Ombak Kitchen, Restoran Makanan Laut Terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur

Ombak Kitchen, Restoran Makanan Laut Terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur- Ombak Kitchen adalah Restoran Makanan Laut Terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur yang telah menyajikan makanan laut mampu milik, segar dari laut. Tidak hairanlah Ombak Kitchen cukup dikenali sebagai restoran keluarga yang menawarkan variasi hidangan laut terkenal yang berasal dari negeri Louisiana, Amerika Syarikat. Paling mengujakan teknik masakan adalah menggunakan konsep rebus. Konsep ini digunakan bagi mengekalkan kesegaran dan berjus.


Ombak Kitchen telah mendapat sambutan yang sangat baik masyarakat setempat terutamanya penggemar makanan laut. Sehingga kini Ombak Kitchen mempunyai 3 cawangan iaitu di Bukit Jelutong, Bangsar dan yang terbaru di IOI City Mall, Putrajaya. Oh ya! Ombak Kitchen Putrajaya terletak di luar di The Symphony Walk dan anda boleh memilih untuk menikmati makanan laut di tepi air pancut yang menari-nari dengan pemandangan yang indah.


Terbaru Ombak Kitchen telah memperkenalkan konsep menu Ala carte. Di mana pelanggan boleh memilih makanan laut kegemaran mereka dengan gaya masakan pilihan mereka dan ia dihidangkan dalam periuk serta mangkuk berwarna-warni. Pelanggan juga boleh memilih tanpa perlu bergantung semata-mata pada menu kombo premium biasa.

Ombak Kitchen menawarkan set yang sangat berbaloi untuk Lunch Pot. Ia boleh didapati ketika waktu makan tengah hari (12pm-3pm). Set hidangan ini sesuai untuk dinikmati 2 orang. 


Seleksi Untuk Lunch Pot (2PAX)
Antara menu yang cukup berbaloi dan memang saya sangat rekomen untuk anda semua cuba. Dengan saiz portion yang agak besar juga memang puas dinikmati untuk 2 orang.

Lunch Pot Crab | RM 99.90
Crab XL (1/2 nos), Fresh Prawn XL, Squid, Broccoli, Corn and Rice

Lunch Pot Slipper Lobster | RM 89.90
Slipper Lobster, Fresh Prawn XL, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice

Lunch Pot Prawn XL | RM 79.90
Fresh Prawn XL, Squid, Blue Mussel, Clam Hamaguri, Broccoli, Corn and Rice

 
Menu Ala Carte di Ombak Kitchen
Anda juga boleh memilih dan mencuba sendiri hidangan hidupan laut segar dari Ombak Kitchen. Antara hidupan segar didalam menu yang boleh dipilih seperti:-
                   
  • PREMIUM ALASKAN KING CRAB |RM33.90 / 100g
  • LIVE CRAB XXL (800g +/-) |mRM149.90 / nos
  • LIVE CRAB XL (450g +/-) | RM79.90 / nos
  • FRESH PRAWN XL | RM69.90 / 500g
  • SNOW CRAB | RM96.90 / 2 CLUSTER
  • SLIPPER LOBSTER | RM149.90 / 3nos
  • CRAWFISH | RM 66.90 / 500g
  • SCALLOP SHELL ON | RM69.90 / 600g
  • BABY OCTOPUS | RM53.90 / 500g
  • BABY CUTTLEFISH | RM46.90 / 600g
  • FRESH WATER PRAWN | RM89.90 / 400g
  • SQUID RING | RM48.90 / 600g
  • BAMBOO CLAM | RM48.90 / 600g
  • CLAM HAMAGURI | RM36.90 / 500g
  • BLUE MUSSEL | RM38.90 / 500g
  • WHOLE SQUID | RM69.90 / nos
  • BLUE SWIMMER CRAB | RM69.90 / 2 nos
  • CANADIAN LOBSTER | RM33.90 / 100g

Terdapat 10 jenis sos yang dipilih iaitu Signature Crazy Cajun Sauce, Buttermilk Indulgence, Cheesy Zesty Lemon, ketam cili, mentega bawang putih, kari pedas, tomato basil, Meuniere (sos lemon mentega), laksa warisan dan telur asin berkrim.

Namun begitu 3 sos yang sentiasa menjadi pelanggan adalah :-
  1. Signature Crazy Cajun Sauce - Sos cajun asli yang cukup enak diperbuat daripada campuran unik rempah Cajun, paprika, bawang putih dan herba, Ombak Kitchen mempunyai rahsia campuran rempahnya yang tersendiri. Campuran rempah istimewa ini kemudiannya dimasak dengan mentega yang berkrim bagi menyatukan lebih rasa.
  2. Buttermilk Indulgence - Gabungan serai, daun kari, bawang putih cincang dan susu berkrim
  3. Cheesy Zesty Lemon - Campuran rempah yang diadun dengan bersama  keju, rempah Cajun dan jus lemon segar
Antara masakan yang telah cuba menggunakan hidupan segar dan sos istimewa dari Ombak Kitchen seperti gambar di bawah. Serius! Semuanya sedap sangat. Memang puas hati.

Premium Alaskan King Crab

Fresh Water Prawn

Fresh Water Prawn

Whole Squid

Promosi Istimewa Oyster
Untuk satu tempoh terhad, pihak Ombak Kitchen juga menawarkan promosi istimewa premium oyster. Untuk 6 ketul Oyster Segar Premium harganya adalah RM39.90. Daripada harga asal RM76.90. Memang sangat murah dan berbaloi.


Tiada pembelian minimum diperlukan. Hanya untuk Dine-In  sahaja. Promosi sah sehingga 7 Ogos  2022.  Hanya boleh ditebus sekali setiap transaksi pada setiap hari.

Ombak Kitchen Signature Rainbow Dessert
Anda juga boleh membuat tempahan istimewa pencuci mulut dari Ombak Kitchen. Lakaran lukisan berdasarkan inspirasi dan kreativiti chef yang mana ada diletakkan juga buah-buahan, donut, mashmallow dan pelbagai lagi

Sangat cantik dan unik, sesuai untuk kita meraikan hari yang cukup istimewa.


Jom Ke Ombak Kitchen.
Bagi saya sendiri, selain daripada dapat menikmati hidupan lautnya yang cukup segar, cara masakan yang diperkenalkan juga sangat istimewa. Unik dan punyai identiti yang tersendiri. Cukup rasa dan dan padu apabila digabungkan dengan hidupan laut segar yang kita pilih.

Jom bawa keluarga ataupun datang makan bersama rakan-rakan ke Ombak Kitchen. Sehingga kini (entri ditulis) ada terdapat 3 outlet Ombak Kitchen yang boleh kita terjah.

Bangsar
12, Lrg Ara Kiri 2, 
Bangsar, 59100 
Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bukit Jelutong
5.G.01,
 D'Vida Business Centre, 
Jalan Bazar U8/101, 
Bukit Jelutong, 
40150 Shah Alam, Selangor

Putrajaya
GE-15, 
Ground Floor IOI City Mall, 
Lebuh IRC, Ioi Resort,
62502 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Puas hati sekali cuba, gerenti!
Pasti akan repeat datang lagi!

Untuk keterangan lanjut mengenai lokasi dan menu boleh layari: 
Ombak Kitchen, Restoran Makanan Laut Terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 25, 2022 Rating: 5

1 comment:

  1. Ohh wowo...reading this making me craving for all the seafoods served , yum max. Cheers, Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.