UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY” di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

Berpeluang membawa Yara dan Ameer ke UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY” di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur, memang tidak akan saya lepaskan. Memandangkan kedua anak saya itu begitu menggemari dengan karektor Upin dan Ipin.


Upin Ipin animasi daripada Malaysia ini begitu popular dikalangan kanak-kanak. Bahkan golongan dewasa juga menggemari menontonnya. Keletah dua adik beradik kembar yang dibesarkan oleh Opah dan kakak kesayangan yang dikenali dengan nama Kak Ros ini memang mencuri perhatian. Apatah lagi kisah dalam setiap siri tentang kehidupan Upin Ipin bersama rakan baik dan warga kampung lain penuh pengajaran yang tersirat.

HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Untuk info, sebelum ini HYdeout telah berjaya mencipta nama sebagai tempat makan bertema mesra keluarga dan memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokan, pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Berikutan kejayaan tema ‘Dinotopia’ pada disember 2022, Pada 9 April 2022 sekali lagi pihak hotel memperkenalkan tema eksklusif dengan menampilkan Pemenang Anugerah paling disayangi Di Malaysia, dalam siri animasi iaitu - Upin & Ipin.


HYdeout telah berkembang dengan maju sejak menampilkan tema klasik yang serasi dengan golong muda, seperti “Spookyville” dan “Dinotopia”. Ini juga atas usaha hasil idea kreatif dari La Memoria, syarikat pengurusan acara yang bersama-sama menghasilkan idea hiasan bertema yang luar biasa di HYdeout. 


Untuk membolehkan kami terus mengekalkan momentum, idea-idea yang menarik menjadi satu keperluan buat kami untuk terus mendukung objektif HYdeout yang ingin menonjolkan keseronokkan keluarga. Kami juga berharap dengan membawa tema “Kampung In the City” akan memberi kesan mahupun impak yang baik buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa, sama seperti pengalaman kami rasai. Kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Les’Copaque Production, yang merupakan perintis syarikat Animasi terkemuka di Malaysia, dan juga pencipta Animasi nombor satu Malaysia iaitu Upin & Ipin, untuk merealisasikan visi yang kami percaya akan dengan tema yang ditetapkan akan menggamit zaman nostalgia keluarga ketika mengembara di suasana kampung. 

Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Kejayaan luar biasa watak-watak eponim yang dipamerkan dalam siri pengembaran telah menjadi bualan hangat dikalangan rakyat Malaysia, ini membuktikan bahawa nama tempatan mampu melonjak naik. 


Pengarah Urusan dan Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi berkongsi, 

Ini merupakan satu kebanggaan dan keistimewaan buat kami apabila dapat bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur bagi tema baru HYdeout kerana kami dapat menghidupkan elemen-elemen Upin & Ipin di luar layar skrin. Kami berhasrat agar dapat memupuk masyarakat tentang budaya tempatan dan hiburan tradisional bermula dari pengembaraan Upin & Ipin. Pengembaraan ini menjadi laluan untuk kita menghargai asal usul dan menghidupkan kenangan zaman kanak-kanak di tengah arus pemodenan. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman yang unik ini akan memupuk rasa keakraban yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin malah memperoleh peminat yang baru.


Tema baru “Kampung in The City” di HYdeout

Tema baru “Kampung in The City” di HYdeout meraikan pelbagai keunikan dan tarikan Upin dan Ipin sebagai tema utama ruangan yang telah disediakan, serta pelbagai tawaran menarik disajikan, seperti makanan bufet yang lazat sehingga ke hiburan seperti permainan, messy play, permainan tradisional, aktiviti mewarna wau, sudut bacaan, gerai carnival, dinding 3D, tayangan filem dan pelbagai lagi. Kanak-kanak juga bakal dikejutkan dengan penampilan khas Upin & Ipin.


Saya sendiri apabila memasuki di ruang HYdeout, "WOW" itu gambaran pertama yang mampu saya luahkan. Sangat cantik. Seperti berada didalam dunia Upin Ipin. Dikelilingi dengan pelbagai prop yang begitu banyak karektor Upin Ipin dan rakan-rakannya di sini. Sampaikan Ameer dan Yara menjadi rambang mata, di tempat mana satu perlu bergambar dahulu, hahaha.


Selain itu disediakan juga ruang untuk anak-anak beraktiviti seperti bermain dengan pasir kinetik.  Permainan ini membolehkan anak memegang, meramas dan menyentuh pasir. Sekaligus aktiviti ini dapat mengasah motor halus anak-anak.


Terdapat juga sudut membaca untuk anak-anak. Seperti Ameer, memang pantang nampak buku cerita beliau akan manfaatkan masanya biarpun hanya seketika sekadar untuk melihat dan membaca buku yang menarik perhatian beliau ketika itu.


Anak dan dunia bermain mereka tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi dengan permainan interaktif  dan juga melibatkan pergerakan fizikal dan mental seperti yang ada disediakan di UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY”.


Antara permainan seperti lontar bola ke dalam lubang, baling tin (teringat permainan ini di zaman kanak-kanak dahulu).


Memanah dan pelbagai lagi.


Ditawarkan juga permainan interaktif VR yang memang memberikan pengalaman luar biasa dunia 3D buat kanak-kanak.


Di satu sudut disediakan ruang untuk anak-anak menoton siri animasi Upin Ipin. Disediakan bean bag bagi tujuan keselesaan kanak-kanak.


Selamat datang ke Tadika Mesra Upin Ipin. Kita akan dapat lihat susun atur kelas seperti di tadika Upin Ipin, Ehsan, Mei Mei dan lain-lain. Di sini juga boleh diadakan aktiviti untuk anak-anak untuk bermain dan pada masa yang sama mereka boleh mengenali rakan baru.


Deko di ruang makan sangatlah cantk dan kemas. Nampak begitu esklusif terutama dengan juntaian pepohon hijau mencantikkan lagi pemandangan.


Disediakan gerai-gerai makanan dan minuman bersama dengan karektor didalam animasi Upin ipin.


Uniknya di gerai Ipin ada disediakan ayam goreng (bahagian peha) yang sememangnya makanan kegemaran Upin Ipin. Rasa comel pula di situ melihat semua ayam goreng adalah daripada bahagian peha, hiks.


Tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis juadah yang  adaditawarkan. Dari lauk tradisi masyarakat Malaysia, sajian barat dan juga Asia. Ini termasuklah udang masak berlada, sayur campur, sup rawon, laksa Johor, yong tau fu, nasi ayam, murtabak dan pelbagai lagi


Oh ya ada juga sate, ikan bakar dan kambing bakar yang didatangkan bersama sos istimewa mereka.


Rendang Minang, sedap juga! Menikmati hidangan ini terus rasa tak sabar nak raya :p


Ameer dan Yara cukup teruja menikmati ais krim Malaysia dari Gerai Mei Mei. Ais krim yang cukup popular sewaktu saya kecil dahulu.


Untuk minuman, Ameer dan yara paling gemar Ribena Laici :-) Ada pelbagai pilihan minuman panas dan juga sejuk.


Macam Upin dak Yara ni, memang ayam goreng bahagian peha itulah yang menjadi kegemarannya.



Antara Port OOTD Yang Menarik di UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY”

I'm in love kat sudut ini. Sangat details ya kedai Uncle Ah Tong kegemaran Upin Ipin ini.

Lukisan 3D, Yara dan posing gediknya, iskhh

Bersama Upin Ipin lagi -)

Bersama maskot Upin Ipin is a must. Sebagai bukti kita dah datang tau di 
 UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY”


Jangan Lupa Datang Ke UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY”

Jadi korang jangan lupa untuk bawa anak ke sini dan sama-sama merasai pengalaman keseronokan berada di dalam dunia Upin Ipin. 

Bulan Ramadhan
· Tarikh : 9 – 30 April 2022
· Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
· Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Waktu Biasa

· Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
· Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad , manakala 07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
· Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com


Betul..Betul... Betul.. Kami seronok di sini!


UPIN & IPIN: “KAMPUNG IN THE CITY” di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 18, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Fuhhhh Ayu tempatnya sangat mesra anak-anak kecil la. Sesuai sangat bawak Ameer dan Yara ke sana. Cantik la deco2 dia macam nampak real. Cuma harga dewasa tu agak pricey juga tapi mungkin tempat yang sangat selesa tu berbaloi la.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya. Nie kalau bawa anak saudara, mesti diorang leka dan suka. Dak Yara puasa ke tu?

    ReplyDelete
  3. Bestyaa makan bersama family Upin Ipin.. Sis dpt jemputan tapi sama date pulak dengan Legoland.. kalau tak, sanggup turun sana hahahahaha

    ReplyDelete
  4. wow upin ipin di Grand Hyatt Kuala Lumpur, budak2 suka la ni.

    ReplyDelete
  5. Air Balang tu memang best. Saya suka bila Grand Hyatt melayan tetamu. Siap sendukkan. Heehehehe. Pastu sambil makan boleh biar anak bermain, ada helper tolong tengok-tengokkan. hehehe.

    ReplyDelete
  6. The setup for children to play and adults to chill and dine is awesome.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.