Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 Kembali Dengan Peserta Hebat dan Bercita-cita Tinggi
Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 Kembali Dengan Peserta Hebat dan Bercita-cita Tinggi- Bagi yang suka memasak dan juga mempunyai perniagaan makanan pasti teruja dengan rancangan realiti Resipi Berani MAGGI. Bukan mudah ya! Untuk menjadi wanita hebat yang bukan sahaja mahir memasak ttetapi juga arif didalam selok perniagaan.
Begitu juga 'kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Lihat sahaja pada kejayaan Nur Hidayah Jefri yang berjaya dinobatkan menjadi Juara untuk musim pertama rancangan realiti Resipi Berani MAGGI . Dengan bantuan, sokongan dan didikan daripada Anne Idris salah seorang mentor, Nur Hidayah telah berjaya meningkatkan jualannya yang kalau dulu sekitar RM400 hingga RM500 sahaja tetapi kini menceceah puluh ribu sebulan.
Kejayaan ini sebenarnya yang kita mahukan. Agar wanita hari ini mampu ke hadapan. Bukan sahaja mengukir kejayaan pada diri bahkan pada masa yang sama dapat membantu ekonomi keluarga.
Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2
Melihat kepada impak mudim pertama, rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® kini kembali dengan musim kedua dengan 6 episod. Untuk info, daripada sejumlah 2,000 orang peserta, hanya seramai 12 wanita telah dipilih untuk meneruskan cabaran siri kulinari dan keusahawanan bagi merebut gelaran sebagai juara.
Rancangan Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 yang menjanjikan lebih banyak kejutan menarik ini akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran dan kriteria yang ditetapkan. Antara cabaran yang akan dinilai seperti:-
- Cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi
- Kemahiran Berniaga
- Kemahiran Memasak.
Tiga mentor - Puan Sheila Rusli, Datin Paduka Eina Azman dan Puan Anne Idris
Rancangan realiti ini membawa kembali tiga orang Mentor MAGGI® yang terkenal - Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI® Cukup Rasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris
Ke semua mentor ini akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2 ini turut menampilkan empat orang juri jemputan iiatu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.
Nana Mahzan kekal menjadi pengacara untuk musim ke-2
Bagi hos rancangan untuk musim ke-2 tetap mengekalkan Nana Mahzan sebagai pengacara. Bagi saya ini juga satu keputusan yang tepat, dengan pesona dan karektor Nana yang cukup bersahaja dan menghiburkan.
Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!
Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia)
Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lainkata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.
Ganjaran Yang Ditawarkan Cukup Menarik
Bile bercerita tentang rancangan realiti pastinya, ganjaran yang ditawarkan menjadi sebutan. Untuk juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2, selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, pemenang turut berpeluang menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris.
Di mana didalam program bimbingan ini ianya akan memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Manakala untuk pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®
Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.
Maggi Cukup Rasa
Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI® dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak. 12 orang peserta akhir Resipi Berani MAGGI® telah dipilih daripada lebih 2,000 orang wanita yang menyertai siri bengkel peningkatan kemahiran pada tahun 2021.
Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® CukupRasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif.
12 finalis rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2
Lebih Rencah dan Rasa Di Dalam Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2
Saya berkesempatan menonton episod pertama rancangan ini pada jam 5 petang, 8 Julai 2022 di TV3. Sejujurnya kehadiran 3 juri mantan seperti Datin Paduka Eina Azman, Puan Sheila Rusly dan Anne Idris memang cukup memeriahkan suasana. Gelagat spontan mereka bertiga didalam memberi komen hasil masakan peserta dan juga sesi temubual yang cukup ringkas cukup menghiburkan.
Antara blogger yang dijemput ke majlis sesi preview episod 1 rancangan realiti Resipi Berani MAGGI®
Rancangan ini memberi peluang kepada wanita yang ingin maju ke hadapan. Jadi kita akan dapat lihat pelbagai latarbelakang wanita yang kebanyakannya tidak pernah lagi terdedah dengan dunia penyiaran. Rasa gementar dan ke semuanya mencuba sehabis terbaik untuk menarik perhatian juri tentang hidangan yang mereka bawakan.
Tema kali ini adalah transformasi. Memang Puan Sheila Rusly menegaskan 3 kriteria yang memang mereka cari iaitu penilaian pada masakan, personaliti dan juga kreativiti.
Puan Anne Idris dan Nana Mahzan sedang menyaksikan Anastasia menyediakan hidangan
Semua 12 peserta mempunyai keunikan masing-masing. Antara peserta yang saya suka lihat personalitinya seperti Anastasia Maigi yang datangnya dari Sabah. Seorang wanita yang agak pemalu mungkin juga disebabkan kekangan dari segi bahasa yang digunakan lebih kepada bahasa asli kepulauan borneo. Punyai cita-cita yang cukup tinggi dan resepi pertama yang dibawakan kepada juri adalah kelupis. Nasi pulut yang dimasak bersama santan dan dibungkus dengan daun irik. Hidangan ini enak dimakan bersama rendang.
Siapa sangka peserta dari Johor, Nurul Hajar Ismail hobinya suka menembak. Beliau merupakan bekas Askar Wataniah. Resepi Laksa Johor yang menjadi pertaruhan untuk episod 1 ini telah berjaya mencuri hati juri. Bayangkan Puan Sheila mencuba hidangan ini lebih dari sekali kerana kesedapan Laksa johor yang dipersembahkan.
Siapa sangka peserta dari Johor, Nurul Hajar Ismail hobinya suka menembak. Beliau merupakan bekas Askar Wataniah. Resepi Laksa Johor yang menjadi pertaruhan untuk episod 1 ini telah berjaya mencuri hati juri. Bayangkan Puan Sheila mencuba hidangan ini lebih dari sekali kerana kesedapan Laksa johor yang dipersembahkan.
Nur Syahidah Aimullah peserta dari Kedah
Kekurangan diri bukannya halangan, bagi Nur Syahidah Aimullah peserta dari Kedah yang mewarisi keadaan dirinya yang tidak mempunyai kelopak mata (Blepharophimosis syndrome) menjadikan beliau sering menjadi tumpuan masyarakat. Tidak gentar dengan apa yang dialaminya, beliau mahu bangkit memberanikan diri untuk lebih menonjol biarpun tahu kekurangan yang dialami.
Peserta kegemaran saya tentulah Suzaimi Zahari dari Terengganu pemilik restoran Mek Nasi Ayam ini cukup popular di Terengganu dengan air jus oren satu ringgit. Restoran milik keluarga ini telah diusahakan bergenerasi dan Suzaimi mahu memperkembangkan lagi perniagaan keluarganya.
Untuk semua jangan lupa untuk ikuti rancangan realiti Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-2 akan disiarkan pada setiap hari Jumaat pada pukul 5.00 petang selama 6 minggu mulai 8 Julai menerusi saluran YouTube MAGGI® (https://www.youtube.com/user/maggimalaysia).
Bersama kehebatan Cukup Rasa Maggi,
Transformasi menjadi wanita cukup berani!
Rancangan Realiti Resipi Berani MAGGI Musim ke-2 Kembali Dengan Peserta Hebat dan Bercita-cita Tinggi
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 09, 2022
Rating:
Wow. Pesertanya memang bukan calang-calang ye. Tak sabar nak saksikan semuanya beraksi.
ReplyDeleteOhh wow...thanks for sharing this info, will be following this program for all the recipes. Cheers Siennylovesdrawing
ReplyDeleteKesemua 12 peserta nampak hebat dan berbakat.. tak sabar nak tggu rancangan bersiaran - AlongMurni-
ReplyDeleteYes suka tengok cerita Resipi Berani Maggi ni. setiap minggu lain-lain cabarn
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuka tengok rancangan masak2.tapi tak pandai masak. Tau masak nasi je. Hahaha. Gurau
ReplyDeleteThe show is fun to watch, I can't wait to watch all episode in the second season
ReplyDeleteCan't wait to watch this show I love series like that
ReplyDeleteNice post thank you Gary
ReplyDelete