Review Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan | Filem Yang Perlu Ditonton Semua Generasi
Review Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan | Filem Yang Perlu Ditonton Semua Generasi -Kita tahu kisah Mat Kilau sebagai tokoh pahlawan kerana ianya ada diceritakan didalam buku sejarah sekolah. Kita juga mungkin tahu tentang keberanian Mat Kilau yang sering diceritakan oleh tok nenek bergenerasi lamanya. Tapi tahukah kita, apakah pejuangan Mat Kilau sebenarnya. Adakah semata-mata hanya untuk keluarganya, ataupun mungkin kerana dendam dan sebaliknya.
Pejuangan Mat Kilau sebenarnya adalah pada agama, bangsa dan tanah melayu. Betapa marahnya beliau kepada penjajah yang menekan dan membuat undang-undang suka hati di tanah tumpahnya darahnya sendiri. Dan adakah kita tahu siapakan pejuang-pejuang yang bersama Mat Kilau menentang penjajah satu ketika dulu. Nama besar seperti Tok Gajah, Datuk Bahaman antara nama-nama yang juga sering disebut penentang penjajah yang kuat. Mereka semua ini berkait juga dengan Mat Kilau.
Saya pada awalnya cukup skeptikal dengan naskhah sejarah yang dibawakan ke layar perak. Namun apabila saya menonton sendiri filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan, perkataan pertama yang terpacul di mulut ketika itu "Wow!". Serius wow...
Babak awal juga saya sudah rasa sedih. Lontaran dialog yang cukup hebat dari watak ibu dan ayah Yassin yang dilakonkan oleh Elli Suriaty dan Mubarak Majid. Begitu juga dengan watak-watak seperti Mat Kilau sendiri, Togo, Syers, Wahid, Awang, Brahim, Yang Chik dan ramai lagi yang dilakonkan oleh anak seni yang cukup berbakat dan jujurnya mereka tidak perlu mempertaruhkan wajah menawan untuk berada di atas pentas seni tanahair.
Tidak perlu tambahan mekap di wajah, hanya menjadi diri sendiri menjayakan watak yang diberi. Satu keputusan yang sangat bijak dari pengarah dan penulis skrip Syamsul Yusof membawa anak seni yang berbakat dan juga sesuai dengan peranan didalam naskah Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan.
Antara kenapa saya begitu bersungguh mengesyorkan filem ini perlu ditonton oleh semua generasi bukan sahaja disebabkan ianya filem sejarah semata. Tetapi hayatilah setiap bait-bait dialog yang dilontarkan. Sangat sinis, tajam dan membawa maksud yang cukup mendalam.
"Biarlah aku gugur mempertahankan hak daripada melihat tanahair aku dilapah penjajah" (Wahid)
"Salahkah bangsa kita sendiri kerana memberi ruang kepada mereka untuk jajah tanah kita ini" (Usup)
"Orang melayu mudah dibeli dan tidak bersatu" (Syers)
Banyak lagi dialog yang bagi saya sangat mendalam maksudnya. Cuma sayangnya dalam filem ini kurang penggunaan loghat negeri Pahang tetapi lebih kepada gaya bahasa klasik. Namun begitu masih sedap lagi didengar kerana gaya berkias-kias seperti orang lama.
Bila kita kaitkan dengan pahlawan tentulah ada babak pertarungan. Dan dalam pertarungan melayu pastinya seni silat yang akan dipamerkan. Gerak-geri yang sangat pantas, lenggok bunga silat memang cantik suka saya melihatnya. Sampai terdetik juga di hati 'ruginya aku tak tahu silat"
Kehadiran Yayan Ruhian sebagai Toga memang kejutan buat saya. Seorang pelakon profesional dari negara seberang yang telah menempatkan dirinya sebagai pelakon yang cukup hebat bertaraf antarabangsa, Beliau pernah membintangi filem John Wick (Chapter 3), The Raid, The Raid 2, Star Wars: The Force Awakens. Tapi seriuslah, watak Toga yang kita saksikan di Mat Kilau memang betul-betul membuat kita rasa sangat marah dan meluat. Ini adalah hasil lakonan yang cukup mantap dan hebat dari saudara Yayan.
Sungguhpun begitu kredit pujian juga perlu diberikan kepada semua pelakon yang terlibat didalam filem Mat Kilau -Kebangkitan Pahlawan, antaranya seperti Dato' Adi Putra (Mat Kilau), Beto Khusairy (Wahid), Fattah Amin (Awang), Johan As'ari (Yassin), Ali Karimi (Brahim), Geoff Andre Feyaerts (Syers), Wan Hanfi Su (Tok Gajah), Khir Rahman (Usup). A. Galak (Pak Deris), Zarina Zainoordin (Rokiah), Namron (Hj Sulong), Farah Ahmad (Yang Chik), Dato' Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad), Dato Rahim Razali (Iman Bottoqh) dan ramai lagi.
Saya juga cukup sukakan lakonan Beto sebagai Wahid dalam cerita ini. Sebagai orang kanan dan rapat dengan Mat Kilau beliau memang bersungguh-sungguh mempertahankan serta berdiri teguh menyokong pejuangan rakannya. Bagi saya watak Wahid banyak bermain dengan emosi terutama apabila berhadapan dengan Rokiah (Zarina Zainuddin) yang menuntut suaminya untuk mempertahankan keluarga dahulu sebelum negara - pengorbanan dan pejuangan.
Biarpun ada juga bahagian kurang kemas didalam filem ini terutama dari segi kesan bunyi yang berlebihan, kostum yang saya rasakan perlu lebih marhaen (contoh baju nampak sangat baru, alangkah baik sekiranya nampak sedikit lusuh namun ini hanya pendapat peribadi saya sahaja). Tapi matlamat menghasilkan filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan ini untuk menceritakan tentang pejuangan pejuang-pejuang lama memang tercapai.
Bagi saya kisah sebegini perlu diceritakan kembali. Mengingatkan betapa payahnya pejuang dahulu mempertahankan hak kedaulatan negara. Selain itu dengan generasi hari ini yang kurang memupuk budaya membaca, nah pergilah tonton filem Mat Kilau sekurang-kurangnya kita lebih cakna tentang informasi sejarah pahlawan tanah melayu. Biarpun tidak melalui buku.
Jangan lupa untuk tonton filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang bakal ditayangkan pada 23 Jun 2022..Filem ini diklasifikasikan dibawah PG13. Boleh ditonton semua peringkat umur.
Review Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan | Filem Yang Perlu Ditonton Semua Generasi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
June 18, 2022
Rating:
Terbaik sungguh review ni sis. Tak sabar nak tengok di pawagam
ReplyDeleteTerbaikla sis. Nk tgk lagi nanti
ReplyDeleteSangat wajib ditonton oleh golongan muda terutamanya. Sangat banyak ilmu dan cebisan sejarah yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia.
ReplyDeletenot bad..menarik filem nih
ReplyDeleteTeringat zaman belajar dulu belajar sejarah termasuk mat Kilau ni kan.
ReplyDeletemenonton filem ini membuatkan saya bangga dengan perjuangan pahlawan melayu dahulu2 :)
ReplyDelete