BERNILAIKAH EMAS DI PASARAN SELAIN WARNA EMAS KUNING?
Di zaman serba moden ini banyak barangan baru boleh terhasil melalui kemajuan teknologi yang dicapai. Seperti emas, kini didatangkan dalam pelbagai bentuk dan rekaan seperti jongkong, syiling, not, syiling wafer dan yang paling mendapat permintaan tertinggi adalah barangan kemas emas. Seiring peredaran zaman, terdapat pelbagai jenis rekaan yang ditawarkan di pasaran untuk menepati citarasa pencinta emas. Malahan, warna emas yang berada di pasaran kini bukan hanya warna kuning tetapi turut datang dalam pelbagai warna. Namun persoalannya di sini, apakah warna emas lain mempunyai nilai yang sama seperti emas berwarna kuning?
Sesebuah barangan kemas itu dinilai mengikut jumlah kandungan emas yang digunakan. Di pasaran, berikut adalah jenis-jenis emas yang sering digunakan dalam menghasilkan pelbagai rekaan barangan kemas:Emas 999 (24K)- Mempunyai kandungan emas sebanyak 99.9% dan selalunya digunakan dalam menghasilkan jongkong, syiling, not dan syiling wafer. Terdapat beberapa juga rekaan barangan kemas yang dihasilkan menggunakan emas 999 ini namun rekaannya adalah sedikit terhad kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa ini perlu penjagaan yang lebih teliti agar tidak mudah rosak dan kemek.
2. Emas 916 (22K) - Menjadi pilihan utama dalam menghasilkan barangan kemas emas kerana ianya lebih padu berbanding emas 999. Mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% dan ditambah aloi bagi menguatkan struktur rekaan emas ini.
3. Emas 750 (18K) - Seringkali digunakan bagi mengikat batu berlian dan permata untuk dijadikan sebagai cincin perkahwinan, pertunangan mahupun hadiah buat yang teristimewa. Jenis emas ini mempunyai kandungan emas sebanyak 75%.
4. Emas 585 (14K) - Emas jenis ini mempunyai kandungan emas sebanyak 58.5% dan kebanyakkan digunakan dalam rekaan barangan aksesori kerana daya tahan yang sangat kuat.
5. Emas 375 (9K) - Jenis emas ini adalah yang mempunyai kandungan emas yang terendah iaitu sebanyak 37.5%. Ianya juga turut dikenali sebagai emas suasa yang menjadi popular dalam pembuatan cincin lelaki.
Persoalan yang sering bermain di fikiran ramai adalah apakah benar warna emas selain warna kuning di pasaran bernilai dan boleh dijual semula? Jawapannya adalah YA. Hal ini demikian kerana nilai emai tidak dipengaruhi oleh warna tetapi kandungan emas. Terdapat tiga cara untuk menukarkan warna asal emas iaitu kuning kepada warna-warna lain iaitu:
1. Campuran Aloi
Sifat emas semulajadi yang lembut memerlukan emas dicampur dengan dengan bendasing atau dipanggil aloi untuk menguatkan struktur emas. Selain itu, aloi seperti perak, platinum, tembaga (copper) dan aluminum juga ditambah untuk menghasilkan warna emas selain warna kuning iaitu emas putih serta merah jambu. Warna emas yang terhasil tidak akan kembali kepada warna emas asal meskipun sudah dipakai dalam jangka masa yang lama. Sekiranya warna tidak lagi berseri dan menyerlah, hanya perlu melalui proses kilatan dan cucian sahaja.
2. Teknik Elektroplating
Secara ringkasnya, teknik ini lakukan dengan menambah lapisan cat emas pada barang kemas secara elektrolitik. Kebiasaannya warna emas yang terhasil adalah lebih terhad kepada warna emas putih dan merah jambu. Lapisan ini akan pudar dan kembali kepada warna asal emas iaitu kuning pada jangka masa yang lama. Untuk memulihkan barangan kemas kepada rekaan asal, teknik ini perlu dilakukan semula dan menjadikan ianya kelihatan seperti baru.
3. Melalui kemasan (finishing) yang dinamakan Cataphoresis Lacquer
Kemasan jenis ini digunakan untuk mengubah warna emas kepada warna selain kuning tanpa mengubah berat sesuatu barangan emas itu. Warna yang dihasilkan tidak terhad kepada warna emas putih dan merah jambu tetapi turut boleh menghasilkan warna-warna lain seperti merah, ungu, hijau, biru dan lain-lain. Warna ini tidak akan luntur dan kekal jika cara pemakaian dan penjagaan barangan kemas dilakukan dengan betul. Kemasan seperti ini boleh dijumpai pada koleksi Oro Italia 916 yang ditawarkan hanya di HABIB dalam pelbagai rekaan.
Antara rekaan dari Oro Italia 916 yang menggunakan kemasan Cataphoresis Lacquer yang menghasilkan warna emas hijau, merah jambu dan biru ‘turquoise’
Oleh itu, orang ramai tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya hendak membeli emas yang berwarna selain daripada warna kuning. Setiap barangan emas masih mempunyai nilai untuk dijual semula mengikut harga pasaran dunia. Buat orang ramai yang ingin menukarkan barangan kemas lama kepada yang baru, sepanjang Pesta Emas yang sedang berlangsung di seluruh bilik pameran HABIBsepanjang bulan ini. HABIB menawarkan harga yang kompetitif dan terdapat pelbagai rekaan menarik yang pastinya memenuhi citarasa anda. Kami juga menawarkan khidmat penilaian dan mencuci barangan kemas secara percuma. Selain itu, perkhidmatan seperti mengubah saiz barangan kemas, menggilap, mengukir turut ditawarkan di seluruh bilik pameran HABIB.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pesta Emas yang sedang berlangsung ini, sila layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.comdan ikuti HABIB di laman media sosial Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).
BERNILAIKAH EMAS DI PASARAN SELAIN WARNA EMAS KUNING?
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 03, 2022
Rating:
cantiknya
ReplyDelete