Dekori Dessert Cafe Menawarkan Hidangan Pemanis Mulut Yang Cukup Menarik

Dekori Dessert Cafe Menawarkan Hidangan Pemanis Mulut Yang Cukup Menarik- Saya memang sukakan pemanis mulut. Ini terutama hidangan yang kita boleh nikmati secara santai-santai yang dapat menyejukkan tekak. Dan untuk pemanis mulut yang sedap dan istimewa memang saya rekomen untuk korang mencubanya di Dekori Dessert Cafe.

Selain daripada banyak pilihan menu yang mengiurkan, harganya yang ditawarkan sangat berpatutan.


Baru-baru ini saya dan Amani berkesempatan berkunjung ke Dekori Dessert Cafe yang terletak di Plaza Arkadia Kepong. Kami telah mencuba 3 menu istimewa daripada Dekori Dessert Cafe. Ikutkan hati nak cuba macam-macam tapi saiz perut ini kecil, jadinya kena repeat balik datang ke sini lagi untuk mencuba menu yang lain pula.

Tiga menu yang kami dah cuba dan rekomen pada korang untuk mencuba juga, antaranya adalah:-
🍉 Watermelon Kakigori
🍫 Mix Chocolate Waffle
🐻 Taro Milk Balls

Watermelon Kakigori

Bebola tembikai yang disejukkan bersama ais kepal dan ais krim ditaburkan bersama hirisan kacang badam yang ranggup. Untuk lebih enak boleh tambahkan susu krimer manis. Terpulang kepada pelanggan pilihan citarasa yang mana mereka paling suka.

Setiap suapan memang memberi kepuasan. Gabungan yang cukup sempurna, paling enak dinikmati ketika musim panas.

Mix Chocolate Waffle

Peminat coklat pastikan sukakan hidangan ini. Dengan keranggupan waffle ditaburkan dengan serbuk oreo bersama ais krim vanilla ditambah pula limpahan coklat yang cukup menggiurkan. Serius! Sedap. Bukan itu sahaja hidangan ini memang mengenyangkan tau :-)

Taro Milk Balls

Alololo comel sangat bentuk beruang didalam tab mandi bersama bebola dari keladi yang berwarna-warni. Diletakkan susu penuh krim yang menjadikan ianya pemanis mulut bukan sahaja unik tetapi memiliki rasa yang cukup menambat hati. Sekali cuba pasti nak lagi.


Puas hati?  Of course!! Ke semua hidangan yang telah dicuba memang istimewa. Lain dari lain, paling penting kesedapannya memang  luar biasa. Harga yang ditawrakan cukup berpatutan jika dilihat pada persembahan hidangan esklusif begitu mengujakan.

Dekorasi didalam cafe memang cantik dan selesa. Sesuai untuk me time atau hadir bersama rakan dan keluarga :-)

Untuk promosi dan keterangan lanjut mengenai outlet yang boleh diterjah, boleh layari:-

Dekori Dessert Cafe Menawarkan Hidangan Pemanis Mulut Yang Cukup Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 14, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Sama ker dengan Mykori ini kak?

    -Nany-

    ReplyDelete
  2. Astaga. Memalam plak tengok barisan desserts sedap nie. Macam nak kena visit je weekend nie hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik and so instagrammable ye cafe ni kak Ayu! Wahh, nak pergi juga la nanti Nell memang suka makan desserts macam ni, lama diet boleh la try this sekali sekala.. :P

    ReplyDelete
  4. Menarik la cafe die..boleh buat tempat OOTD..hahaha..anyway makanan die pun nampak sedap

    ReplyDelete
  5. nampak mewah betul makanan desert kat sini. bulat mata tgk gambar2 sis share. kalau dekat mmg dah terjah :)

    ReplyDelete
  6. Agak lama tak pi makan dessert cmni, kat JB ada ke ekkk.. kalau ada nak try laaaa

    ReplyDelete
  7. Wow terliur i tengok semua dessert dessert ni, kalau boleh i nak ajak my family pergi sana

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.