Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau Memang Benar-Benar Memikat Selera


Lokasi tempat makan terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur dikenali sebagai MASOK, betul-betul bersebelahan dengan Quill City Mall dan juga Universiti Kuala Lumpur. Kalau korang berhampiran sini jangan lupa untuk mencuba Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau.


Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau Memang Benar-Benar Memikat Selera- Sedap betul! Saya cukup suka dengan akan rasa ayam yang disalut kicap pedas yang memang padu rasanya. Cukup rasa, seimbang dengan gabungan rempah. Ditambah pula dinikmati bersama dengan nasi panas-panas. Didalam set ini turut disertakan sambal hijau, sebiji telur goreng mata dan timun.


MASOK merupakan satu hentian yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman di bawah satu bumbung. Selain menyediakan tempat makan yang selesa terdapat juga fasiliti lain seperti surau, tandas dan parkir (cukup luas di bahagian belakang kedai).

Parkir yang cukup luas

Tandas dan surau

Dusahakan Oleh Dua Rakan Baik
Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan makanan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.

Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.

 

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat rakan sepengajian Zainol Abidin Zakaria, 38, dan Haikal Zainal Abidin, 37, apabila memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19.

Menurut Zainol, pembabitannya bersama Haikal dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.

Rahsia Kesedapan Nasi Ayam Kicap  
Justeru, menu ringkas pilihan ramai, Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau menjadi taruhan mereka untuk disajikan kepada semua terutama di bulan Ramadan ini.

Tambah Zainol, Nasi Ayam Kicap dilahirkan daripada cetusan ideanya apabila melihat menu tersebut antara masakan rumah pilihan ramai dan mudah dimasak.
Nasi Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam resipi seperti penggunaan rempah ratus.

Selain itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli setiap hari terutamanya ayam.

Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan masakan-masakan tempatan yang lain,

katanya ketika ditemui di gerai jualannya yang terletak di Masok foodcourt, 49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 
Suasana malam di MASOK

Membuat kajian corak dan pemilihan menu masakan orang ramai terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan, kedua-dua sahabat ini ingin popularkan masakan tersebut kembali.

Berbicara pula mengenai sambal hijau yang disajikan bersama makanan tersebut, Zainol menjelaskan ia merupakan ‘senjata’ utama dalam menu tersebut yang dihasilkan menggunakan resipi turun temurun.

Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau RM12

Selain itu Nasi Ayam Kicap turut disajikan bersama nasi putih, sambal hijau, telur mata dan juga timun sebagai ulam.


Dijual pada harga RM12 sepinggan, Nasi Ayam Kicap mula dijual pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam (hari selain Ramadan) dan 3 pagi pada (bulan Ramadan).

Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, kini mereka dalam perancangan menyenaraikan menu tersebut di dalam perkhidmatan penghantaran Grabfood dan foodpanda.

Untuk itu, sedikit masa lagi orang ramai boleh menikmati sajian ini dengan pesanan hanya dihujung jari.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Ayam Kicap,boleh ikuti mereka di media sosial Instagram @nak_nasiayamkicap.

Nota kaki: Saya dah cuba sendiri memang puas hati. Semasa menaip entri ini masih teringat-ingat kesedapan rasa ayam kicap di sini.
Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau Memang Benar-Benar Memikat Selera Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Macam menarik plak N.A.K nie, simple yet fulfilling. I would love to try that.

    ReplyDelete
  2. Nampak tempat je santai je kalau makan kat sini. Kalau cakap pasal nasi ayam ni memang Dania cukup suka you. Nanti I nak try nasi ayam sini pulak.

    ReplyDelete
  3. Terliur pulak tengok Nasi Ayam Kicap dia. Boleh cuba nanti kalau ke kl

    ReplyDelete
  4. Kalau dah kata menu kicap, apa jenis pun laaa memang sedap jerr kan, janji kicap hahaha

    ReplyDelete
  5. Nell selalu juga explore tempat makan kat Kampung Baru ni... so far tak pernah try this lagi.. wahh, boleh la pergi nanti... Nampak menyelerakan ye!

    ReplyDelete
  6. Rm 12 for the whole plate seems reasonable. cant wait to try it

    ReplyDelete
  7. Simple je menu Nasi Ayam Kicap (N.A.K) Sambal Hijau ni, tak la nampak banyak sangat decoration dan yang penting, sedap.

    ReplyDelete
  8. Would love to try this if I happen to be around there one day. Looks simple and yet I know it will be satisfying. Thanks for sharing.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.