AEON Melancarkan Kempen 100-hari ‘JIMAT POKET’
Ianya akan berlangsung dari
1 Jun 2022 hingga 16 September 2022 sebagai sebahagian daripada langkah
mengurangkan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat Malaysia hari ini..
‘JIMAT POKET’ menampilkan dua pakej (bundle) menarik yang terdiri daripada
barangan keperluan seperti beras, minyak masak, mee, biskut, kopi, gula dan lain-lain
untuk dipilih oleh para pelanggan. ‘Bundle’ RM60 terdiri daripada 15 barangan komoditi
manakala ‘bundle’ RM100 mempunyai 18 barangan komoditi.
Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON berkata,
Kami bersyukur kerana dapat memperkenalkan inisiatif ‘JIMAT POKET’ dalam usaha memastikan harga barangan asas tidak melambung secara drastik dan memberi sedikit ruang untuk para pelanggan menyesuaikan diri dengan landskap pasaran semasa. Melalui kolaborasi dengan rakan-rakan niaga, kami mahukan para pelanggan tahu bahawa kami peka dengan kegusaran mereka. Kami sentiasa mendengar dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat disampaikan memandangkan keperluan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami.
Inisiatif ‘JIMAT POKET’ diumumkan di ‘AEON1000: Suppliers & Partners Conference
2022’ (AEON1000)
Pengumuman Inisiatif ‘JIMAT POKET’ telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
AEON1000. Persidangan satu hari ini telah dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada para penggerak
dan katalis pelbagai industri termasuk FMCG, pembuatan dan pengeluaran makanan,
logistik dan rantaian bekalan, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi.
Bertemakan 'Melahirkan Komuniti Mampan', antara matlamat persidangan adalah untuk mencetuskan tindakan transformasi daripada pelbagai pihak taruh (stakeholder) untuk berjaya
di dalam tatacara dan pertumbuhan peruncitan baharu (new retail). Ia juga untuk
melahirkan komuniti yang mampan dan mampu menempuh cabaran yang dihadapi
oleh ekonomi Malaysia ketika negara terus mara ke fasa pasca pandemik.
Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON berkata,
Di AEON, kami sentiasa komited untuk menggerakkan inisiatif kemampanan kami ke hadapan melalui usahasama dan kolaborasi bersama pemegang taruh. Kami sentiasa percaya bahawa perniagaan yang mampan merupakan perniagaan yang bukan sahaja tentang pulangan kewangan, tetapi juga melindungi alam sekitar, mempertingkatkan motivasi pekerjanya dan dalam kes kami, AEON People, serta meningkatkan komuniti dan ekosistemnya.
Di dalam majlis yang sama, peserta persidangan yang hadir turut diperkenalkan dengan ‘AEON Sustainability
Charter’, yang merupakan bentuk komitmen tertinggi oleh AEON ke arah memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang sejajar dengan
Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 37 buah syarikat telah yang terdiri daripada rakan niaga Merchandise, Penyewa dan
Korporat AEON telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AEON1000
di dalam pelbagai kategori. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat
Dato' Haji Rosol Wahid, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna.
Nah! Ternyata pengenalan AEON1000 adalah sejajar dengan usaha AEON bagi memperjuangkan Matlamat
Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – 8 dan 17. Di mana bersama menyediakan akses secara adil untuk semua dan
membina institusi yang bertanggungjawab lagi inklusif yang berkesan di semua
peringkat; serta memperkukuhkan cara pelaksanaan dan perkongsian global untuk
pembangunan mampan.
Jom Sokong Kempen 100-hari ‘JIMAT POKET’
Jom bersama kita menyokong kempen 100-hari ‘JIMAT POKET’, ternyata lebih jimat, manfaatnya lebih banyak. Beli samada untuk keluarga sendiri ataupun dikongsikan bersama mereka yang memerlukan.
Kempen 100-hari ‘JIMAT POKET’ ini berlangsung di semua AEON, AEON Big, AEON Max Valu Prime dan myAEON2go.
AEON Melancarkan Kempen 100-hari ‘JIMAT POKET’
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 01, 2022
Rating:
This is a good initiative to help those impacted by the rising cost of living
ReplyDelete