Shopee: Rakyat Malaysia mengambil penjagaan diri dengan lebih serius
Data Shopee Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini lebih menyesuaikan diri untuk merasakan kegembiraan dan menunjukkan penghargaan kepada diri mereka sendiri dalam dunia pasca pandemik.
Bagi tahun 2021, Shopee mendapati bahawa kesejahteraanfizikal dan persekitaran berada di antara keperluan utama rakyatMalaysia apabila membeli-belah di atas talian. Khususnya, 42% daripada produk yang dibeli tertumpu pada kesihatan fizikal, 26% pada kesejahteraan persekitaran, 25% pada kesejahteraansosial, dengan selebihnya untuk kesejahteraan psikologi dan rohani.
Rakyat Malaysia meletakkan kesejahteraan fizikal sebagaikeutamaan mereka. Berbanding tahun 2019, rakyat Malaysia menunjukkan minat yang lebih sebanyak 6 kali ganda untukmembeli barangan yang berkaitan dengan pemakanan sihat, senaman, dandanan diri, dan kebersihan diri. Barangandandanan diri adalah subkategori paling popular untukpenjagaan diri secara fizikal, dengan kira-kira satu pertigadaripadanya terdiri daripada produk penjagaan kulit sepertitopeng muka, skrub muka, alat solek, minyak muka, pati dan serum.
Rakyat Malaysia didapati lebih mengutamakan penjagaan diridari segi persekitaran dengan mewujudkan persekitaran hidupyang lebih sihat. Ini kerana permintaan untuk pembaikan, hiasandan organisasi rumah meningkat sebanyak 10 kali ganda dalamtempoh dua tahun lepas di pasaran Shopee sejak tahun 2019. Contohnya termasuk bekalan DIY, wangian dan lilin, bunga dan tumbuhan tiruan, kertas dinding dan hiasan seni dinding, rak, pengatur meja dan bakul simpanan. Data ini mungkin tidakmengejutkan kerana ramai yang harus menilai semula ruangkediaman mereka, jika mereka menghabiskan lebih banyak masa bekerja dan belajar di rumah, atau mempunyai hobi yang dilakukan di dalam rumah.
Melihat pada trend pertumbuhan kesejahteraan sosial, permintaan oleh rakyat Malaysia meningkat 5 kali ganda bagiproduk untuk mendidik atau mengasuh bayi serta memeliharahaiwan peliharaan dalam tempoh 2 tahun lepas. Barangan yang dijual yang berkaitan dengan bekalan haiwan peliharaanmeningkat paling cepat dalam kategori ini. Barangan mainan, dandanan, fesyen, rumah serta aksesori untuk haiwan peliharaanmeningkat 13 kali ganda dari tahun 2019 hingga tahun 2021.
Shopee turut menyaksikan rakyat Malaysia semakin berminatuntuk mempelajari kemahiran baharu dan memupuk hobi sepertimembaca, menulis jurnal, bermain permainan berpapan dan bermain alat muzik, yang memberikan sejenis detoks digital dan menggalakkan penjagaan diri dari aspek psikologi yang lebihbaik. Barangan yang dijual berkaitan hobi-hobi ini telahmeningkat sebanyak 6 kali ganda dalam tempoh dua tahun lepas.
Rakyat Malaysia juga melakukan penjagaan diri di luar talian, menggunakan pembayaran digital. Untuk keseluruhan tahun2021 berbanding tahun 2019 sebelum munculnya wabak Covid-19, bagi penggunaan ShopeePay, dompet mudah alih bersepaduShopee, dalam kategori penjagaan diri, pesanan meningkatpaling banyak bagi produk-produk sukan dan aktiviti luar, permainan, buku dan hobi, serta kesihatan dan kecantikan. Peningkatan tertinggi adalah untuk produk-produk permainan, buku dan hobi, dengan kenaikan penggunaan dicatat sebanyak60 kali ganda.
Shopee: Rakyat Malaysia mengambil penjagaan diri dengan lebih serius
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 01, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...