Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Pelakon berpengalaman, Ashraf Muslim, 41, tidak kisah digelar hero tua, apatah lagi, masih menjadi pilihan penerbit dan pengarah selepas hampir dua dekad bergelar anak seni.
Bagi Ashraf, apa yang lebih penting, lakonannya memberi impak dan meninggalkan kesan mendalam pada penonton.
Usia hanyalah sekadar angka. Apa yang lebih penting, semakin tua jadi makin matang dalam bidang lakonan.
Saya menjadikan hero tua seperti Datuk Rahim Razali dan Sidi Oraza sebagai inspirasi untuk menjadi pelakon berkaliber dalam industri seni tanah air
katanya.
Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.
Mengenai gandingan pelakon baharu, Ashraf yang pernah bergandingan dengan Sharifah Rose menerusi drama 3 Nota Cinta berkata, dia tidak pernah ada masalah berlakon dengan bintang baharu.
Mengimbas latar belakangnya, Ashraf berkata, dia mula berlakon pada 2005 dan kini sudah 17 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.
Saya tidak melihat menjadi pilihan pengarah bagi watak hero hanya bersandarkan pada wajah awet muda.
Sebaliknya, saya sentiasa menjaga ‘attitude’, hormat pada orang dan menjaga kualiti dalam lakonan,katanya.
Mengenai gandingan pelakon baharu, Ashraf yang pernah bergandingan dengan Sharifah Rose menerusi drama 3 Nota Cinta berkata, dia tidak pernah ada masalah berlakon dengan bintang baharu.
Saya bermula dari pelakon ‘kayu’ sebelum berada pada tahap sekarang.
Sebab itu, saya tidak kisah berlakon dengan pelakon baharu yang dianggap ‘kayu’, asalkan mahu belajar ilmu lakonan,
katanya yang akan muncul dengan filem baharu, Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Mengulas mengenai filem genre seram itu, Ashraf berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.
Menerusi filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, Ashraf bergandingan dengan Aeril Zafrel dan Ruhainies selaku teraju utama.
Selain Ashraf, Aeril dan Ruhainies, filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! turut menampilkan barisan pelakon seperti Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Mengulas mengenai filem genre seram itu, Ashraf berkata, dia menerima tawaran berlakon dalam filem arahan Arjin Uppal itu kerana mahukan kelainan.
Saya sudah lama tidak berlakon cerita bergenre seram. Apa yang lebih mencabar apabila banyak babak penggambaran dilakukan pada waktu malam.
Saya tertarik dengan watak ustaz diberikan. Jalan cerita filem ini juga memaparkan realiti dalam situasi hari ini.
katanya.
Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 17, 2022
Rating:
Wah, boleh tahan trailer. Boleh laa sis belanja tiket satu ye
ReplyDeleteSounds like an awesome movie. But this kinda genre is not my cuppa tea. However, thank you for sharing this awesome review.
ReplyDeleteKalau asyraf muslim berlakon memang Liez suka. Tak kisah la kalau hero tua pun. Tak sabar la nak tengok filem Musyrik ni, macam sesuatu sangat
ReplyDeletePelakon hebat, mesti jalan ceriat pun best. Tak sabar nak dengar orang lain review nanti
ReplyDeleteMacam menarik nie Ayu. Nampak gaya kena pergi layan gak nie Julai kelak. Nak menonton sama?
ReplyDeleteMacam scary jer filem ni.. tajuk pun sgt mengancam ye! Api Neraka Menantimu... Deep betul! pasti best la, tak sabar nak tengok nanti..
ReplyDeletetrailer pun dah gempak! bolehlah tonton nanti! pelakon pun semuanya handal2 belaka :)
ReplyDeleteWah macam nak tengok sebab trailer memang gempak nanti check out at the cinema
ReplyDeletewah movie baru lah genre seram. pelakon semua hebat-hebat. trailer pun dah gempak mesti best ni
ReplyDelete