Selamat Ulangtahun Pertama Meat Cartel TTDI



Selamat Ulangtahun Pertama Buat Meat Cartel TTDI!! Cantik tempatnya. Selain daripada lokasinya yang agak strategik terletak di kawasan perumahan yang begitu berdekatan pusat membeli-belah seperti One Utama menjadikannya lokasi yang mudah dikunjungi sesiapa sahaja.


Dekorasi didalam restoran memang sangat cantik, kemas dan selesa. Sesuai jika hadir ke sini untuk menikmati hidangan bersama rakan dan keluarga. Begitu juga jika hendak diadakan sebarang acara, lokasinya memang sesuai dan terbaik.


Biarpun Meat Cartel memperkenalkan hidangan Gaya Texas namun sentuhan hidangannya mempunyai citarasa tempatan. Menggunakan konsep salai pada suhu yang rendah dan lama menjadikan hasil hidangannya begitu unik dan punyai rasa serta aroma yang begitu autentik.

Meat Cartel Sdn Bhd telah berada dalam industri F&B sejak tahun 2017. Pada awalnya ianya bermula sebagai perniagaan dari rimah (home-based business). Bersama visi untuk memperkenalkan BBQ Salai gaya Texas asli kepada masyarakat di Malaysia. Dan kini Meat Cartel telah mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia seperti di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka dan Putrajaya. Meat Cartel juga membuat perancangan untuk membuka cawangan mereka di kawasan Pantai Timur dan Utara.


Antara menu yang menjadi permintaan pelanggan dari Meat Cartel seperti Beef Brisket, Beef Short Ribs dan Lamb Shoulder. Bayangkan penyediaan hidangan potongan daging ini akan diasap pada suhu rendah dan untuk tempoh yang lama. Di mana kebiasaannya mengambil masa dari 12 hingga 14 jam lamanya. Nah! Kaedah ini menghasilkan daging yang cukup lembut dan berperisa. Memang kita akan dapat merasai sendiri tekstur daging yang berjus, cukup rasa dan lembut sangat.


Promosi Hidangan Makanan Tengahari Di Meat Cartel TTDI

Meat Cartel TTDI juga sedang mengadakan promosi hidangan tengahari. Pelbagai menu yang ditawarkan antaranya seperti Pasta Masak Lomak Smoked Brisket, Nasi Masak Lomak Smoked Brisket, Smoked Brisket Rice, BBQ Quarter Chicken Rice dan beberapa menu istimewa yang lain.


Pasta Masak Lomak Smoked Brisket








Chocolate Cake dan Apple Pie, sedap betul!



Serius! Memang puas hati, Meat Cartel antara restoran masakan barat yang menawarkan hidangan premium membuatkan setiap sen yang dikeluarkan memang tidak rugi.


Tempat Cantik Untuk BerOOTD Dan Disediakan Pelbagai Fasiliti


Banyak port menarik yang boleh kita bergambar dan berOOTD. Cahaya yang terang dengan dekorasi yang yang cukup artistik membuatkan kita tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan.


Di Meat Cartel TTDI, selain daripada kemudahan fasiliti tandas, turut disediakan ruang solat bagi kemudahan pelanggan yang datang.


Boleh berkunjung restoran Meat Cartel samada untuk dine in atau tapau dibawa balik rumah. Dan sekiranya jika tidak berkesempatan boleh juga membuat pesanan menerusi Food Panda mahupun Grab.

Never say NO to Aunthentic Texas Style BBQ
tau. Jom terjah Meat Cartel TTDI atau dimana-mana 13 cawangan yang berdekatan dengan korang. Dah cuba sekali pasti puas hati dan akan repeat berkali-kali.


Buat Meat Cartel TTDI, Happy 1st Anniversary!!
Jangan lupa jemput kami lagi, hihi.

5 comments:

  1. wa congrats to Meat Cartel TTDI for the launch. it is a meat lover place for sure

    ReplyDelete
  2. Selamat Ulang Tahun Yang Pertama Meat Cartel TTDI . Menarik pulak tengok menu menu dia. Nampak sedap and menyelerakan.

    ReplyDelete
  3. i keep hearing about meat cartel but hvent got the chance to makan2 here yet. cant wait to do it soon!

    ReplyDelete
  4. Ohh wow....the foods here so so good , I'm craving for bbq now la...can't wait to be there to enjoy all. cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. sedap yer tengok menu-menu semua. nanti nak try lah makan di Meat Cartel ni, tak pernah lagi try

    ReplyDelete

Sharing is caring...