Jebat Derhaka Muncul Lancar ‘Perang’ Dengan Azizan Osman. Cabar Pula Bukti Kaya Macam Mana Usahawan Jutawan RichWorks


SHAH ALAM: Youtuber, Jebat Derhaka muncul kembali malah mahu melancarkan ‘perang’ terhadap Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Memetik kandungan video terbarunya, dia mencabar Dr Azizan membuktikan definisi kekayaan yang macam mana diamalkan bangsa usahawan di bawah bimbingan RichWorks.



“So, aku cabar Dr Azizan kita live kesempatan apa kita boleh buat selama tiga hari.

“Dari subuh sehingga isyak sempat tak masuk masjid? Tiga hari kita sarapan pada waktunya dan tahjud dengan mudah,” katanya. 


Baru-baru ini tular ketika hari raya, bila Jebat mempersoalkan RichWorks tempat melahirkan usahawan jutawan seperti dapat dilihat di papan iklan lebuh raya utama negara.

Tambah Jebat, kekayaan dan urusan dunia adalah sia-sia jika tidak boleh kembali kepada Allah SWT. 


Pada masa sama, beliau mengingatkan agar berhati-hati dengan kekayaan kerana jika tersilap langkah boleh mebawa kepada kesesatan.

“Kaya itu pada hati dan ketepatan masa, kalau kekayaan buat kita lupa Tuhan itu kaya tak ada makna cukuplah hidup sederhana,” jelasnya.

Sementara itu, meninjau di ruang komen sebahagian netizen menyokong kenyataan youtuber itu.

“Kata2 padu +pedas Dari jebat derhaka ...100% sy sokong... Jadilah seorang yg Kaya dlm taati perintah Allah s .w.t...solat tepat pada waktunya ...Dan sentiasa beribadah tanpa penat lelah.

“Pedih kata2 abg jebat...menusuk ke tulang sumsum.Betul kata abg Jebat org yg kaya sbnr2nya adala org yg bjaya d akhirat.

“Ni bang jebat, sy nk request bang jebat tanya dia lagi skli. Dia claim yg dia dah lahirkan byk jutawan. Cuma sy nak tahu, dia sendiri tu jutawan ker tak. Cer tanya cer Tanya,” antara tulisan netizen di ruang komen.

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang memaklumkan rutin dilakukan oleh anak didik RichWorks.

“Bang saja nk bagitau jelah kan. Yg team richworks ni kaya dunia inshaAllah kaya akhirat.

"Hampir setiap pagi selepas subuh semua students, staff & tenaga pengajar diharuskan untuk buat ratib, solat 5 waktu jgn tinggal, zakat mesti kena bayar, sedekah sngt diharuskan. Ni sekadar info jgn tembak org melulu.

“Anak didik dia je tau cara ajaran dia mcm mane ...dunia sahaja atau dunia dan akhirat jugak...,” demikian antara komen netizen.

Setakat ini video itu telah ditonton hampir 30, 000 ribu penonton dan lebih seribu tanda suka selain dihujani komen netizen.

No comments:

Post a Comment

Sharing is caring...