Shopee membolehkan lebih ramai penjual mengembangkan perniagaan mereka dengan Facebook Ads baharu di Pusat Penjual Shopee



Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan bahawa Iklan Facebook atau Facebook Ads kini tersedia secara rasmi di Pusat Penjual Shopee di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam, dengan ini memperkasakan komuniti terbesar di rantau ini dengan lebih 20 juta penjual menerusi alatan baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Dengan 95% pengguna Shopee bergantung pada Facebook dan Instagram untuk menemui jenama dan produk baharu, integrasi ini membolehkan para penjual meningkatkan kehadiran dalam talian mereka dengan memanfaatkan saluran Facebook, Instagram dan Audience Network demi membantu membawa trafik ke kedaiShopee rasmi mereka. Facebook Ads turut membolehkan pemperibadian yang lebih lagi bagi iklan yang disiarkan berdasarkan pilihan dan tingkah laku pengguna di platform, sekali gus menggalakkan pembelian dan memaksimumkan pertumbuhan jualan.

Facebook Ads di Pusat Penjual Shopee adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Shopee untuk menyokong perniagaan-perniagaan tidak kira besar atau kecil untuk berkembang dalam talian. Pusat Penjual Shopee menawarkan sebuah platform sehenti untuk membantupara penjual mengurus kedai mereka secara mudah, memberikan mereka akses kepada rangkaian alatpemasaran dan data yang lengkap untuk membuat penyenaraian, menjalankan promosi dan mengoptimumkan prestasi perniagaan dalam talianmereka. Mereka kini boleh menyediakan, melancarkan dan mengurus kempen Facebook Ads dengan mudah dan cepat melalui Pusat Penjual Shopee.


Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Mewujudkan kerjasama bersamaMeta untuk melancarkan Facebook Ads di Pusat PenjualShopee akan memberi impak yang besar kepada para penjual kami secara positif. Ia sememangnya merupakansesuatu penambahan yang signifikan bagi mereka. Kini, para penjual kami dapat menggunakan dan memanfaatkan satu ciri tambahan di Pusat Penjual kami bersama-sama dengan penyelesaian pemasaran Shopee yang lain demi meningkatkan keterlihatan kedai Shopee dan produkmereka kepada lebih ramai pembeli yang berminat. Mereka kini mampu mengembangkan iklan produkmereka kepada aplikasi dan laman web lain, dengan ini meningkatkan pangkalan pelanggan mereka. Kami akanterus mengembangkan ekosistem kami menerusi lebihbanyak kerjasama utama seperti kerjasama kami bersama Meta. Ini adalah untuk terus menyokong para penjualkami dengan lebih banyak peluang agar mereka dapat menambah baik perniagaan dan meningkatkan kemahiransecara digital.”

Facebook Ads bersama Shopee mula diperkenalkan pada tahun 2019 di mana hanya jenama-jenama dapatmenjalankan dan mengurus kempen melalui platform Facebook. Sejak itu, banyak jenama telah meningkatkan perniagaan mereka menggunakan ciri tersebut, menghasilkan secara purata 5 kali ganda pulangan atas perbelanjaan iklan (ROAS) merentas semua kategori pada separuh kedua tahun 2021.

Damian Kim, Pengarah Negara Meta Singapura berkata, “Pada masa ini, ia adalah amat penting untuk perniagaan-perniagaan menjangkau dan mendekati pelanggan mereka yang dikasihi, terutamanya apabila tingkah laku membeli-belah pengguna terus berubah secara drastik. Penemuan digital kekal penting dalam memacu permintaan dan jualan, dan saya berasa teruja bahawa pelancaran Facebook Ads menerusi Pusat PenjualShopee akan menjadi enjin yang membolehkan ribuan penjual mempunyai akses yang saksama dan lebih mudahuntuk memanfaatkan Facebook Ads yang akan menghubungkan mereka dengan pelanggan yang baharu serta mengembangkan perniagaan mereka.”

Pengintegrasian Facebook Ads di Pusat Penjual membolehkan proses penyertaan dengan sendiri atau self-onboarding yang dipermudahkan, yang direka untukmenawarkan proses pengurusan kempen yang lancar dariawal hingga akhir kepada para pengguna. Selain daripada menjimatkan masa untuk melancarkan kempen melalui Pusat Penjual, para penjual dapat menambah nilai dan membayar kredit iklan dengan mudah tanpa perlu meninggalkan platform. Mereka juga boleh mendapat keterlihatan penuh berkenaan prestasi kempen Facebook Ads mereka serta melengkapkan diri dengan maklumatpenting untuk mengoptimumkan hasil jualan, di samping melihat kempen iklan yang lain.

Facebook Ads di Pusat Penjual Shopee kini tersedia kepada para penjual terpilih di tujuh pasaran semasa fasapelancaran awal ini. Ia akan dilancarkan kepada lebih ramai penjual pada bulan-bulan berikutnya.

Ketahui lebih lanjut mengenai Facebook Ads di Pusat Penjual Shopee di sini.
Shopee membolehkan lebih ramai penjual mengembangkan perniagaan mereka dengan Facebook Ads baharu di Pusat Penjual Shopee Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 30, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.