Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.
Menurut Sunny Setiawan,
Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami
Terdapat lima produk pilihan diperkenalkan melalui kerjasama ini iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf.
Supreme Muffin
Polkadot Donut
Nutty Donut
Matcha Croissant
Cheesy Loaf
Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG. Kalau ditanya yang paling saya suka tentulah Cheesy Loaf. Roti lembut dan ditengahnya ada kejutan coklat Kit Kat. Namun begitu untuk Matcha Croissant, rasanya agak unik dan kombinasi matcha dan Kit Kat sangat menjadi :-)
Yit Woon Lai pula mengulas
Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama ini akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT.
La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...