StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti
StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti- StarVendors jenama beli belah yang terbesar di tanah air kini kembali lagi bagi memeriahkan kedatangan syawal tidak lama lagi. Untuk tahun ini StarVendors Mega Raya Fest akan berlangsung selama 75 jam tanpa henti yang mana akan berakhir tepat jam 12 tengahari pada 25 April 2022.
Dan majlis perasmian acara festival ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd., Puan Ifa Raziah yang cukup dedikasi dalam memastikan penganjuran festival ini benar-benar mencapai matlamat iaitu festival yang dapat dijadikan satu platform kepada usahawan tempatan khasnya untuk berniaga serta memasarkan produk mereka.
Menurut Puan Ifa Raziah lagi, StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi didalam negara antaranya seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ini membolehkan usahawan yang bersama StarVendors dapat berniaga bukan sahaja tertumpu pada di ibukota bahkan ke seluruh negara.
Acara cabutan untuk Peraduan Shop & Win Havoc akan berlangsung pada malam 24 April 2022. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Seramai 55 artis terbabit didalam StarVendors Mega Raya Fest 2022 yang turut sama membuka booth produk mereka di sini. Antaranya seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Dato' Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Dato' Fizz Fairuz, Dato' Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey. Ke semua artis ini akan turut sama turun padang bukan sahaja datang untuk mempromosikan produk mereka bahkan untuk bertemu sendiri dengan pengunjung yang hadir menyokong perniagaan yang dijalankan.
Macam-macam produk ada antaranya seperti baju raya, kuih-muih raya, minuman, makanan, kerepek dan pelbagai lagi.
StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 23, 2022
Rating:
Bestnya shopping pelbagai, harga pun berbaloi kan. Rawlins sebab sejenis tak sanggup redah jam, maka tak pergi huhu
ReplyDeleteSeronoknya macam-macam ada di festival Starvendors nih. Senang nak cari baju atau kelengkapan raya satu tempat semuanya.
ReplyDeleteSekarang ada banyak Ramadan bazaar do mana2. Saya rasa StarVendors Mega Raya Fest ini sgt bagus utk sekeluarga boleh shopping Dan dpt murah produk2
ReplyDeleteStarVendors Mega Raya Fest Menarik hehe klu kat dlm wtckl xyah risau hujan kan..
ReplyDeletearitu jalan kat jalan tunku abd rahman, hujan..tak dapat shopping haha
Wowwwww ni yang ramai tunggu kan. Jualan tanpa henti tak memang sakan lah raya tahun ni.
ReplyDeletelama dah tak buat event raya macam ni kan. terasa best je nak raya
ReplyDeletePerghh punyalah lama 75jam woooo.. ada tu Sis nampak jam 3am ko kat sana soping, memang sampai Subuh laaa ek.. perghhhh
ReplyDeleteBest tu dpt round kat StarVendors Mega Raya Fest, ramai Artis2 msg2 jual produk, xgi jumpa Kak KM ke😅
ReplyDeleteBestnya dapat pergi pelancaran Starvendors. Mesti seronok bleh shopping sekali. Dulu tahun 2019, saya mesti terus beli barang keperluan suami dan anak-anak. Baju mak next round. Penat tau. Hahaha.
ReplyDeleteSini pun meriah kan kak Ayu! Nell pergi sini dulu, dapat juga la few pasang baju raya kat sini with great deals.. pergi pagi2 sebelum sahur pun ramai giler orang..
ReplyDeleteHaritu sempat juga singgah, memang packed la ramai orang shopping kat sini.
ReplyDeletewow an interesting concept to do it for 75 straight hours. mmg boleh shop till you drop here!
ReplyDeleteMenarik bethol! Jualan tanpa henti gitchew. Ni kalau Tini pergi mesti menggigil kepala lutut ni. Tak larat nak Shop Till You Drop. Dia macam hati meronta-ronta nak shopping, tapi badan tak larat sebab memang tak berani nak pergi area yang crowded, karang migraine ucap hai. Hehehehe.
ReplyDelete