Restoran InColonial | Restoran Chinese Muslim Friendly Yang Menawarkan Pelbagai Hidangan Unik, Autentik dan Enak.


Restoran AlColonial sebuah restoran chinese muslim friendly yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur ini menawarkan pelbagai masakan mengikut citarasa msyarakat cina Malaysia. Restoran ynag telah beroperasi sejak tahun 2014 ini terletak di Intermark Mall dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik berkonsepkan zaman kolonial satu masa dahulu. Susunatur seolah berada didalam sebuah koptiam yang esklusif memberi lebih keselesaan terutama bagi mereka yang datang sama ada bersendiri, bersama keluarga mahupun berteman.


Restoran InColonial dimiliki oleh Kapten Jaffar dan isteri Puan Latifah yang merupakan seoarang juruterbang senior yang cukup berpengalaman. Beliau sehingga kini masih berkhidmat sebagai juruterbang bersama Singapore Airlines.


Saya sendiri ketika berada disini memang teruja melihat pada sentuhan tatarias didalam restoran yang banyak menggunakan elemen klasik. Secara tidak langsung mengimbas nostalgia zaman dulu yang cukup sentimental.


Untuk satu-satu masa restoran ini boleh menempatkan sehingga 150 orang. Dan jika anda mahukan ruang lebih privasi seperti makan besar bersama keluarga, terdapat 3 bilik yang menempatkan 3 meja bulat besar dengan dekorasi yang cukup istimewa.


Untuk memilih ruang makan esklusif ianya bergantung kepada kekosongan tempat memandangkan Restoran InColonial sering juga menjadi tumpuan untuk lokasi majlis keraian dan pertemuan. Memang sangat disarankan setiap pelanggan yang datang membuat temujanji terlebih dahulu. Namun begitu tiada masalah jika pelanggan datang juga secara walk-in


InColonial merupakan restoran  chinese muslim friendly yang dijamin menggunakan 100% bahan halal dan paling penting setiap hidangan yang disediakan adalah 'homemade' iaitu dari dapur sendiri.

Banyak pilihan tempat makan mengikut kesesuaian, kekosongan dan kapasiti kumpulan pelanggan yang datang.

Diketuai oleh seorang chef yang berbangsa cina dan dibantu oleh Chef Shamsul, seorang chef yang begitu banyak pengalaman didalam bidang penyediaan makanan dan kulinari. Apa yang penting semua hidangan di Restoran InColonial ini disediakan secara 'fresh' dari dapur, teknik penyediaan juga adalah mengikut budaya masyarakat Cina Malaysia seperti penggunaan api besar dan wok bagi memastikan kualiti masakan yang disediakan adalah autentik dari budaya masyarakat kita sendiri.


Menawarkan Hidangan Istimewa Kegemaran Masyarakat Cina Malaysia Yang Autentik

Di Restoran InColonial menawarkan pelbagai jenis hidangan masakan Cina Malaysia. Jika melihat pada menu memang hidangan yang ditawarkan sudah cukup banyak pilihan dan bervariasi. Antara hidangan yang sering mendapat permintaan pelanggan (signature dish) seperti blackpepper chicken. butter chicken dan sup ikan (menggunakan isi ikan kerapu).  

Saya cukup sukakan hidangan ini yang ada rasa percikan kepedasan citarasa masyarakat Malaysia

Namun begitu bagi memberi lebih kepuasan kepada pelanggan, Restoran InColonial memperkenalkan hidangan dimsum sebagai antara menu baru. Dan saya sendiri telah mencuba dimsum dan beberapa hidangan lain yang memang direkomen sendiri oleh pihak chef yang katanya rasanya memang unik dan sangat sedap.

Nah! Memang betul seperti apa yang dikata. Serius memang sedap! Untuk menu dimsum hanya ditawarkan dari jam 10.30 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Chicken Siew Ma

Har Gao 

Fuchok Prawn Roll

Crispy Chicken Wantan 

Spring Roll Chicken and Prawn 

Fried Sui Kao 

BBQ Chicken with cheese Pao 

Custard Pao

BBQ Chicken Pao 

Chicken Wing 

Squid 

Chicken Feet 

Beef Tripe

Kuey Tiau with Beef HK Style

Crispy Yee Mee w. Seafood 

Porridge

In Colonel Abalone Fried Rice

Panfried Lotus Pancake

Pelbagai jenis minuman sejuk ditawarkan. Ada minuman buahan, sparkling dan sebagainya. Saya paling suka dengan air minuman 100 spices, gabungan pelbagai jenis buahan didalamnya.

Terdapat juga latte, minuman teh dan pelbagai lagi Namun seperti biasa jika kita menikmati makanan cina, minuman teh panas adalah yang terbaik digabungkan bersama. Dan di InColonial terdapat pelbagai teh jenis teh cina yang ditawarkan samada kita mahukan yang teh lebih pekat ataupun yang lebih muda.

Ternyata InColonial merupakan restoran chinese muslim friendly yang bukan sahaja menawarkan persekitaran yang cukup selesa bahkan terdapat pelbagai pilihan masakan masyarakat Cina Malaysia yang cukup istimewa.

Tidak hairanlah restoran ini sering dikunjungi orang ternama dan selebriti yang ingin menikmati sendiri masakan masyarat Cina Malaysia.

Kalau korang datang ke sini, boleh guna Promo Kod : InCoAyu dan korang berpeluang untuk mendapat potongan sebanyak 10% daripada harga bil yang dikenakan.

Untuk pertanyaan dan RSVP: +6012 7849033

Jom cuba hidangan masyarakat Cina Malaysia yang 'homemade', rare, istimewa dan enak di Restoran InColonial, Intermark Mall Kuala Lumpur :-)

10 comments:

  1. Hidangan yang you tunjukkan kat sini semua membuka selera. I memang peminat makanan cina. Custard Pao tu dah lama tak makan, Yee Mee tu ya allah memang mengancam. Ok I berpuasa hari ni tu yang terliur tu. Hehe...

    ReplyDelete
  2. Yummy!!! Look at the dimsums! Reading your post really makes me wanna dine here. Plus, the ambiance looks cozy too. Thank you for sharing about InColonial, Ayu.

    ReplyDelete
  3. Menu dia nanpak semua best-best. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  4. chinese muslim food memang sedap, dalam sebulan mesti akan pi, baru tau kedai ni boleh try nanti

    ReplyDelete
  5. Kak dah lama xmkn Chinese food, memang sedap masakan cina, nti blhlah pg Restoran AlColonial chinese muslim friendly, kak suka masakan mcm ni

    ReplyDelete
  6. Aduhai. Terus terkecur liur tengok pilihan dim sum. Daku memang peminat makanan Chinese

    ReplyDelete
  7. Wow best juga tempat ni, nanti nak ajak my rakan sekerja makan kat sana

    ReplyDelete
  8. Ohh wowo....I miss dim sum & craving for dim sum now after reading this, hungry hungry. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  9. Fullamak... Cantiknya restaurant! Nampak selesa sekali. Kita suka Chinese food terutama dimsum. Nanti nak ajak family makan sini laaa

    ReplyDelete
  10. not only is the environment comfortable, but the food selection looks amazing too!

    ReplyDelete

Sharing is caring...