Tori Convenience Mart Kini Telah Dibuka | Pelbagai Produk Korea dan IKS Tempatan Menarik Ditawarkan




Tori Convenience Mart Kini Telah Dibuka  | Pelbagai Produk Korea dan IKS Tempatan Menarik Ditawarkan"Tori' bunyinya yang agak 'catchy' dan sangat mudah untuk dilontarkan oleh sesiapa sahaja tidak kira muda mahupun yang sudah berusia. Dan kini Tori Convenience Mart yang pertama telah dibuka di Taman Putra Kajang Selangor.

Majlis pelancaran pembukaan kedai serbaneka ini telah berlangsung cukup meriah dengan kehadiran pemilik Tori Convenience Mart dan juga Puan Maria Tunku Sabri selaku duta untuk Tori Convenience Mart bersama dengan Encik Marcus Osmand influencer selebriti yang memang dikenali ramai. 



Acara potongan riben bersama tetamu jemputan istimewa ini disaksikan sendiri oleh masyarakat setempat dan juga blogger yang hadir ke majlis yang sama.


Pelbagai Produk Korea Halal dan IKS Yang Cukup Menarik
Terletak di barisan hujung deretan kedai, dengan keluasan yang cukup luas menawarkan pelbagai produk halal daripada Korea dan juga pengusaha kecil tempatan. Dari snek kudapan, minuman, produk sejuk beku (daging wagyu pun ada ya!), barangan runcit, bakeri bahkan terdapat juga masakan panas seperti oden, assam laksa, topokki dan pelbagai lagi.

Oden... fuhh sup assam tomyam memang sedap dan terbaik!

Selain swiss roll dan kek terdapat juga donut dan juga variasi jenis roti

Onigiri dan set bento. Ini adalah antara kegemaran anak-anak saya

Produk sejuk beku turut ada ditawarkan di sini ya!

Rindu ais krim Korea? Boleh dapatkan dari seni tau :-)

Paling penting ianya HALAL :-)






Jika dulu saya perlu membeli produk makanan Korea dari platform atas talian, sekarang tidak lagi. Boleh belek-belek dan pilih sendiri di kedai fizikal Tori Convenience Mart.


Dan ini adalah antara produk dari jenama IKS. Tori Convenince Mart memang terbaik dengan memberi peluang kepada jenama IKS memasarkan produk mereka di sini. Satu pasaran baru yang cukup hebat bagi membantu lebih ramai pengusaha tempatan di luar sana.
 

Set penjagaan diri ketik era endemik turut ditawrakan di sini.



Apa yang jelas Tori Convenience Mart  yang terletak di kawasan perumahan ini membuka peluang untuk masyarakat di sekitarnya mendapatkan pelbagai produk menarik pada harga yang cukup berpatutan.

Para blogger yang hadir bergambar kenangan bersama influencer  Marcus Osmand :-)


TAHNIAH! Tori Convenience Mart

Jom kita ke
Tori Convenience Mart
No. 1-G, Jalan Putra 4,
Taman Putra Kajang
43000, Kajang Selangor.

Like dan Follow sosial media TORI:

7 comments:

  1. Macam Family mart ye..byk barangan Jepun

    ReplyDelete
  2. Wow... so many Korean products are selling at Tori Mart. Deabak! It's good that this mart is located in Kajang. Not very far from my home. Thank you for sharing this news, Ayu ^_^

    ReplyDelete
  3. Wah menarik la..banyak betul pilihan. Ni siapa suka kdrama ni..suka makan ala-alam Korea boleh la datang sini kan

    ReplyDelete
  4. Memang meriah betul Tori Mart ni..semua pun ada

    ReplyDelete
  5. wow this place is near my house. i cannot wait to go there to try the sup assam tomyam looks so sedap!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Tori Convenience Mart dah buka dgn produk Korea nti blhlah tgk2

    ReplyDelete
  7. Wah this convenient mart looks so vibrant and i like to try their oden

    ReplyDelete

Sharing is caring...