Shah Alam Convention Centre Menyatuni Anak-Anak Rumah Amal Al-Firdaus dan Tawaran Buffet Ramadhan Bertemakan 'Selera Orang Kita'



Shah Alam Convention Centre Menyatuni Anak-Anak Rumah Amal Al-Firdaus dan Tawaran Buffet Ramadhan Bertemakan 'Selera Orang Kita'- Mengambil keberkatan bulan ramadhan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) telah menyantuni 40 anak-anak dari Rumah Amal Al-Firdaus di satu majlis berbuka puasa pada 6 April 2022 baru-baru ini. 

Turut diadakan majlis pemberian sumbangan kepada Rumah Amal Al-Firdaus dan juga duit raya buat anak-anak yatim dan asnaf daripada rumah tersebut. Tergambar kegembiraan di wajah anak-anak apabila masing-masing menerima duit raya dan juga beg sekolah.

Acara CSR tahunan SACC ini turut disokong sama oleh syarikat ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. Ketua Pegawai Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Encik Nasrudin Abu Bakar ketika ditemui di majlis ini turut berharap agak sumbangan yang diberikan ini dapat menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Beliau juga mengharapkan adar pihak SACC Convec akan menyusun lebih banyak program kemasyarakatan sebagai tanda sokongan  moral serta keprihatinan sosial.


Buffet Ramadhan 'Selera Orang Kita'
Di majlis yang cukup meriah ini para tetamu yang hadir disajikan dengan juadah dari Buffet Ramadhan dengan tema 'Selera Orang Kita'. Buffet sepanjang ramadhan ini ditawrakan dari 5 April sehingga 30 April 2022.

Tahun ini buffet ramadhan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) menawarkan lebih daripada 100 juadah hidangan dari masakan Melayu, Cina dan juga India. Pastinya dapat memenuhi citarasa semua tetamu yang hadir.

Antaranya hidangan yang enak dan agak 'rare' terdapat di buffet ramadhan ini seperti :-

Kambing Kebuli

Nasi Kebuli dan daging yang sudah siap dipotong kecil

 
Lidah dan perut bakar


Pecal & Lontong Selangor

Pecal


Begitu juga dengan menu lain Daging Bakar Masak Lemak, Sotong Varuval, Udang Cili Kering, Kambing Masak hitam.


Daging Bakar Masak Lemak

Udang Masak Lemak

Gerang Asam Ikan Pari

Petola Soo Hoon

Fried Carrot Cake

Ulam dan sambal

Kerabu kaki ayam

Kerabu Sotong

Bubur Lambuk dan Bubur Manis

Apam Balik

Cjar Kue Teow

Popiah

ABC

Ais krim

Minuman sejuk dan panas

Kurma, tapai dan kuih muih tradisi

Buah-buahan

Pencuci mulut - kek dan jelly

Sebenarnya terdapat banyak lagi makanan yang menarik. Bayangkan lebih dari 100 sajian, banyak betul pilihan.


Sepanjang malam ketika berbuka puasa, tetamu dihiburkan dengan persembahan dari kugiran yang diundang.


Harge buffet ramadhan Pusat Konvensyen Shah Alam  :

Dewasa : RM88
Kanak-kanak : RM44 (7-10 tahun)
PERCUMA (untuk kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah)

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh layari:

Atau hubungi di talian 03-5511885 atau 013-2206858

Boleh follow sosial media SACC:
IG : @shahalamconventioncentre
FB : SACCOfficialNew
Shah Alam Convention Centre Menyatuni Anak-Anak Rumah Amal Al-Firdaus dan Tawaran Buffet Ramadhan Bertemakan 'Selera Orang Kita' Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 08, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.