Sebagai peminat drama melayu satu ketika dulu. Saya dapat lihat kematangan cerita masyarakat yang dipertengahkan dalam setiap naskhah baru yang diterbitkan. Elemen cinta, cemburu buta, kekeluargaan masih lagi mendominasi dalam setiap genre cerita yang dipersembahkan.
Selain itu pertaruhan pelakon baru sebagai hero dan heroin dalam drama juga menjadi tarikan. Namun secara peribadi, drama yang mempertengahkan pelakon baru sebagai watak baru memang kurang menyengat (masih lagi kelihatan kaku dan try hard dalam mempersembahkan lakonan).
Begitu juga dengan pengarah. banyak juga nama baru yang dulunya di bangku pembantu tetapi kini telah diberi kepercayaan oleh produksi untuk berada di bangku pengarah drama. Paling ketara penagarah semuanya orang muda dan berbakat.
Berbalik pada cerita drama melayu, secara peribadi ada jalan cerita yang sedikit longgar dan membosankan. Banyak pula drama melayu kali ini yang mengangkat kisah masyarakat tetapi kebanyakan adaptasi dari novel. Pulak tu banyak pula babak-babak yang memerlukan lontaran suara menjerit-jerit. Mungkin sebab ianya babak tengah marah. Tapi agak 'cliche' melihat perempuan yang suka menjerit-jerit sebab tidak puas hatikan sesuatu.
Entahla. Saya suka melihat drama hasil daripada pengarah Khabir Bhatia. Rasanya kalau watak orang nak marah sekalipun, tidak adalah dialog yang menjerit-jerit macam minta panampor, hahahaha. Ekspresi dan mimik muka sudah cukup faham dalam situasi marah.
Zaman sekarang selain juga mengejar rating, bilangan pengikut di media sosial menjadi keutamaan. Sampai macam tidak relevan untuk menilai kualiti drama jika diukur daripada jalan cerita, pelakon berbakat dan pelbagai lagi.
Dan bila dibahas perkara ini. Alasannya tetap sama. Kehendak penonton zaman ini dan ini adalah hakikatnya yang perlu dilalui oleh semua anak seni.
Speaker tv saya pecah pasal jerit jerit ni la. Mcm tak percaya. Kalau org putih buat dia ada filter sound. Kalau tak lingkup panggung dengan sound effectnya tu.
ReplyDelete