Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati Pecah Rekod Kehadiran
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati Pecah Rekod Kehadiran- Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri yang unik anjuran Jati, jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar (MGB), bersama ecoBrown's AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw telah menarik perhatian ramai pada hari pertama pelancarannya untuk acara yang berlangsung selama 16 hari itu, menjadi viral di media sosial.
Pembeli dari Lembah Klang, pelawat dari negeri-negeri lain dan juga pelancong mengambil kesempatan dengan pemasangan hasil seni retro dan kilauan lampu untuk kandungan media sosial mereka sambil mengunjungi lebih 60 gerai pilihan khas yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman untuk berbuka puasa berserta juadah Raya, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya untuk seisi keluarga, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang viral dan dipercayai.
Media sosial dibanjiri dengan gambar dan video selebriti, influencer dan warga Malaysia yang memilih untuk membeli-belah barangan Ramadhan dan Raya mereka di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri bagi pilihan produk dan perkhidmatan yang unik, dan untuk kemudahan dan keselesaan dalaman yang terletak di tengah-tengah tetapan tempat yang dilindungi daripada matahari dan hujan, berhawa dingin, dengan kawalan keselamatan yang baik dan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya.
Ramai selebriti telah dilihat membeli-belah di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitrintermasuk Sazzy Falak, Bella Astillah, dan Maryam & Ryzal Ibrahim yang terkenal kerana durian Kimchi TV.
Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar, tiada pembelian diperlukan. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka.
Parkir adalah percuma di Bukit Bintang City Centre untuk para pembeli Rasa Kasih Aidilfitri. Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat gaya terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!
Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.
Media sosial dibanjiri dengan gambar dan video selebriti, influencer dan warga Malaysia yang memilih untuk membeli-belah barangan Ramadhan dan Raya mereka di Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri bagi pilihan produk dan perkhidmatan yang unik, dan untuk kemudahan dan keselesaan dalaman yang terletak di tengah-tengah tetapan tempat yang dilindungi daripada matahari dan hujan, berhawa dingin, dengan kawalan keselamatan yang baik dan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya.
Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509.
Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas ekonomi negara berhenti sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang begitu membanggakan.
kata Encik Chua Keng Jin, Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi Sdn Bhd.
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri akan berlangsung di Malaysian Grand Bazaar yang bermula pada hari ini 9 April hingga 24 April selama 16 hari, dari 10 pagi hingga 10 malam. Ia adalah bazaar yang harus dikunjungi pada tahun 2022, dengan begitu banyak tawaran berserta pelbagai aktiviti, peraduan, giveaway, permainan dan banyak lagi denganmenyokong jenama Malaysia. Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan. Mulakan di sini!
ujarnya lagi.
Sebagai pusat beli-belah artisanal tetap yang pertama di KL, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jati, pengeluar beras terkemuka di negara ini untuk mempersembahkan Bazaar Ramadan Rasa Kasih Aidilfitri di premis ini kerana kami berkongsi etos yang sama dalam mempromosi dan menyokong jenama dan peruncit tempatan.
ulas Michelle Liew, Ketua Peruncitan untuk BBCC Development Sdn Bhd.
Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar, tiada pembelian diperlukan. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif untuk setiap pengumpul yang pasti akan menambah koleksi mereka.
Saya sangat suka dengan suasana, kemudahan, keselesaan, pilihan dan tawaran tempatan. Saya juga amat gembira apabila mendapati begitu banyak jenama tempatan yang viral berkumpul di satu tempat, dan boleh melakukan pembelian terus kerana Raya sudah tidak lama lagi. Syabas Jati kerana menyokong dan memberikan ruang kepada usahawan tempatan untuk menyinar. Tetapan tempat adalah menakjubkan. Setiap sudut adalah Insta- worthy, benar-benar tempat sempurna untuk membeli-belah Ramadhan ini,
jelas pelakon,penyampai TV dan pelabur Sazzy Falak.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah teruja dengan apa yang ditawarkan termasuk biskut dan hadiah untuk keluarga dan rakannya di kampung halaman.
Saya jumpa biskut yang paling comel, aksesori yang sesuai untuk pakaian Raya seisi keluarga, dan begitu banyak barangan cantik yang akan dijadikan hadiah menarik untuk keluarga dan rakan-rakan. Ianya sangat selesa untuk membeli-belah di sini, dan ia adalah tempat yang sesuai untuk mencipta kandungan untuk Ramadhan dan Raya. Suka, suka, suka!
Maryam dan Ryzal Ibrahim, pasangan Korea-Malaysia yang terkenal kerana Durian Kimchi TV sedang sibuk di gerai Jati memilih pelbagai jenis nasi untuk resipi gabungan Ramadhan dan Raya untuk saluran YouTube mereka. “Kualiti dan pilihan beras dari Jati sangat mengagumkan. Ia akan berfungsi dengan baik dengan resipi Korea, Malaysia dan fusion.
Saya mempunyai banyak idea tentang apa yang perlu dibuat. Ini adalah bazaar Ramadhan berskala besar yang pertama untuk saya, malah ia lebih baik daripada apa yang saya jangkakan. Suasananya begitu meriah dan membangkitkan suasana kampung.
kongsi Maryam dan Ryzal.
Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.
Pengunjung juga berpeluang untuk dihiburkan sepanjang Bazar dengan persembahan dan mengambil bahagian dalam aktiviti sepanjang hari seperti bengkel dan sesi permainan, ia dapat menjanjikan keseronokan untuk setiap ahli keluarga pada semua peringkat umur.
Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati Pecah Rekod Kehadiran
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 09, 2022
Rating:
No comments:
Sharing is caring...