Projek Biskut Raya Bersama Peserta Return To Work PERKESO

Projek Biskut Raya Bersama Peserta Return To Work PERKESO- Program pengurusan hilang upaya Return To Work PERKESO adalah merupakan Program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat.


Selain membantu pencarum PERKESO untuk kembali bekerja dalam pasaran terbuka, RTW PERKESO turut membantu pencarum yang bekerja sendiri untuk meningkatkan skil dan produktiviti menerusi program-program keusahawanan dan vokasional, agar dapat menjana pendapatan sendiri secara berdikari bagi merancakkan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam negara.


Kini, Return To Work PERKESO telah meneroka peluang ke arah mewujudkan satu platform yang interaktif dalam mempromosikan perniagaan yang dijalankan oleh peserta Return To Work, iaitu RTWPreneur menerusi sebuah program RTWShop. Program RTWShop ini bakal menemui penonton menerusi laman media sosial rasmi PERKESO dengan harapan agar mereka dapat bersaing secara sihat dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di dalam pasaran Malaysia, seiring dengan perkembangan teknologi yang menjadikan urus niaga atas talian begitu mudah.


Ikuti Program RTWShop pada minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan yang akan menemui anda menerusi Facebook Rasmi PERKESO dan Facebook RTW PERKESO bermula April 2022 bagi mendapatkan pelbagai produk usahawan tempatan dengan tawaran harga yang menarik. Setiap pembelian anda telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan usahawan RTW PERKESO dan pastinya memberikan suntikan semangat untuk mereka terus maju ke hadapan.


Saksikan program ini secara berlangsung melalui Facebook Return To Work Perkeso pada hari Rabu, 6 April 2022 bermula 1.00 petang.
Projek Biskut Raya Bersama Peserta Return To Work PERKESO Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.