Koleksi Raya AEON 2022 - Trend Fesyen Untuk 'Raya Penuh Makna'


AEON Malaysia tidak terkecuali memperkenalkan koleksi pakaian raya mereka untuk tahun 2022. Trend fesyen kali ini mempertengahkan "Raya Penuh Makna" memandangkan setelah 2 tahun masyarakat Malaysia menantikan untuk meraikan Hari Raya bersama dengan keluarga tercinta.


Satu majlis peragaan Koleksi Raya  AEON 2022 telah diadakan di AEON Alpha Angle Kuala Lumpur pada hari Ahad 24 April 2022.  Antara koleksi jenama pakaian yang berkaloborasi bersama AEON seperti F.O.S, Jasmina, Anggun Cotton Collection dan Behati.

Manakala jenama 'in-house' AEON yang turut mengambil bahagian antara lain jenama Scarlet, Puteri, Arcadia. Tized, Agenda, Creme. Guys' Vision dan Suave. 



Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Low Ngai Yuen Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Co. (M) Bhd yang turut memberi serba sedikit pengenalan tentang koleksi pakaian raya dari AEON 2022.

Memang cantik-cantik pakaian daripada pelbagai jenama didalam koleksi Raya AEON 2022 ini. Dari segi rekaan ada yang minimalis tidak kurang juga 'fashionable'. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.



Koleksi pakaian dari Guys' Vision dan Puteri


Koleksi pakaian dari Behati

Dari jenama Behati

Dari Anggun Cotton Collection

Selain baju melayu dan baju kurung, terdapat juga peragaan baju kasual yang boleh memberi inpirasi kepada pengunjung bagi mendapatkannya untuk acara santai seperti ziarah dan sebagainya.

F.O.S


Arcadia :-)


Guys' Vision


Behati



Istimewa hanya pada 24 April 2022 dari jam 1 petang sehingga 5 petang, semua jenama baju dibawah koleksi Raya AEON 2022 diberikan diskaun sebanyak 20%.

Arcadia

Guys Vision

Behati


Berkesempatan bergambar dengan Yanny penolang pereka dari jenama Behati.

So korang yang masih mencari baju raya jangan lupa untik terjah AEON. Ada pelbagai koleksi baju raya menarik dengan harga yang cukup berpatutan ditawarkan.
Koleksi Raya AEON 2022 - Trend Fesyen Untuk 'Raya Penuh Makna' Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 25, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.