HABIB Group Menganjurkan Pemeran Barangan Kemas Antarabangsa Menampilkan Pelbagai Jenama Terkemuka

HABIB Group Menganjurkan Pemeran Barangan Kemas Antarabangsa Menampilkan Pelbagai Jenama Terkemuka- HABIB Group telah menganjurkan buat pertama kalinya  Pameran Jenama Antarabangsa di ruang legar IOI City Mall bermula dari 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022. Pameran dibuka untuk semua pengunjung sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut. 

Antara jenama dibawah naungan HABIB Group yang menyertai pameran ini adalah HABIB, Hearts On FireⓇ, Stephen Webster, Korloff, Pandora, Tous dan Ice Watch.  Sekaligus memberi peluang kepada penggemar barangan kemas dn perhiasan mewah untuk melihat serta mendapatkan barangan berjenama meliputi aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit.
\
Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato' Sri Meer Habib

Menurut Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato' Sri Meer Habib , langkah ini sebagai satu usaha untuk mengembangkan potensi perniagaan yang meluas dalam industri barangan kemas dan fesyen.

Tidak dinafikan semenjak mula beroperasi pada tahun 1958, HABIB telah melalui banyak perubahan untuk menjadi satu jenama yang terkenal dalam menghasilkan produk yang berkelas dunia. Dengan berlangsungnya pameran ini kita juga dapat menyaksikan satu lagi pencapaian bagi HABIB sebagai sebuah jenama tempatan yang setanding dengan jenama antarabangsa.


Acara kemuncak pada pelancaran ini adalah pertunjukan fesyen dari semua jenama di bawah naungan HABIB Group dengan menampilkan barisan peragawati yang mewakili negara asal jenama-jenama tersebut. Pertunjukan fesyen ini turut menampilkan koleksi esklusif yang terkenal daripada HABIB iaitu Ora Italia 916Ⓡ serta barangan berlian dan batu permata.

Koleksi Batu Permata Esklusif HABIB

HABIB, bermula dengan perniagaan barangan kemas berlian dan batu permata. Jenama tempatan yang mementingkan sentuhan warisan dalam setiap rekaan mereka. Jenama ini cukup dikenali kerana sering menawarkan rekaan terkini yang memenuhi citarasa lapisan setiap generasi.


Model menggayakan set berlian esklusif yang dihasilkan daripada 754 berlian


Koleksi-koleksi yang ditawarkan termasuklah baranagn kemas bertatahkan berlian, batu permata, mutiara, emas 916, Oro Italia 916Ⓡ dan emas 999 untuk pelaburan seperti jongkong emas dan syiling emas wafer.


Set Morganite, aquamarine dan tanzanite

Koleksi dari Oro Italia 916Ⓡ

Membawa kepakaran dan teknologi dari Itali khusus untuk HABIB, koleksi ini telah memberikan kelainan kepada pencinta emas menerusi pelbagai warna termasuklah emas kuning, ros dan putih. Rekaan-rekaan ini telah mendapat sentuhan kemasan yang unik pada setiap satunya seperti 'high-polish', potongan berlian dan juga 'Cataphoresis Lacquer'


Koleksi dari Oro Italia 916Ⓡ yang elegan dari HABIB.

Hearts On FireⓇ

Hearts On FireⓇ dari Boston USA menawarkan pelbagai koleksi berlian yang cukup menarik. Merupakan jenama pertama daripada Amerika yang bernaung di bawang HABIB Group yang kita boleh dapatkan koleksi ini daripada bilik pameran Habib. Terkenal dengan slogan 'Potongan Berlian Paling Sempurna di Dunia' setiap berlian yang dihasilkan mempunyai kilauan yang memukau menerusi cara potongan berlian dengan menggunakan teknik-teknik khas.

Stephen Webster

Stephen Webster merupakan jenama baranagn kemas kontemporari dari London. Berinspirasikan artistik dan inovatif, koleksi ini adalah hasil cita rasa ketukangan tradisonal yang unggul dan disegani dalam pertukangan British. Koleksi-koleksi dari jenama ini dihasilkan daripada snetuhan peribadi perekanya, Stephen Webster menerusi pendekatan yang unik. Jenama ini boleh didapati dari seluruh bilik pameran HABIB.

 Korloff

Jenama  Korloff adalah daripada Paris dan telah berkoloborasi secara esklusif bersama HABIB sejak awal tahun 2022. Keunikan Korloff yang terkenal dengan lagenda batu berlian hitam yang menyimpan pelbagai kisah semenjak kurun ke-20 sehingga kini. Ia tidak hanya menawarkan seleksi barangan kemas bahkan turut menawarkan koleksi jam tangan mewah, wangian esklusif, 'cufflink' serta pem premium.

Time Zone Group

Aksesosri daripada Komono, Antwerp Belgium.


Koleksi ICE WATCH daripada Belgium. Koleksi dengan warna-warna yang cukup ceria! ICE WATCH merupakan jenama jam tangan yang mempunyai rekaan sangat ikonik dengan warna terang dan menarik. Tidak hairanlah jenama ini cukup diminati oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Untuk koleksi terbaru ICE WATCH memperkenalkan rekaan yang lebih menonjol kepada golongan dewasa lelaki dan perempuan.

TOUS


Koleksi Tous St. Tropez yang cukup cantik. Jenama Sepanyol ini sudah bertapak lebih daripada 50 buah negara dan mempunyai 700 butik di seluruh dunia.  Selain menawarkan barangan aksesori, jenama ini turut membawa barisan produk seperti minyak wangi, beg kulit dan skarf. Setiap rekaan yang ditawarlan lebih menonjol kepada golongan muda yang yang menyukai trend terkini.



Model menggayakan kolekis rantai dan gelang tangan yang berwarna-warni dari TOUS. Begitu juga skarf dan beg daripada jenama yang sama - TOUS.

Pandora

Pandora dari Denmark ini lebih dikenali sebagai barangan kemas yang melambangkan ekspresi diri dan meraikan sesuatu peristiwa dalam kehidupan. Setiap charm yang direka mempunyai jalan penceritaan tersendiri kepada penggunanya menerusi gaya yang ditonjolkan.


Tidak hairanlah sehingga kini terdapat 30 butik Pandora di Malaysia.

Sebagai peneraju kepada jenama barangan kemas tempatan, HABIB Group sentiasa ingin memberikan kelainan kepada peminatnya. disamping menjaga kualiti barangan setiap jenama dengan harga yang mampu milik.


Sepanjang pameran berlangsung, para pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000 dengan menyertai peraduan di media sosial yang diadakan.  Untuk maklumat lanjut boleh layari sesawang HABIB di www.habibjewels.com dan ikuti media sosial HABIB @habibjewelsofficial.

HABIB Group Menganjurkan Pemeran Barangan Kemas Antarabangsa Menampilkan Pelbagai Jenama Terkemuka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 29, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.