Program Ramah Mesra Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bersama Media Cukup Meriah


Berkesempatan memenuhi jemputan dari pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) tidak mudah untuk saya lepaskan. Apatah lagi melihat agensi kerajaan ini yang begitu komited dalam pengurusan air sungai Selangor menjadikan kita mahu lebih mengenali mereka yang bekerja keras didalam LUAS itu snediri.


Perhubungan antara pihak media dan LUAS sendiri merupakan salah satu aspek penting di dalam komunikasi strategik sesebuah organisasi bagi pembangunan korporat yang membantu membina imej dan reputasi. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini telah berusia 20 tahun dan semakin dikenali, terutamanya di dalam usaha-usaha dan tindakan menangani krisis serta insiden berkaitan dengan sumber air. Peranan dan fungsi LUAS sangat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada krisis dan insiden sumber air, yang mana juga perlu diberi liputan dan diketahui ramai untuk membina imej dan reputasi yang baik.


Program Hi-Tea LUAS ini merupakan inisiatif terbaik untuk memperkenalkan LUAS kepada pengamal media, menyantuni rakan-rakan media bagi mengeratkan dan mengekalkan hubungan baik di antara LUAS dan pengamal media sebagai agensi yang menguruskan sumber air di Negeri Selangor.


Penganjuran program ramah mesra ini juga berperanan dalam mempromosikan serta berkongsi mengenai fungsi dan bidang kuasa LUAS dalam kalangan rakan-rakan media dan memberi penghargaan kepada pengamal media yang telah memberi sokongan kepada LUAS secara langsung mahupun tidak langsung.


Program Hi-tea LUAS bersama media ini merupakan program yang disusun supaya dapat mengukuhkan hubungan baik yang wujud di antara LUAS dan pengamal media. Ianya akan membantu LUAS untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat dengan lebih berkesan kepada lebih ramai sasaran berdasarkan kebolehcapaian setiap media terutamanya media-media arus perdana.


Peranan media sangat penting bagi membantu LUAS di dalam usaha untuk mempromosikan LUAS dan aktiviti yang bukan sahaja tertakluk kepada krisis dan insiden sumber air, bahkan program ramah mesra ini adalah satu langkah proaktif dan strategik untuk mengeratkan hubungan di antara LUAS dan pengamal media bagi membina imej dan reputasi LUAS daripada setiap aspek.




Terima kasih LUAS atas jemputan :-)
Program Ramah Mesra Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Bersama Media Cukup Meriah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.