Skate Fest 2022 Di MyTOWNKL- Cuti seminggu kali ini memang saya tidak merancang untuk kelur barcuti. Memandangkan Dedet ada urusan projek di Sabah, Anaqi yang harus komited dengan internship, Yana yang sedang berjuang untuk peperiksaan akhir dan mak saya rancang nak datang ke rumah. Fuhhhh. Alasan yang diberikan untuk tidak keluar bercuti memang sangat panjang ya, hehehe.
Tetapi saya tidak akan membiarkan hidup anak saya bosan tanpa aktiviti. Sejujurnya cuti kali ini memang benar-benar bercuti. Tiada kelas belajar bersama saya seperti biasa begitu juga dengan kelas mengaji (ustazah juga mahu bercuti, hehehe).
Jadinya saya telah mendaftarkan Ameer dan Amani kelas asas bermain skate bersama MyTOWNKL.
Jika lihat pada jadual kelas ianya ditawarkan hanya pada hujung minggu cuti persekolahan iaitu pada
- 4 - 6 Jun 2022
- 11 - 12 Jun 2022
Dan saya memilih tarikh 4 Jun 2022, slot 12.30 tengahari. Setiap slot latihan hanya 1 jam sahaja masa yang diperuntukkan.
Apa yang menarik kelas asas bermain skate ini adalah PERCUMA. Dan jurulatih juga adalah dari dikalangan skaters yang memang terlatih dan popular juga.
Beberapa teknik pengimbangan diajar bagi memberi rasa yakin diri dikalangan yang menyertai kursus ini.
Seperti Ameer yang memang sangat sukakan cabaran. Jika sebelum ini Ameer hanya bermain skateboard secara suka-suka tanpa mengetahui teknik yang betul sering menyebabkan beliau terjatuh. Jadi apabila telah diajarkan teknik yang betul menjadikan Ameer lebih teruja dan bertambah minatnya terhadap sukan skateboard ini.
Aktiviti skate ini bukan sahaja dapat membina rasa keyakinan diri bahkan mendidik anak itu sendiri untuk sentiasa mendengar serta mengikut arahan.
Biarpun hanya 1 jam sahaja tetapi saya boleh lihat betapa Ameer dan Amani berasa cukup seronok menyertai kelas asas skate bersama MyTOWNKL. Haruslah saya tidak melepaskan peluang untuk membidik beberapa foto mereka buat kenangan.
Menerusi program seperti ini juga dapat mendidik Amani dan Ameer untuk belajar bergaul dan boleh menyertai aktiviti dalam kumpulan.
No comments:
Post a Comment
Sharing is caring...