AEON Star Rewards menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya generasi muda yang mula menjadikan bidang memasak sebagai hobi pasca-pandemik dengan harga berpatutan.
Program ini memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimpot dari Korea Selatan, kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak.
Bercakap mengenai program ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata,
Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini.
Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia di mana beliau mempunyai kepakaran, populariti, pengaruh, dan pengalaman luas selama bertahun- tahun dalam bidang masakan. Pada masa yang sama, Chef Wan juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk AEON.
Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.
tambah Low Ngai Yuen.
Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2 keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my.
Nota kaki: Saya sudah dapatkan satu Neoflam dari AEON, korang bila lagi? Hiks

No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...