Rantaian Kasih 2022 | HABIB Kembalikan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Di Kampung Halaman

Pastinya ada kerinduan pada kampung halaman setelah ampir 2 tahun lamanya tidak dapat pulang beraya. Bagi mengimbau kembali kenangan sambutan hari raya di desa, HABIB tampil dengan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan yang bertemakan Rantaian Kasih. Kempen ini berlangsung bermula dari 4 April sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran Habib.


Rantaian Kasih 2022 | HABIB Kembalikan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Di Kampung Halaman - Pelancaran kempen Rantaian Kasih ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB di bilik pameran HABIB yang terbesar di Pavilion Bukit Jalil yang berkeluasan 4,414 kaki persegi, Acara ini menampilkan koleksi hari raya HABIB yang terbaru serta penampilan barisan duta selebriti hari raya. 


Abu Shaef, Stylist Selebriti Malaysia Hadir Berkongsi Tips


Personaliti jemputan istimewa, Abu Shaef, seorang stylist selebriti Malaysia yang cukup popular turut menambah keterujaan tetamu. Abu Shaef sempat memberi beberapa tips bagaimana memilih barangan kemas untuk untuk lebih bergaya di hari lebaran.


Antara tips yang dikongsikan seperti:-
  • Pilihan adalah bergantung kepada tone warna kulit
  • Warna pakaian
  • Jenis bentuk muka
  • Jenis kolar baju
  • Saiz perlu seimbang (tidak digalakkan subang, rantai, cincin dan gelang menggunakan semuanya saiz besar, perlu ada keseimbangan)


Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, 
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di mana ramai di antara kita mengambil peluang untuk bersama keluarga. Dari ke terawih, ke bazar ramadan, bersahur dan ber’shopping’ semuanya indahdilakukan bersama. Di bilik pameran HABIB pula, pada bulan Ramadan kita dapat berkenalan dengan seisikeluarga pelanggan. Ibu, kakak, adik, mertua dan seluruhkeluarga akan membeli belah bersama. Ini adalah suasanayang amat menyeronokkan kerana kami dapatmemberikan pengalaman yang gembira untuk pelanggan, dan dari sini lah, tema Rantaian Kasih dikekalkan.
Apabila pelanggan memilih untuk membeli belah di HABIB, mereka telah meletakkan kepercayaan terhadap jenama HABIB dari segi kualiti barangan baik, koleksi yang terbaru dan moden serta perkhidmatan pelanggan yang memuaskan. Oleh itu, kami komited untuk sentiasa mengeluarkan pelbagai rekaan-rekaan yang terbarudengan kualiti yang terbaik sekali bagi memenuhi citarasa setiap pelanggan kami. Pelanggan pada masa kini lebih berpengetahuan mengenai barangan kemas, kualiti barangan menjadi keutamaan dari harga yang ditawarkan. Ini mendorong kami untuk hanya mengeluarkan barangan yang terbaik kualitinya dengan rekaan yang moden dan kontemporari.



Tahun ini, HABIB menambahkan kemeriahan hari raya dengan penggunaan warna-warna terang dan lebih ceria.Elemen songket diterapkan bagi menggabungkan konsep moden dan kontemporari. Songket Malaysia kaya dengan nilai sejarah dan warisan. Karya seni songket memerlukan kreativiti, kehalusan dan ketelitian untuk penghasilansongket yang bermutu dan eksklusif, selari dengan penghasilan barangan kemas. Sebagai jenama tempatan, HABIB merasa bangga dan terus menyokong serta mempromosikan warisan budaya Malaysia.


Duta Raya Habib 2022

 

Kempen Rantaian Kasih membawakan 3 duta baharu; pelakon Anzalna Nasir, ibunya Puan Azlina serta Erin Adlina, usahawan muda yang berjaya dan juga seorang‘influencer’ yang menjadi inspirasi ramai yang sangat meminati fesyen.


Koleksi Rantaian Kasih 2022

 

Koleksi hari raya dipersembahkan melalui pertunjukan fesyen yang memperagakan koleksi emas Oro Italia 916® dengan set rantai leher panjang, gelang tangan, cincin dan subang dari koleksi Amore, Grafetta dan banyak lagi. Seterusnya, koleksi eksklusif berlian, terdiri daripadarantai leher panjang dan kerongsang bermotif flora yang boleh didapati dalam rona emas emas kuning, emas putih dan emas ros.


Koleksi batu permata pelbagai warna seperti batu safir, delima, zamrud, amethyst, topaz dan citrine turut ditawarkan. Koleksi permata ini boleh dimiliki secara set cincin, loket, subang dan gelang tangan, sesuai digayakan pada hari lebaran. Model lelaki juga kelihatan segak menggayakan koleksi cincin lelaki dan butang baju melayu yang diikat dengan palladium perak bertatahkan berlian dan juga batu permata. HABIB juga menawarkan koleksi Oro Italia 916 untuk kanak-kanak dengan rekaan yang baharu.


Syiling Wafer Emas 999 Edisi Terhad 
Pada tahun ini, raya pastinya lebih meriah kerana kita sudah boleh pulang ke kampung halaman. Selain bersalam-salaman di pagi Syawal, pemberian duit raya adalah yang paling dinantikan oleh segenap golongan usia. Oleh itu, HABIB menampilkan syiling wafer emas 999 edisi terhad dengan rekaan rumah tradisional Malaysia. Rekaan rumah tradisional ini bukan hanya mengingatkan kita pada kampung halaman tetapi boleh memperkenalkan asal usul rumah tradisional di Malaysia terutamanya kepada golongan muda.


Syiling wafer emas 999 ini dipakej sempurna dengan bungkusan yang diilhamkan dengan motif songket. Ianya sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun pengganti duit raya. Boleh didapati secara individu dengan harga RM118 mahupun dalam set berharga RM590 dengan lima rekaan rumah tradisional Malaysia:


1. Rumah Perabung Lima: Rumah Tradisional Perabung Lima berasal daripada Negeri Kelantan Darul Naim. Bumbungnya yang unik, berbentuk piramid dengan lima bucu merupakan usul ianya dipanggil ‘PerabungLima’.
2. Rumah Kutai: Ikonik di Negeri Perak, Rumah Kutai dihiasi dengan ukiran unik pada bumbung, pintu dan kawasan lain di dalam rumah.
3. Rumah Minangkabau: Merupakan sebuah lagenda di Negeri Sembilan. Rumah Minangkabau mempunyai bumbung unik berbentuk melengkung.
4. Rumah Tradisional Melaka: Terkenal dengan ‘tangga batu’ yang ikonik, dihiasi warna-warna terang bermotifkan flora dan fauna.
5. Rumah Serambi: Rumah Tradisional Melayu yang berasal daripada negeri sawah padi, Kedah dan mempunyai rekaan unik berukiran ‘bunga kerawang’.

Rantaian Kasih HABIB berlangsung di seluruh bilik pameran bermula 4 April sehingga 15 Mei 2022. Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmiwww.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB di Instagram @habibjewelsofficial dan Facebook @HABIB.


Rantaian Kasih 2022 | HABIB Kembalikan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Di Kampung Halaman Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 06, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.