PESTA EMAS HABIB 2022 TAWAR PELBAGAI REKAAN EMAS UNTUK PELANGGAN

Emas merupakan sesuatu yang sangat bernilai, baik dijadikan sebagai perhiasan, pelaburan mahupun sebagai hadiah untuk yang tersayang. Rakyat Malaysia kini semakin cakna mengenai kenaikan dan penurunan harga emas, di mana perkara ini sering menjadi topik di media massa dan media sosial. Meskipun kelihatan trend harga emas meningkat, orang ramai menjadi lebih yakin untuk melabur dan berlumba-lumba membeli barangan kemas.


Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang telah menapak di Malaysia lebih daripada 60 tahun, HABIB menjadi antara rujukan utama bagi mereka yang berminat untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai logam bernilai iaitu emas. Justeru, HABIB melancarkan Pesta Emas yang berlangsung sepanjang bulan Jun tahun ini di semua bilik pameran HABIB untuk memberi lebih pendedahan kepada para pelanggan khususnya kepentingan dalam memiliki logam berharga ini.


Emas 999 atau dikenali sebagai emas puluh mempunyai kandungan emas tulen 99.9% yang membuatkan ia mudah ditempa. Disebabkan sifat emas 999 yang lembut, ianya jarang dijadikan barangan kemas kerana rekaannya mudah bertukar bentuk dan senang kemek ataupun bengkok, namun ia masih boleh didapati. Emas ini juga tidak digalakan untuk rekaan bertatahkan berlian dan batu permata kerana sifatnya yang lebih lembut untuk mengikat berlian dan batu permata. Campuran aloi seperti perak, zink, kuprum dan nikel adalah diperlukan bagi menambahkan ketahanan dan kekuatan barangan kemas, yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. Campuran aloi inilah yang akan menentukan jenis emas seperti emas 999 (24K), 916 (22K), 750 (18K) dan 375 (9K).

 

Seterusnya kenaikan kadar inflasi secara global telah memberi kesan kepada kenaikan harga emas. Oleh kerana itu, orang ramai memilih emas sebagai medium pelaburan yang lebih menguntungkan disebabkan sifat logam berharga ini yang kalis inflasi. Di saat kenaikan harga barangan lain, emas menjadi jalan keluar kepada orang ramai sama ada untuk dibeli ataupun dijual semula bagi mendapatkan wang ringgit buat belanja harian. Jongkong emas mahupun barangan kemas, kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri yang boleh mendatangkan keuntungan pada suatu jangka masa yang panjang.


HABIB menawarkan pelanggan dengan pelbagai koleksi emas seperti koleksi barangan kemas emas bermula dari 999 sehingga 375 serta jongkong emas 999 pelbagai berat bermula dari 1-gram, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm sehingga 1-kilogram yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA) iaitu satu badan yang bertanggungjawab untuk memastikan jongkong emas yang dijual adalah daripada sumber yang dipercayai. Di samping itu juga, HABIB turut menampilkan koleksi terhad syiling wafer emas 999 seberat 0.2-gram dengan pelbagai motif yang unik.


Buat penggemar barangan kemas emas, rekaan klasik dan ‘evergreen’ seperti sauh lama, rantai pintal, jagung dan biji sawi dari koleksi emas 916 sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan. Kelebihan pada koleksi emas ini, rekaannya dibuat lebih padu di mana ianya tidak mudah kemek dan dapat diwarisi turun temurun. Hampir keseluruhan koleksi ‘evergreen’ emas 916 diperbuat menggunakan emas kuning membuatkan ia menyerlah dan berseri. Tidak hanya itu, rekaan moden dari emas 916 turut mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan HABIB. Rekaan yang lebih versatil dengan menggabungkan dua warna emas kuning dan emas putih serta bersaiz lebih besar namun ringan pada berat menjadikan rekaan moden digemari ramai.


Selain itu, buat mereka yang menginginkan rekaan yang unik dan eksklusif, koleksi Oro Italia 916 HABIB adalah pilihan yang tepat. Keunikan koleksi Oro Italia 916 bukan sahaja ianya dihasilkan di negara Itali tetapi setiap rekaannya menggunakan hasil tangan dan mesin yang berteknologi tinggi. Koleksi Oro Italia 916 ini juga dibuat dengan penuh ketelitian mengikut standard piawaian yang tinggi dengan rekaannya yang begitu kreatif dengan perlaksanaan proses yang lebih moden.


Proses ‘cataphoresis lacquer’ dapat mengubah warna emas pelbagai warna tanpa mengubah berat emas tersebut. Selain dari emas kuning, putih dan merah jambu yang sering kita dapati di kedai lain, proses ini dapat menghasilkan emas berwarna merah, hijau, ungu dan biru dengan masih mengekalkan kualiti emas 916 ataupun 22 karat. Lebih istimewanya, potongan berlian yang terdapat pada permukaan koleksi Oro Italia 916 ini menjadikan koleksi ini kelihatan seperti dihiasi dengan butiran berlian dan menyerlahkan lagi kilauan rekaannya. Permintaan terhadap koleksi ini sangat menggalakkan, justeru HABIB memastikan koleksi ini boleh dimiliki dengan pelbagai saiz, yang mampu memenuhi citarasa segenap usia bermula dari koleksi kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Melihat kepada kepelbagaian rekaan barangan kemas yang terdapat di pasaran, HABIB berkongsi tips penjagaan barangan kemas yang mudah agar sentiasa kelihatan berkilau seperti:

  1. Untuk memastikan barangan kemas tidak tercarik pada pakaian, tanggalkan barangan kemas terlebih dahulu sebelum menanggalkan pakaian.
  2. Elakkan sentuhan langsung barangan kemas dengan cecair seperti bahan kimia, wangian, barangan kosmetik dan lain-lain untuk mengekalkan kualiti dan kilauan.
  3. Bersihkan barangan kemas dengan kerap. Gunakan berus lembut untuk mencuci di dalam larutan air sabun kemudian bilas dengan air suam yang bersih. Keringkan barangan kemas menggunakan kain lembut yang tidak berbulu sebelum menyimpannya. Bagi memudahkan para pelanggan, HABIB turut menawarkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma.
  4. Bagi mengelakkan kesan calar pada barangan kemas, elakkan bersentuhan dengan barangan kemas lain dan tanggalkannya sebelum melakukan aktiviti lasak dan sebelum tidur.
Di samping membeli emas, pelbagai perkhidmatan disediakan untuk barangan emas seperti;

  • Menukarkan barangan kemas lama kepada yang baharu ataupun kepada tunai.
  • Perkhidmatan penilaian barangan kemas juga ditawarkan dan di samping membeli-belah, pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan mencuci barangan kemas secara percuma dan pantas.
  • Tambahan pula, HABIB turut menawarkan perkhidmatan lain seperti mengubah saiz barangan kemas seperti cincin yang telah terlalu kecil untuk dibesarkan, ataupun rantai tangan yang perlu dipanjang ataupun dipendekkan.
  • Pelanggan yang ingin membuatkan barangan kemas lama kelihatan seperti baharu, proses penyaduran elektrik ‘electroplating’ dan mengilap turut ditawarkan, serta perkhidmatan mengukir dan menindik telinga juga terdapat di HABIB.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pesta Emas yang sedang berlangsung ini, sila layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti HABIB di laman media sosial Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB)

PESTA EMAS HABIB 2022 TAWAR PELBAGAI REKAAN EMAS UNTUK PELANGGAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 11, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Belilah emas jongkong atau dinar kerana nilai susutnya rendah. Emas perhiasan pun boleh juga nak beli. Tapi nanti kalau nak jual semula tak dapatlah harga yang sama atau lebih masa kita beli tu. Kecuali jual selepas 10-20 tahun . Apapun, beli emas sangatlah digalakkan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.