Review Drama Bersiri Dari VIU Original | She Was Pretty (Malaysia)
She Was Pretty sebuah drama bersiri VIU Original dibintangi barisan pelakon hebat seperti Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi. Drama bersiri komedi romantik ini adalah inspirasi daripada drama bersiri popular Korea (KDrama) yang ditayangkan pada tahun 2015 dengan tajuk yang sama She Was Pretty.
Untuk tiga episod pertama She Was Pretty boleh ditonton di Viu pada 23 Jun 2022, manakala dua episod baharu boleh ditonton pada setiap hari Khamis. Seterusnya untuk tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos 2022.
Nadia meminta kawan baiknya, Kejora a.k.a Jo (Daniella Sya) untuk menyamar sebagai dirinya dan bertemu dengan Haniff . Pada masa yang sama Nadia mula menjadi pekerja sambilan di syarikat penerbitan majalah fesyen The Most di mana Haniff merupakan boss didalam syarikat tersebut.
Contohnya seperti Haniff biarpun karektornya sama dengan Ji Sung-joon (Park Seo-joon). Namun apabila saya menonton drama She Was Pretty (Malaysia) lagak dan gayanya adalah dari identitinya sendiri.
Siri She Was Pretty versi Malaysia ini diterbitkan oleh Independent Pictures, dibawah arahan sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dengan garapan skrip daripada Rafidah Abdullah.
Sinopsis She Was Pretty (Malaysia)
Mengisahkan dua orang sahabat lama, Nadia (Diana Danielle) dan Haniff (Aiman Hakim Ridza) yang berkawan baik semasa mereka di zaman kanak-kanak. Mempunyai latarbelakang yang berbeza, begitu juga dengan personaliti. Ya! Nadia dulunya seorang gadis yang manis berbanding Haniff yang memiliki tubuh yang agak berisi.

Mereka terpisah dan 15 tahun kemudian Haniff masih mencari Nadia dan ingin bertemu dengannya. Sepanjang 15 tahun mereka terpisah banyak perkara yang telah berlaku pada Nadia dan paling ketara dengan perubahan dirinya yang tidak semanis dan secantik dahulu. Dan Haniff pula kini menjadi lelaki yang cukup bergaya dan punyai paras rupa cukup mempersona.
Pelbagai insiden lucu telah berlaku apabila Nadia sedaya upaya mengelakkan diri daripada Haniff biarpun sebenaray beliau masih menyimpan hati pada lelaki tersebut. Karektor Nadia yang bersahaja dan baik hati menyebabkan kawan baiknya di syarikat The Most iaitu Ashraf (Alvin Chong) tanpa sedari turut jatuh hati dengan beliau.
Begitu dengan Jo, apabila mula mengenali diri Haniff yang begitu 'gentleman' membuatkan hatinya turut terpikat dengan kehadiran lelaki itu didalam hidupnya.
Bagaimana kesudahan kisah cinta antara Nadia, Haniff, Jo dan Ashraf. Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nadia?
Review Drama She Was Pretty (Malaysia)
Bagi saya sendiri jalan cerita drama bersiri She Was Pretty sangat ringan dan menarik. Walaupun ianya drama inspirasi dari KDrama punyai jalan cerita agak sama namun persembahan pelakon dari Malaysia memang terbaik.
Contohnya seperti Haniff biarpun karektornya sama dengan Ji Sung-joon (Park Seo-joon). Namun apabila saya menonton drama She Was Pretty (Malaysia) lagak dan gayanya adalah dari identitinya sendiri.
Pujian harus diberikan kepada pengarah Datuk Yusry Abdul Halim yang memang saya rasakan beliau mengkaji secara mendalam dalam penghasilan drama ini. Seperti terdapat didalam beberapa babak yang ada mempromosikan produk daripada penaja seperti jenama Sunsilk. Cara perjalanan cerita sambil mempromosi produk (USP- unique selling proposition) memang sangat hebat tanpa kita merasakan ianya 'hard sell'. Langsung tidak menampakkan seperti iklan.
Menonton She Was Pretty (Malaysia) juga sebenarnya mengingatkan saya kembali pada versi yang asal. Cuma versi Malaysia dari segi pakaian lebih moden dan lebih up-to-date. Serius! Memang kelakar, kalau kita stress dengan menonton drama She Was Pretty (Malaysia) memang dapat mengurangkan rasa tekanan. Paling penting versi Malaysia memang sesuai ditonton seisi keluarga.
Pemilihan pelakon semuanya tepat dan masing-masing dapat membawa karektor mereka dengan baik sekali. Seperti Nadia (Diana Danielle) memang saya tidak dapat membayangkan rupanya seperti itu berambut kembang kerinting, berjerawat dan cemerkap.
Drama bersiri biarpun bergenre komedi namun sarat dengan pengajaran yang boleh kita hadam. Bagaimana antara kecantikan dan budi pekerti yang mana satukah ebih menjadi keutamaan. Elemen persahabatan juga sangat kuat dalam drama bersiri ini.
Ternyata drama-drama dari VIU Original sehingga hari ini memang tidak mengecewakan. Selain She Was Pretty saya juga suka menonton drama bersiri dari VIU Original seperti Ganjil dan Seribu Nina.
Pengguna Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play dan televisyen pintar terpilih, serta laman Viu di www.viu.com.
Menangi percutian ke Korea bersama pelakon Viu Original She Was Pretty dan Blimey!
Jom sertai peraduan She Was Pretty yang mana dua pasangan bertuah dicari bagi memenangi percutian ke Korea Selatan. Lebih bermakna percutian yang ditaja ini akan ditemani pelakon utama She Was Pretty iaitu Diana Danielle, Alvin Chong dan Blimey!
Caranya:
Mudahkan. Jom cuba mana tahu ada rezeki menang percutian ke Korea yang ditaja!
Arahan penyertaan boleh didapati daripada video oleh Blimey DISINI.
Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai 2022.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Caranya:
- Anda hanya perlu mengikuti akaun rasmi Instagram dan TikTok @ViuMalaysia dan @BlimeyToYou, serta nantikan posting babak terpilih She Was Pretty setiap minggu.
- Muat naik video anda melakonkan semula atau memparodikan adegan tersebut di akaun Instagram atau TikTok anda, dan jangan lupa untuk dan hashtag #SheWasPrettyMalaysia #SheWasPrettyContest, serta tag @ViuMalaysia @Blimeytoyou.
Mudahkan. Jom cuba mana tahu ada rezeki menang percutian ke Korea yang ditaja!
Arahan penyertaan boleh didapati daripada video oleh Blimey DISINI.
Peserta dengan penyertaan lengkap setiap minggu dengan karya video kreatif dan slogan yang menarik akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menang. Pertandingan ini berlangsung bermula 30 Jun hingga 28 Julai 2022.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Tentang Viu
Viu, perkhidmatan penstriman video OTT serantau terkemuka PCCW, terdapat di 16 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan, dengan 58.6 juta pengguna aktif bulanan (“MAU”) sehingga Disember 2021.
Perkhidmatan Viu tersedia secara percuma dengan sokongan iklan dan juga langganan premium yang terdiri daripada beberapa pilihan langganan). Viu menawarkan siri TV, filem terbaharu dan program gaya hidup dalam bahasa tempatan dan serantau beserta sarikata daripada pembekal kandungan terkemuka, serta produksi di bawah jenama “Viu Original”.
Viu juga menawarkan fungsi penstriman dan ciri muat turun kandungan yang mesra pengguna, dan boleh disambungkan ke pelbagai peranti n. Viu juga membekalkan pengalaman tontonan terbaik tanpa mengira peranti atau rangkaian internet.
Perkhidmatan penstriman ini boleh diakses melalui aplikasi Viu (secara percuma di App Store dan Google Play) pada telefon pintar dan tablet, TV pintar, serta di laman web www.viu.com.
Bukan itu sahaja, Viu International Limited, melalui anak syarikat Moov (Hong Kong) Limited, turut mengendalikan MOOV, perkhidmatan penstriman muzik digital dan konsert popular secara langsung di Hong Kong.

Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 16, 2022
Rating:
Waahh... Drama bersiri Yusri ya.. Macam best je ni. Ada peraduan
ReplyDeletemcm best jer citer ni tp i tak reti lah nak tgk kat viu hahhaha
ReplyDeleteDah tengok citer ini kat Viu sampai episod 10. Best sangat. Tak sabar nak tengok next episod. Korang wajib layan citer ini hehehe 😘😘
ReplyDelete