "Embassy Row" eksklusif di perhubungan 'Golden Triangle' Kuala Lumpur, merangkumi perniagaan utama bandar ini , daerah kewangan dan hiburan. 

Hotel ini hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT KLCC bawah tanah dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas yang terkenal di dunia dan pusat beli-belah utama di bandar ini, Suria KLCC. Sambungan ke Singapura dan Pulau Pinang melalui transit Aeroline Coach terletak di Corus Hotel juga.


Terdapat 2 restoran makanan di Corus Hotel iaitu Dondang Sayang Coffeehouse dan Restoran Ming Palace. Untuk buffet ramadhan Santapan Warisan 2022 akan diadakan di Dondang Sayang Coffeehouse yang agak luas dan kemas tempatnya.


Nota kaki: Saya sudah mencuba makanan buffet ramadhan di sini dan memang saya puas hati. Ini terutama udang masak kapitan dan Daging Salai Masak Lemak Pucuk Ubi Mangga Muda. Memang sangat sedap!

*************

Oh ya! Corus Hotel juga membuka tempahan untuk Ayam Bakar Mentega Garlic Herb pada harga hanya RM68nett seekor. Tersedia untuk dibawa pulang, ayam panggang ini boleh dinikmati 4 orang dan didatangkan bersama salad Corus. Jom dapatkan Ayam Bakar Mentega Garlic Herb untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

Untuk pertanyaan menjamu selera, di Corus hotel Kuala Lumpur, sila hubungi 03- 2161 8888 atau e-mel fnb@corushotel-kl.com

Untuk pembelian voucher berbuka boleh hubungi :
http://www.wasap.my/60122875820/SeleraRamadhan2021

Santapan Warisan 2022 di Corus Hotel Kuala Lumpur | Menawarkan Kepelbagaian Seleksi Pilihan Menu Berbuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2022 Rating: 5

10 comments:

  1. Bubur Lambuk dia mmg wajib makan 2-3 mangkuk ya! sedap yakmat..penuh cebisan daging dia!

    ReplyDelete
  2. Yummy, make me drooling... All looks very good, delicious! 😁

    ReplyDelete
  3. Ini adalah sesi review paling santai dan rilex, sambil menikmati makanan yang lazat dengan tenang

    ReplyDelete
  4. Ohh wow. .. absolutely yummy tasty buffet , I love the food and dessert varieties . the grilled lamb is calling me to dine . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Kalau time pose ni, mau blur termenung nak makan apa, banyak betul pilihan dia.. harga berbaloi dengan menunya..

    ReplyDelete
  6. Dah nak sampai Ramadhan ni, banyak pula menu best untuk berbuka. Menu yang ada di Corus Hotel Kuala Lumpur pun boleh tahan. Kalau dekat mungkin saya cuba.

    ReplyDelete
  7. Nak masuk bulan Ramdhan ni banyak tempat buffey yang best2 dannn ni konfim akan masuk dalam list buffet ramadhan saya sebab menu dia kena ngan tekak saya

    ReplyDelete
  8. menarik betul hidangan buffet ramadan kat hotel ni, harga pun berbaloi, sedap lah nampak bubur lambuk tu...

    ReplyDelete
  9. Makin dekat dah, kian terasa nak berpuasa sekali lagi so that baru nikmat nak iftar sama2 kat hotel2 nanti.. boleh la plan kat sini juga, menarik tengok menu "Santapan Warisan" ni..

    ReplyDelete
  10. okay nampak sedap2 belaka ya sis. hasih buatkan tak sabar nak tunggu waktu berbuka nanti. makan macam2 menu yg sedap :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.