Goreng Pisang Mawar Johor

Bersungguhkan kitaorang turun bandar Johor semata nak makanpisang goreng! Hahahahaha. Sebenarnya kalau diikutkan bila sampai Johor nak terus gerak ke rumah Achik. Tapi atas sebab yang tidak boleh dielakkan, kitaorang kena pergi UITM Pasir Gudang terlebih dahulu ada perkara perlu diselesaikan.

Jadinya dah alang-alang lapar lepas semuanya dah setel, terus Ecah ajak pergi makan goreng pisang Mawar dekat Johor Bahru. Gegeh ya! Walapun hakikatnya goreng pisang banyak jer kat Kuala Lumpur sana tu :p

Katanya Ecah kedai goreng pisang agak popular juga dikalangan warga Johor dan orang luar. Tibanya di sana.. Memang nampak aura viral tu ada, panjang jugala barisan orang beratur. Lagi terkejut lepas kitaoang masuk barisan toleh belakang, perghhh memang ramai dah orang datang. Mujur kitaorang sampai waktu yang tepat, hahahaha.

Kedai dia tak adalah fancy sangat. Biasa jer. Tapi pilihan makanan yang ditawarkan sangat banyak. Bukan setakat goreng pisang semata. Ada botok-botok, mee siam, laksa Johor, kuih muih dan pelbagai lagi.
Nah! Tengok apa yang kitaorang beli. Macam-macam ya. Jenis semua rasa terliur nak makan, hahaha.


Ini adalah goreng pisang yang dikatakan viral itu. Okla. Sedap. Ranggup. Lagi sedap cicah dengan kicap bercili. Dan goreng pisang manapun paling sedap kalau makan waktu masa panas-panas lagi.

Ini adalah popiah bergedil. Tapi rasanya dia tak guna kulit popiah pun . Macam guna roti.. Inti didalam sebiji macam tauhu bergedil

Mee siam dia okla... tapi makan sekali memang sedap masuk bungkusan kedua, biasa jer hahahaha. Maybe sebab dah kenyang kot.

Ini adalah botok-botok. Tapi aku rasa kurangsedikit rasa botok-botok kat sini. Mungkin rempah banyak sangat kot. Masa kecil dulu sebab membesar di Johor memang selalu makan makanan ini. Kiranya memang makanan nostalgia betul.


Tauhu bakar. Nampak macam biasa jerkan. Tapi sos kicap dia sedap.

Nasi dagang pun biasa jer. Okla kalau teringin nak makan kat sini ada.

Cuma masa pergi Johor teringin nak makan laksa Johor tapi tak jumpalah pulak. Macam na kena buat sendirilah laksa Johor kali ini.

Makan tengahari a.k.a minum petang. Best juga short trip yang tak ada perancangan hala tuju. Tahu-tahu sampai. Heheheh
Goreng Pisang Mawar Johor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 28, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.