Selangor Fruit Valley (SFV) Destinasi Agropelancongan Bersama Keluarga



Selangor Fruit Valley (SFV) Destinasi Agropelancongan Bersama Keluarga | Agropelancongan hari ini semakin dikenali dan menjadi tarikan bukan sahaja dikalangan masyarakat Malaysia bahkan seluruh dunia. Untuk info Agropelancongan merupakan antara cabang sektor pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian atau penternakan. Ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik yang mana biasanya dilakukan oleh golongan petani mahupun penternak. Aktiviti ini bukan sahaja boleh dilakukan secara individu bahkan seisi keluarga boleh sertai. Dan Selangor Fruit Valley (SFV) antara lokasi agropelancongan yang sedang mendapat perhatian ramai.

SELANGOR FRUIT VALLEY
KM7, JALAN RAWANG -BESTARI JAYA,
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR.

WAKTU OPERASI:
9 PAGI – 4 PETANG (SABTU- KHAMIS)
TUTUP HARI JUMAAT


Untuk pengetahuan semua, Selangor Fruit Valley (SFV) terletak di KM 7 Jalan Rawang-Bestari Jaya. Satu kawasan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu sebuah subsidiari Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun 2017.


Pelbagai Haiwan Jinak di Selangor Fruit Valley (SFV)


Anak-anak pastinya paling teruja apabila berada di sini. Seperti menerokai sebuah mini zoo, anak-anak boleh mendekati dengan rusa, arnab, burung, kambing, itik, menangkap ikan dan pelbagai lagi.


Bukan sahaja boleh bergambar, bahkan kita boleh dekati dan memberikan haiwan jinak ini dengan makanan yang disediakan. Memang seronok!


Begitu banyak arnab di sini ya! Ada pelbagai saiz dan warna.


Kita boleh sentuh dan bermain dengan mesra dengan arnab di sini.


Selain arnab, terdapat juga landak, hamster, burung dan juga anak ikan.


Ternakan itik pun ada ya! Seperti berada didalam suasana kampung.


Pelbagai Jenis Tanaman di Selangor Fruit Valley


Kawasan Selangor Fruit Valley agak luas iaitu didalam 1000 hektar keluasannya. Untuk pengunjung yang datang ke sini jangan risau. Ini kerana perkhidmatan tram ada disediakan yang boleh membawa anda pusing ke seluruh kawasan Selangor Fruit Valley (SFV) ini. 


Di sini terdapat lebih 25 jenis tanaman. Antaranya seperti Kelapa Pandan, Nangka, Nangchem, Nanas, Jambu Batu, sayur-sayuran dan pelbagai lagi.


Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti berkaitan agropertanian antaranya seperti memetik buah jambu, menghasilkan telur masin, melihat penghasilan madu Kelulut, menuai sayuran dan pelbagai lagi.

Buah nenas disini memang manis isinya.



Belajar membuat telur asin. Proses tidaklah terlalu rumit tetapi apa yang penting kita perlu ada tanah bersih, serkam padi, telur itik dan pelbagai lagi.


Kita akan lihat pelbagai jenis proses tanaman di sini. Ada yang masih di peringkat penyemaian biji benih, masih proses berbunga/berbuah dan tanaman yang sudah boleh dikutip.

Tanaman rumah hijau.


Rumah Melayu Tradisi Jadi Tumpuan


Sempat juga saya singgah di rumah melayu tradisi di Selangor Fruit Valley (SFV). Selain binaan kayu yang masih kukuh dan cantik, di bahagian laman juga kelihatan beberapa pokok buahan dan sayuran yang biasanya ada ditanam rumah-rumah kampung.


Berkesempatan untuk mencuba sendiri minuman air kelapa pandan yang dipetik segar-segar dari pokok. Memang puas menikmatinya terutama ketika cuaca panas.


Rumah bertiang tinggi, di bahagian beranda juga agak luas. Memang sesuai dijadikan ruang untuk lepak-lepak santai bersama keluarga.


Menikmati buah-buahan potong hasil tanaman dari Selangor Fruit Valley (SFV). Memang manis dan sedap ya!


Boleh Dapatkan Benih dan Produk Tanaman Dari Selangor Fruit Valley


Oh ya! Selangor Fruit Valley (SFV) juga ada menjual anak pokok buah-buahan, benih sayur-sayuran, nanas MD2, anak pokok Pisang Kultur Tisu. Kita juga boleh mendapatkan buahan-buahan yang ditanam disini seperti Kelapa Pandan, Nangchem, Jambu Batu, Belimbing dan banyak lagi.


Air mineral Ehsan juga antara produk di bawah Selangor Fruiy Valley (SFV)


Laman Herba


Selain itu pengunjung juga boleh meninjau Taman Herba di sini. Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang biasanya kita akan guna samada dalam masakan ataupun rawatan penyakit.


Antara tanaman yang ditanam secara hydroponik.


Pokok kaduk yang begitu banyak khasiatnya.


Ada banyak lagi sebenarnya tanaman herba di sini. Setiap pokok/tumbuhan sudah dilabelkan dengan nama dan  info bagi memudahkan pengunjung mengetahui tentang tanaman tersebut.

Antara Lain Menarik di Selangor Fruit Valley (SFV)

Bagi yang datang bersama keluarga atau berkumpulan boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti sukan air di Tasik Keranji. Disediakan juga tempat memancing bagi mereka yang gemarkan aktiviti ini.


Terdapat juga pameran haiwan eksotik yang dibawa khas ke Selangor Fruit Valley (SFV). Terutama bagi mereka yang suka melihat haiwan ini dengan lebih dekat.


Paling mengujakan apabila kita dapat merakamkan momen bersama haiwan eksotik ini.

Fuhhh!!! Lihat sahaja pada Akid bersama 3 ekor ular berbisa tapi sudah dijinakkan.


Banyak sebenarnya tempat menarik yang boleh kita berOOTD di sini. Memang sangat puas hati :-)


Harga Tiket Masuk Selangor Fruit Valley (SFV)
Boleh dapatkan  tiket di kaunter yang terletak berdekatan dengan pintu masuk. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Warga Malaysia : RM15/seorang (dewasa) , RM10/seorang (kanak-kanak/warga emas/OKU/Pelajar).
Warga Asing : RM30/seorang (dewasa) dan RM25/seorang (kanak-kanak).

Dengan harga tiket ini membolehkan korang menaiki tram, mengelilingi ladang buah, mengunjungi Carambola Pavilion, laman herba, Taman Rusa, Taman Arnab dan rumah kampung. 


Untuk mereka yang ingin melakukakan aktiviti seperti memetik buah nanas, menuai kelapa pandan, menorah getah, aktiviti berbasikal, membuat telur asin, memancing, anda boleh dapatkan pakej istimewa dengan menghubungi :-

Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033 
atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com 

Layari www.selangorfruitvalley.my dan FB (1) Selangor Fruits Valley | Facebook untuk informasi dan sebarang urusan berkenaan Selangor Fruit Valley (SFV).


Perkongsian Pengalaman Saya di Selangor Fruit Valley (SFV)

Memang sangat berbaloi menghabiskan masa di sini. Selain dapat melakukan aktiviti luar dari kebiasaan. Saya juga dapat belajar dan mengenali begitu banyak perkara perkaru terutama yang berkaitan dengan tanaman dan ternakan.

Melihat, mencuba sendiri dan mengeksplorasi kawasan yang begitu indah dan subur menjadikan saya rasa bertuah kerana berada di Malaysia. Ternyata sekali-sekala lari dari kesibukan kota memang berbaloi apabila dapat tenangkan minda di sini. Lebih menarik lagi jika dapat menghabiskan masa di Selangor Fruit Valley bersama keluarga pastinya memberi kenangan 1001 yang cukup bermakna.

Yup! Sekator agropelancongan adalah sangat relevan dan sesuai untuk percutian singkat. Semestinya Selangor Fruit Valley destinasi agropelancongan yang saya rekomen untuk semua!
Selangor Fruit Valley (SFV) Destinasi Agropelancongan Bersama Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 18, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. alaa bestnya dapat juga jemputan tapi ada kekangan lain. nanti next time boleh la datang sini makan-makan buah kan! best tengok!

    ReplyDelete
  2. menarik, dah macam zoo pun ye, kalau ada kelapangan bolehlah saya ke sini.

    ReplyDelete
  3. Best jln2 kat SFV mcm2 pengalaman dpt spjg discover kat sini, bwk family mmg best ni.

    ReplyDelete
  4. Wowo ..so nice this place to visit with kids for an educational trip, gonna bring my little niece for her to learn more about fruits, plants etc. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat makan buah segar dari ladang.. haritu kalau tak kuarantin, nak juga joinnn..

    ReplyDelete
  6. Menarik, boleh la plan ngan my friends utk visit SFV ni .. sesuai for us adult and children! Confirm best! 🫶🏻

    ReplyDelete
  7. Bestnya! Teruja tengok pelbagai aktiviti menarik ada. Bawak anak-anak sini sure derang happy. Makan buah fresh tu heaven

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.