Zi’s Tasty Treats Yong Tau Foo Menawarkan Set Hidangan Menarik di Bulan Ramadhan
Zi’s Tasty Treats Yong Tau Foo Menawarkan Set Hidangan Menarik di Bulan Ramadhan- Yong Tau Foo antara hidangan yang popular dan cukup digemari dikalangan masyarakat Malaysia. Gabungan pelbagai jenis tauhu, bebola ikan, bebola sotong, isi ketam, dan pelbagai lagi menjadikan ia sepinggan hidangan yang cukup unik. Bayangkan kita boleh pilih sendiri apa yang ingin dinikmati bersama sosnya yang tersendiri.
Antara lokasi Yong Tau Foo yang sedap adalah di Zi's Tasty Treat Yong Tau Foo yang terletak di Medan Selera Makan Tesco Selayang Selangor. Jadinya sambil-sambil datang membeli barangan dapur dan rumah di Lotus, bolehlah jemput singgah.
Pemilik Zi's Tasty Treats Puan Zaimah Ismail
Ditanya kepada pemilik Zi's Tasty Treats Puan Zaimah Ismail, apakah keistimewaan Yong Tau Foo yang ditawarkan. Jawapannya sos yang disediakan adalah homemade dari resepinya yang tersendiri. Dimasak menggunakan bahan-bahan segar tanpa pengawet yang mana boleh menjejaskan rasa sos homemade.
Apapun bagi saya merasai air tangan Puan Zaimah seolah menikmati hidangan air tangan bonda sendiri. Rasa cukup kasih sayang dalam setiap hidangan yang ditawarkan. Sedap seperti masakan dari dapur rumah! Itu yang saya dapat gambarkan.
Berpeluang mengorek kisah bagaimana mulanya rasa minat untuk berniaga Yong Tau Foo ini. Jawapan daripada Puan Zaimah cukup mudah. "Saya seorang yang sangat gemarkan Yong Tau Foo". Setiap kali beliau adakan rumah terbuka, pasti hidangan Yong Tau Foo disediakan untuk para tetamunya.
Keenakkan Yong Tau Foo yang disediakan menjadi permintaan dari kalangan tetamu yang terdiri daripada keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawannya. Atas dorongan dan yakin dengan permintaan pasaran, Puan Zaimah sebulat hati untuk membuka perniagaan makanan Yong Tau Foo dibawah jenama perniagaan Zi's Tasty Treats Yong Tau Foo.
Pada awalnya tempahan adalah untuk majlis rumah-rumah terbuka, tempahan 'lunch box' dari pejabat-pejabat dan juga permintaan untuk hujung minggu dari jiran tertangga serta keluarga. Sehinggalah akhirnya beliau membuka kedai Yong Tau Foo di Tesco Selayang sekitar pada tahun 2020 )iaitu 18 hari sebelum berlakunya PKP di seluruh negara).
Variasi Pilihan Yong Tau Foo
Terdapat lebih kurang 30 jenis item Yong Tau Foo dan harga yang ditawarkan adalah diantara 50 sen sehingga RM4 setiap satu. Selain itu cara sediakan Yong Tau Foo juga atas permintaan pelanggan samada secara rebus atau digoreng.
Kebiasaannya Yong Tau Foo dinikmati bersama sos homemade iaitu sos manis dan sos pedas tetapi ada juga permintaan pelanggan untuk menikmatinya bersama sup panas. Ya! Saya memang gemar Yong Tau Foo dinikmati bersama sup. Dan sup di Zi's Tasty Treats memang sedap!
Bersempena dengan bulan ramadhan tidak lama lagi. Zi's Tasty Treats Yong Tau Foo menawarkan set 'Iftar Talam' dan "kotak moreh".
Untuk set 'Iftar Talam' sesuai untuk dinikmati waktu berbuka. Dan boleh dinikmati antara 8 hingga 10 orang. Kebiasaannya kita akan menikmati juadah utama bersama hidangan sampingan lain. Jadi kita boleh jadikan Yong Tau Foo sebagai hidangan sampingan ketika berbuka. Harga satu talam adalah RM40.
Manakala 1 set 'kotak moreh' hanya untuk seorang. Sesuai untuk makanan ringan selepas terawih iaitu waktu moreh. Harga satu set moreh adalah RM5 sahaja.
Hidangan Istimewa Yang Lain
Selain Yong Tau Foo saya juga telah menikmati hidangan lain di Zi's Tasty Treats. Antaranya seperti di bawah:-
Chee Cheong Fun | RM5.90/set
Bagi peminat Chee Cheong Fun yang turut dikenali sebagai steamed rice rolls ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Dinikmati bersama sos pedas dan sos manis, dibahagian atasnya ada ditaburkan dengan bijan.
Sotong Kangkong | RM7.90/set
Bahan utama adalah stong kembang dan juga kangkung. Tapi yan menjadikan hidangan ini istimewa adalah sos yang digunakan. Saya cukup suka dengan imbangan rasa pedas yang cukup 'kick'. Mungkin disebabkan lidah orang Asia jadi ras apedas itu perlu ada dalam setiap hidangan.
Tauhu bakar | RM5.50/set
Tauhu kering yang dibakar, diletakkan bersama sayuran seperti lobak merah, sengkuang dan dinikmati bersama sos manis. Ternyata memang sangat sedap menikmatinya ketika masih panas-panas.
Untuk Tempahan dan Pertanyaan
Zi's Tasty Treats juga membuka peluang untuk individu atau organisasi yang ingin membuat tempahan bagi disedekahkan pada surau, masjid, rumah kebajikan dan sebagainya. Namun untuk tempahan minimum set talam adalah 1 set, manakala 'kotak moreh' minimum tempahan adalah 20 set.
*Caj penghantaran dikenakan.
Tempahan adalah pada atau sebelum 12 tengahari pada hari yang sama, untuk tempahan sebelum 7 malam penghantaran akan dilakukan pada keesokan harinya. Korang boleh membuat tempahan dengan menghubungi nombor talian berikut 012-6556199, IG : https://www.instagram.com/zi_tsty_treats/.
Zi's Tasty Treats sentiasa menjadi pilihan,
Yong Tau Foo hidangan kegemaran,
Makan bersama keluarga mahupun rakan,
Ditawarkan pada harga berpatutan,
Zi’s Tasty Treats Yong Tau Foo Menawarkan Set Hidangan Menarik di Bulan Ramadhan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 13, 2022
Rating:
OK. I nak yang sotong kangkung and chee chong fun please. Itu memang kegemaran tu. Macam lazat dan berpatutan harganya.
ReplyDeleteLooks like a good place to dine at. The yong-taw-foo looks yummy too. Thank you for sharing your review with me, Ayu ^_^
ReplyDeleteYong Tau fu ni memang kegemaran ni, terutama kalau sos dia sedap, memang yong taufu tu akan dicari selalu. Menarik set dekat sini. Tapi tu la jauhnya
ReplyDeleteDah lama tak makan yong tau foo. Tengok Ayu punya terliur kita. Tak jauh pun Lotus Selayang dari rumah kita, nanti nak cuba laa singgah makan sini
ReplyDeleteBoleh cuba ni, nampak macam sedap sangat. Kalau puasa tu tengok menu, rasa nak terliur.
ReplyDeleteUishhhh, sedapnya Chee Cheong Fun dengan Tauhu Bakar tu! Tini memang suka makan dua menu tu sejak zaman sekolah lagi. Ni tengok gambar, jadi terliur terus dok teringat-ingat moment masa makan time rehat. Hehehehe. Balik Selangor nanti insyaAllah nak terjah Tesco Selayang.
ReplyDeleteNampak tempting dan sedap ye YTF ni, i memang minat makan YTF and CCF bha... favourite food bah... gonna check this out this weekend nanti..
ReplyDeleteFav makanan ruby tak kira masa. Saya suka food hunting Yong Tau Fu sebab nak mencari kat pasar malam dah takde. Nanti nak ke Selayang lah. Tq akak share!
ReplyDeleteedapkan, i like their yong tau foo sauces especially the chili sauce and garlic chili oil.
ReplyDeleteMy favorite Yong tau fu ni, mmg klu mkn ni mesti kuah dia kena sedap, kalau tak rasa kyahnya mkn pun tak laju, nti blhlah Yong Tau Foo di Tesco Selayang
ReplyDelete