KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT “Nikmati KITKAT Cara Baru Memang Unik dan Menarik

KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT “Nikmati KITKAT Cara Baru Memang Unik dan Menarik- AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi bersama Nestle KITKAT untuk memberi variasi kepada pilihan produk pastri AEON La Boheme. Dan saya sendiri berpeluang menghadiri dan menyaksikan pelancaran kolaborasi yang telah berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya.


Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.


Menurut Sunny Setiawan, 
Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami
 
AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti.

Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. 

Supreme Muffin 

Polkadot Donut

Nutty Donut

Matcha Croissant

Cheesy Loaf

Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG. Kalau ditanya yang paling saya suka tentulah Cheesy Loaf. Roti lembut dan ditengahnya ada kejutan coklat Kit Kat. Namun begitu untuk Matcha Croissant, rasanya agak unik dan kombinasi matcha dan Kit Kat sangat menjadi :-)

Yit Woon Lai pula mengulas 
Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.

La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa.


Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 8  iaitu Kerjaya Yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi. Iniu sekaligus dapat memberi tumpuan ke arah menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua.


Jadi korang jom cuba produk terbaru di La Boheme bersama Kit Kat! Unik dan menarik sekali cuba pasti tertarik :-)


KOLABORASI AEON LA BOHEME BERSAMA NESTLE KITKAT “Nikmati KITKAT Cara Baru Memang Unik dan Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 18, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.