Jordan Ultralite Inovasi Berus Gigi Yang Lebih Ringan, Berprestij Serta Menyokong Kelestarian Dunia

Jenama penjagaan oral Jordan bukanlah asing dikalangan masyarakat Malaysia mahupun antarabangsa. Terbaru Jordan Asia Pasifil Sdn Bhd telah mula memperkenalkan rekaan inovasi berus gigi terbaru mereka Jordan Ultralite. Seperti yang kita maklum jenama dari Scandinavia ini telah menjaga gigi orang ramai sejak tahun 1927 lagi. Tidak hairanlah berdekad lamanya jenama Jordan sudah mula berada di 50 pasaran global.


Berus gigi Jordan Ultralite ini paling ringan, berprestasi tinggi dan lestari di dunia. Dengan inovasi terbaru yang diperkenalkan oleh Jordan, Ultralite direkabentuk secara khusus sesuai dengan gaya hidup moden dan aktif rakyat Malaysia. Sekaligus membawakan kebersihan maksimum dengan rekabentuk urban berinspirasikan  Scandinavia dan kelestarian kepada para pengguna.


Terdapat 2 jenis rangkaian berus gigi Jordan Ultralite yang diperkenalkan iaitu:-

  • Berus gigi sensitif (8.7 gram)


  • Berus gigi lembut biasa (9.2 gram)
Ada 5 warna untuk setiap satu rangkaian.

Jordan Ultralite yang ringan ini diinspirasikan oleh gaya hidup aktif masyarakat Scandinavia yang tidak berkompromi dari segi prestasi. Melihat kepada bahagian pemegang yang mempunyai rekabentuk corak heksagon (seperti struktur sarang lebah) yang kompleks membolehkan penggunaan plastik dikurangkan sebanyak 50%. Pada masa yang sama memberikan genggaman ergonomik yang cukup selesa kepada pengguna.


Ianya ringan , mudah dipegang disamping mempunyai keutuhan untuk genggaman yang erat. Jordan Ultarlite juga dapat memberikan gosokan yang lembut dengan jangkauan yang hebat.


Hujung bulu berusnya membolehkan pengguna menaggalkan plak dengan berkesan sementara kekal lembut pada berus dan gusi pengguna. Digabungkan pula dengan bulu berus yang direka khusus untuk pembersihan maksimum dapat memastikan kesihatan gigi dijaga pada tahap yang terbaik.

Selain itu, berus gigi Jordan Ultralite juga diperbuat daripada 100% bahan tunggal yang boleh dikitar semula. Ini sekaligus menyokong ekosistem gaya hidup kitar semula seperti yang dialu-alukan satu dunia. 


Bahkan Jordan turut melakukan ujian muktamad ke atas Ultralite dengan menjemput penerjun bebas terkenal di dunia Jonas untuk menguji sendiri berus gigi Iltralite ketika membuat  penerjunan di udara. 


Barus gigi Jordan Ultralite ini dijual pada harga RM9.90 di semua pasaraya utama, rangkaian kedai dan farmasi kesihatan serta kecantikan, Anda jiga boleh mendapatkan berus gigi Jordan ini kedai rasmi Jordan di Shopee dan juga Lazada.

Jordan Ultralite Inovasi Berus Gigi Yang Lebih Ringan, Berprestij Serta Menyokong Kelestarian Dunia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 03, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. I'm Jordan toothbrush user too & so proud it really innovative in its toothbrush production for our oral health. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. I pun baru terima their latest innovative and lightest toothbrush, can't wait to try.

    ReplyDelete
  3. i love the fact that these toothbrushes have less plastic in them. cant wait to buy a few now!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.