"Mudahnya Berzakat" , Lagu dan Video Terbaru Hasil Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP

"Mudahnya Berzakat" , Lagu dan Video Terbaru Hasil Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP- Pastinya anak-anak di Malaysia cukup mengenali dengan karektor Omar dan Hana, dua anak kecil yang comel dengan keletahnya, bijak dan suka bertanya. Terkini animasi Omar dan Hana telah berkolaborasi bersama dengan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan lagu yang bertajuk "Mudahnya Berzakat".


Projek baru yang cukup berbeza jika selama ini Omar dan Hana cukup dikenali sebagai animasi yang menyajikan cerita dan lagu-lagu tauladan seperti cerita sahabat nabi, solat, puasa dan pelbagai lagi. Kali ini pihak Digital Durian telah berkerjasama dengan pihak PPZ-MAIWP bukan sahaja menghasilkan lagu bahkan video digital "Mudahnya Berzakat". Satu inisiatif yang hebat bukan sahaja dapat menarik perhatian anak-anak kecil bahkan para ibubapa juga tentang kewajipan berzakat.

Apatah lagi sekarang ini pihak PPZ-MAIWP sendiri menyediakan pelbagai saluran memudahkan masyarakat Malaysia untuk mengeluarkan zakat. Antaranya seperti melalui:-
  • 10 Kaunter PPZ-MAIWP
Sepuluh kaunter yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan dan waktu operasinya adalah dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang. Manakala 8.15 pagi hinga 12.45 tengahari, hanya dibuka pada minggu 1 dan minggu 3 untuk dua hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.

  • Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)
Cara ini paling mudah, dimana bayaran zakat secara berjadual dan konsisten melalui potongan gaji. Kita boleh daftar Skim PZB melalui laman web ptg.zakat.com.my. PPZ sendiri memang menggalakan masyarakat Islam membuat potongan berjadual melalui skim ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari  www.zakat.com.my

  • Perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD)
Pembayar zakat boleh berurusan tanpa perlu ke mana-mana kaunter dengan cara membuat temujanji yang diselia oleh pegawai zakat PPZ-MAIWP sehingga selesai proses pembayaran zakat. Temujanji boleh dilakukan melalui myteujani.zakat.com.my

  • Perkhidmatan Door to Door
Ini merupakan perkhidmatan khas yang mana pembayar zakat ingin mendapat layanan secara esklusif, lebih personal atau mempunyai kekangan masa untuk ke kaunter. Pembayar boleh menggunakan perkhidmatan Ride2U dan juga Kaunter Zakat Bergerak (KZB). Tempahan boleh dibuat di 1300-88-5757. Waktu operasi  dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

  • Bayaran melalui portal rasmi
Ini terutama zakat harta boleh dibayar melalui portal rasmi zakat.com.my

  • Ejen Kutipan Zakat
Kita juga boleh mebayar melalui perbankan internet. Ada 15 bank yang boleh kita pilih. Ataupun melalui e-wallet samada Boost, Shopee dan GoPayz.

  • Aplikasi MyZakat
Kini lebih mudah dengan adanya aplikasi MyZakat. Pembayar boleh kira, bayar dan semak penyata zakat. Boleh muat turun MyZakat menerusi Google Play Store dan juga Apple Store.


Melalui pengenalan lagu "Mudahnya Berzakat" sememangnya dapat melahirkan generasi muda yang celik zakat dan secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat untuk disalurkan pada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf.

Di majlis pelancaran lagu turut diadakan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak

Oh ya! Sebenarnya berzakat tidak hanya untuk orang dewasa sahaja, bahkan kanak-kanak juga tidak terkecuali. Cuma dalam kewajipan menunaikan  zakat haruslah menepati syarat zakat iaitu cukup haul dan nisab. Zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh ibubapa/penjaga kanak tersebut.

So, korang dah bayar zakat belum 👉👈

"Mudahnya Berzakat" , Lagu dan Video Terbaru Hasil Kolaborasi Omar dan Hana Bersama PPZ-MAIWP Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 26, 2022 Rating: 5

13 comments:

  1. Lebih mudah nak bayar zakat lepas ni..dah takde alasan dah kalau kata susah nak pergi bayar zakat

    ReplyDelete
  2. Bagus kempen macam ni, selain memudahkan ibu bapa membayar zakar dapat juga mendidik anak2 tentang kewajipan zakat.

    ReplyDelete
  3. Bagus kan ada campaign macam ni... great initiative untuk mendidik ilmu tentang zakat ni from young, nanti dah sampai masa menunaikan kewajipan, mereka dah well-equipped with the knowledge about zakat

    ReplyDelete
  4. Omar and Hana are adorable characters and icons. I'll check out their new song. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya kempen sebegini. Dengan jingle yang catchy selain berhibur turut mendidik kan. Dah la makin banyak kemudahan untuk berzakat.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing this, the song is so engaging and like it too.

    ReplyDelete
  7. Best lagu omar hana mudahnya zakat ni. Kita yang orang besar pun ikut nyanyi..hehee. Bagus PPZ, didik anak-anak untuk tau apa itu zakat.

    ReplyDelete
  8. Kempen yang bagus ,sedap lagu ni n sangat bermanfaat boleh melahirkan generasi muda yang celik zakat .

    ReplyDelete
  9. Tahniah PPZ-MAIWP dan DD buat inisiatif macam ni. Satu pendekatan yang bagus

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah sekarang dah mudah sangat nak membayar zakat... tinggal kita nak bayar atau tak nak bayar je

    ReplyDelete
  11. Selalu kita ingat org dewasa je kena byr zakat walhal kanak-kanak yang sudah cukup haul dan nisab pun kena mengeluarkan zakat.

    ReplyDelete
  12. Just went online and listen to the song, really interesting, hopefully the campaign can spread more awareness.

    ReplyDelete
  13. Kempen mcm ni mmg bagus utk kita galakkan mereka berzakat bila dah sampai masanya, lagu baru, "Mudahnya Berzakat" ,pun menarik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.