Burger dan Steak Paling Padu di Kota Bharu


Kota Bharu memang cukup popular sebagai syurga makanan. Pelbagai hidangan tradisi, fusion dan pelbagai lagi yang enak-enak boleh didapati di sini. Jika anda berada di Kota Bharu  dan ingin menikmati masakan barat, kesedapannya seperti hidangan di hotel mewah terkemuka bolehlah singgah di KBB Burger & Steak Kota Bharu. Yup! Restoran masakan barat yang menawarkan burger dan steak paling padu di Kota Bharu.



Hidangan Butter Aged Tomahawk  Menjadi Rebutan
Antara tarikan utama pelanggan jika ke KBB Burger & Steak Kota Bharu tentulah ingin merasai sendiri Butter Aged Tomahawk. Apa yang menarik tentang hidangan ini tentulah cara penyediaan masakannya yang unik dan mengambil masa yang lama bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang terbaik.

Butter Aged Tomahawk disalut bersama mentega khas (homemade butter) dan akan diibiarkan selama 20-90 hari dalam peti istimewa. Untuk pengetahuan semua proses butter-aging yang dilakukan hampir sama dengan dry-aging, tetapi kelebihan dari segi aromanya lebih kuat dan tekstur daging itu sendiri lebih berjus (juicy) berbanding dengan proses dry-aging. Untuk satu hidangan boleh dinikmati 4-5 orang.

Butter Aged Tomahawk

Tomahawk


Kepelbagaian Menu Barat Ditawarkan
Di KBB Burger & Steak Kota Bharu turut ditawarkan pelbagai menu menarik yang boleh didapati di sini. Antaranya seperti steak, burger, pasta, ribs dan lamb. Kepelbagaian menu yang ditawarkan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang datang. Antara menu yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah Pasta Spicy Clam Marinara. Bagi kanak-kanak tentulah Mac & Cheese dan juga pasta Carbonara. Rasa lemak-lemak krim berkeju memang kanak-kanak akan menggemarinya

Pasta Spicy Clam Marinara

Mac & Cheese


Di sini ditawarkan juga pelbagai jenis potongan bahagian daging steak seperti ribeye, sirloin, t-bone porterhouse. Untuk daging steak sahaja ada Angus, Wagyu dan Japanese Wagyu. Ditawarkan sehingga saiz A5. Wagyu gred A5 adalah yang paling ekslusif dan padu rasanya. Ini kerana daging wagyu sememangnya sangat lembut, tidak sempat kunyah hilang.

Chiller


Agnus Steak


Japanese A5 Wagyu

Jika anda ingin menikmati hidangan yang lebih santai anda boleh mencuba burger di sini. Ada pelbagai jenis burger ditawarkan iaitu ayam, daging, kambing dan wagyu. Antara hidangan burger sering mendapat permintaan tinggi adalah Wagyu Burger & Wild Ribs Burger.

Wild Ribs burger yang paling mewah kerana terdapat dua patty yang digabungkan bersama ribs. Jarang sekali pelanggan yang tak repeat order! Pekena sekali memang auto repeat!

 Wild Ribs Burger


Burger wagyu pula dagingnya memang extra lembut, tidak perlu kunyah sudah hilang didalam mulut. Fuhh terbaik!

Wagyu Burger


Ruang Makan Selesa dan Santai
Samada datang sendiri mahupun bersama rakan ataupun keluarga, KBB Burger & Steak Kota Bharu menyediakan ruang makan yang selesa dalam suasana yang cukup esklusif. Untuk satu-satu masa restoran boleh menempatkan 100 hingga 150 tetamu.



Disediakan VIP Meat Club yang mana ruang ini memang sesuai jika anda mahu mengadakan acara privasi seperti majlis hari jadi, jamuan tahunan dan sebagainya Ianya boleh memuatkan sehingga 10 – 12 tetamu. Tidak hairanlah KBB Burger & Steak Kota Bharu sentiasa menjadi pilihan pengasas produk untuk mengadakan pertemuan dengan agen, begitu juga dengan influencer yang berpengaruh.

Meat Club Non VIP

Meat Club VIP


Layanan Mesra Dari Staff
Staff KBB Burger & Steak Kota Bharu sentiasa memberi servis terbaik dan layanan yang begitu mesra. Jika kita ada masalah untuk membuat pilihan menu, staff KBB Burger & Steak Kota Bharu dengan senang hati akan membantu. 

Oh ya! Korang tak tau KBB Burger & Steak ni jugak ada outlet kedua di Terengganu tau! Mereka baru je mula beroperasi penghujung Februari lepas di Terengganu..fuhh memang mantap. Tak perlulah orang Terengganu turun ke Kelantan untuk menikmati burger dan steak padu di Kota Bharu.


Jom ke KBB Burger dan Steak!

KBB Burger & Steak Kota Bharu
No 2713 Jalan Kuala Krai
15150 Kota Bharu
Kelantan
No tel : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)
Link Whatsapp : https://kbbdelivery.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu
Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin
2000 Kuala Terengganu
Terengganu
No  tel: 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)
Link Whatsapp : https://kbbterengganu.wasap.my
Operation hours : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

FACEBOOK
https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak (KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)
https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu (KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU)

INSTAGRAM:

TIK TOK:

Agak-agak lepas ni KKB Burger & Steak akan buka cawangan  kat mana pulak ya?
Burger dan Steak Paling Padu di Kota Bharu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 04, 2022 Rating: 5

13 comments:

  1. Nampak semuanya menyelerakan. Kalau Dania, dia mesti pilih pasta tu untuk order. Ala you jauhnya nak pergi KT dengan KB nun tapi mereka yang terdekat beruntunglah dapat merasa.

    ReplyDelete
  2. Wow... siapa sangka dekat Kota Bahru pun dah ada steak restaurant juga. This is hebak! Thank you for sharing, Ayu. Btw, looks like a good place to dine at. I'll make sure to dine here when I travel to KB again.

    ReplyDelete
  3. Menarik juga signature menu mereka kan! Tak pernah try lagi dan betul2 lama preparation diperlukan! Ada rezeki memang kena try ni..

    ReplyDelete
  4. Wah nampak sedap2 belaka hidangan dekat sini. Tapi jauh lah pulak dari rumah. Kalah ada urusan di pantai timur bolehlah singgah & cuba makanan di restoran ni :)

    ReplyDelete
  5. Wow..tempat dia ada style la..kalau ke sana boleh la singgah try makan sini..menarik

    ReplyDelete
  6. Waaa nanti ke Kelantan bolehlah cuba ni ... nampak menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  7. kalau saya ke KB memang akan singgah sini. menu nampak best dan sangat sedap. memang nak cuba

    ReplyDelete
  8. I see all yummy food. esp wanna try out the Tomahawk sure delicious

    ReplyDelete
  9. woww menarik tengok foods dia. kalau ke kota bharu boleh lah singgah sini. Jadi lapar pulak iena tengok time tgh hari ni haha

    ReplyDelete
  10. memang terbaik tempatnya... makanan dia pun nampak sedap

    ReplyDelete
  11. Wah makan sampai ke kota bahru, kalau i pergi sana saya akan singgah kedai ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.