Review Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!


Tidak dinafikan filem seram antara genre yang paling digemari masyarakat Malaysia. Ini kerana genre sebegini jarang dipaparkan di kaca televisyen. Musyrik - Api Neraka Menantimu! Merupakan filem seram terkini yang sudah mula ditayangkan di pawagam. Diarah oleh Arjin Uppal seorang pengarah yang cukup kreatif dan punyai kelainan serta teknik sendiri bagi menghidupkan karya yang dipersembahkan.


Musyrik - Api Neraka Menantimu! menngisahkan Aril (Aeril Zafrel) seorang lelaki yang panas baran dan mengalami masalah dalam perniagaannya. Keadaan ini menyebabkan rumahtangganya porak peranda kerana sikap Aril yang sering menyalahkan kehadirannya anaknya Puteri (Qaseh Shuhada) yang membawa sial.


Satu kejadian telah berlaku menyebabkan isterinya Wati (Aishah Ilias) kemalangan. Keadaan bertambah rumit apabila adiknya Farah (Ruhainies) datang ke rumah danmerasakan sesuatu yang pelik telah berlaku dalam keluarga tersebut.


Apakah gangguan yang menyebabkan Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim) perlu masuk campur. Dan kenapa Aril dikaitkan atas kesilapan lampaunya yang dikatakan beliau telah menyekutukan tuhan.


Review Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!
Saya adalah peminat cerita seram. Jadi kehadiran filem ini memang saya nantikan terutama dengan adanya penampilan Ashraf Muslim sebagai ustaz. Pengambaran telah dijalankan di Sekinchan Selangor yang cukup terkenal dengan keindahan kampung menjadikan sinematografi dalam filem ini sangat cantik. Ini terutama rumah kayu klasik kepunyaan Aril, kawasan kampung sawah padi dan sebagainya.


Antara 3 watak utama saya paling suka dengan watak Ustaz Akasyah. Ini kerana bukan sahaja lakonan mantap Ashraf yang sangat bersahaja sebagai ustaz bahkan setiap bacaan ayat dari Al-Quran juga jelas diperdengarkan. Saya pasti ketika menonton, pada babak surah pendek Al-Quran dibaca, penonton Islam terutamanya akan turut membaca sama didalam hati. Seperti terikut perbuatan Ustaz Akasyah, contohnya seperti Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan sebagainya.

Jalan cerita sebenarnya agak berat tapi sarat dengan pengajaran. Banyak juga sindirian sinis yang diberikan terutama apabila umat Islam tidak menjaga solat.  Begitu juga sikap kita sebagai masyarakat yang tidak pernah bergaul, jadi apabila berlakunya kematian menyukarkan lagi keadaan.


Saya juga terpanggil dengan nasihat yang diberikan untuk tidak pernah menduakan tuhan pencipta, Allah SWT. Jangan menjadi golongan Musyrik, 
Musyrik adalah satu istilah dalam agama Islam, yang merujuk khusus kepada orang-orang yang melakukan perbuatan syirik seperti menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain secara berterang-terangan. Orang yang menyembah syaitan termasuk dalam kelompok orang musyrik.
Musyrik - Api Neraka Menantimu banyak juga babak saspen dan kejutan (jump scares). Ini terutama apabila kena rasuk dan juga babak yang saya rasa gerun sedikit ketika suara syaitan 'Azazil' memanggil sahabat syaitannya yang lain seperti Daasim, Zaknabur dan ramai lagi. Part ni memang agak meremang!



Lepas tonton filem ini menyedarkan saya betapa pentingnya seorang itu membina kekuatan dalaman terutama keimanannya pada agama. Di dunia ini bukan kita sahaja entiti yang ada bahkan dikelilingi kita kuga ada jin dan syaitan yang sentiasa mahu memanipulasi daya agar umat Nabi Muhammad akan terpesong akidahnya.

Jangan risau, filem seram Musyrik - Api Nerakamu ini  jugasebenarnya sesuai untuk tontonan semua kaum. Meraikan kepelbagian budaya dan kepercayaan agama masing-masing. Apa yang penting keseraman itu tetap ada! "Aku akan sesatkan seluruh umat Islam! Fuhhh. Setan.

Boleh tonton fime Musyrik - Api Neraka Menantimu di mana-mana pawagam seluruh Malaysia, okie.

Review Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 07, 2022 Rating: 5

9 comments:

  1. Filem ni banyak mesej-mesej dan kesedaran. Dalam kita sibuk hal duniawi, nafsu dan duit. Jangan sesekali menyekutukan Allah s.w.t. Nauzubillahminzalik.

    ReplyDelete
  2. Seram nampaknya cerita Musyrik ni. Bolehlah kawan-kawan review juga filem ni. tachod titerw

    ReplyDelete
  3. Agak seram ye cerita musyrik ni. Banyak mesej dan pengajaran yang disampaikan. Nak tonton wayang tapi macam tak sesuai nak bawak yg kecik tu. Kena tunggu la kot ada tayangan kt tv nanti ke

    ReplyDelete
  4. Tengok poster pun dah nampak level seram dia macam mana. Kalau banyak jumpscares kena tengok berteman kang tercampak pulak popcorn dekat orang depan

    ReplyDelete
  5. Cerita berat ni kadang I susah nak faham. Hehe. Apa pun tahniah kepada pelakon Asyraf Muslim sebab telah menjayakan wataknya dengan baik!.

    ReplyDelete
  6. Wahh arini dah mula tayangan kan.. macam nak pergi tengok jer weekend ni... Sure padu la movie ni looking at review kak Ayu ni... (Y)

    ReplyDelete
  7. Macam best je ni, kena cari geng hantu ni nak pi layan hahahaha...

    ReplyDelete
  8. This movie looks so scary from its trailler. I don't think I'll be watching it since its scare. However, thank you for sharing this good review.

    ReplyDelete
  9. I read the review for this movie also, macam best juga tapi seram kan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.