Pengalaman Menyantuni Anak-Anak Di Rumah Amal Firdaus Bersempena Dengan Kempen #DominosKasihdanPiza - Rezeki saya untuk ramadhan tahun ini kerana masih lagi berkesempatan meluangkan masa dan insyaAllah akan beraya bersama orang terdekat dan tersayang, Namun dalam keseronokan kita meraikan ramadhan dan juga kedatangan syawal tidak lama lagi, jangan lupa pula pada mereka yang tidak berpeluang merasai semua ini.
Bagi mengimarahkan lagi di hari-hari terakhir bulan ramadhan. Saya telah menyertai Domino's Malaysia bersama-sama menyatuni anak-anak dari Rumah Amal Firdaus.
Di mana abang rider Domino’s sendiri hadir bagi menghantar pizza yang masih panas dan 'fresh' kepada anak-anak di Rumah Amal Firdaus. Oh ya! Banyak juga pizza yang dihantar, Ada pizza keju, mix dan pelbagai lagi.
Ini juga salah satu tanda kasih kepada adik-adik di sini agar mereka sentiasa gembira biarpun ada kekurangan (tidak dapat bersama keluarga sendiri). Kasih dan Piza bukan hanya kita boleh berkongsi bersama keluarga sendiri bahkan dengan sesiapa sahaja.
Biarpun pemberiannya nampak kecil tapi pulangan dengan senyuman paling manis disertakan dengan ucapan terima kasih itu sangat besar maknanya.
Saya sendiri bila berada di sini, hati tetap digamit sayu, bayangkan anak kecil seusia dengan anak sendiri, bermain dan membesar dengan penjaga yang benar-benar sayang pada mereka.
Usai berbuka dan ketika saya melangkah kaki meninggalkan kaki dari rumah ini..
Terdengar suatu suara yang halus...
"Kakak pizza, nanti datang lagi ya. Kita tengok TV sama-sama lagi, okay!"
Saya hanya mengangguk perlahan...
Dan sempat bersalaman dengan semua penghuni termasuklah Ummu (pembantu Ummi) yang wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Kirim salam kat Domino's ya kak. Katanya..
Terima kasih Domino's :-)
#DominosKasihdanPiza
This is a good charity program by Dominos. Glad that everyone is happy. Thank you for sharing this lovely story with me.
ReplyDeleteprogram sebegini memang bagus dan harap lebih banyak lagi pihak di luar sana membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam menyediakan diri untuk hari perayaan.
ReplyDeleteWow this is one if the meaningful csr campaign, and hope that they will keep supporting the underpriviledge
ReplyDeleteChildren are innocent and want pure love and care and their smiling faces are so precious.
ReplyDelete