Roti Canai Awang , Serius Kena Singgah Kalau Ke Melaka
Roti Canai Awang , Serius Kena Singgah Kalau Ke Melaka- Kalau jalan-jalan dan singgah makan tempat viral. Orang yang boleh berjalan sama dan bersedia sebarang kemungkinan seperti beratur panjang atau tempahan sampai lambat adalah my sista! Serius! Baik Ecah (echot) atau Bik (nikit) jenis suka makan beria apatah lagi tempat viral. Kita kena cuba! Itu prinsip yang kitaorang pegang.
Kebetulan masa nak ke Johor baru-baru inu, memang short vacay betul sebab hanya satu malam sempatlah saya, ecah, mak dan Anaqi singgah Kedai Roti Canai Awang di Melaka. Dari tol Air Keroh nak ke sini tidaklah jauh mana dalam 10 minit macam tu.
Tengok cara buat roti canai macam biasa, tapi bila cuba perghh!
Kedai ini buka pagi sahaja. Dan ianya akan tutup dalam 11 pagi. Hahahahah. Nampak tak betapa singkatnya masa. Tapi ramai pelanggan ya. Kebetulan masa kitaorang datang hari Ahad takdelah sampai kena beratur, Cuma pesanan memang lama nak disiapkan. Rupanya banyak yang order bawa balik. Bayangkan kitaorang tunggu roti lebih 30 minit.
Anaqi siap makan nasi lemak dulu sebab tak tahan lapar. Saya siap buat simple video shoot produk kat situ (untuk klien), hahahaha. Asal boleh janji masa tak terbunag macam tu.
Tapi lepas dapat makanan dan makan. Tak menyesal tunggu lama. Sedap teruk roti canai dia, oits. Lembut dan tebal macam crispy juga.
Ini roti canai biasa. Tapi dia punya fluffy, ranggup dan tebal la juga memang puas hati. Kenyang walaupun makan sekeping.
Ini antara hidangan trademark kalau datang makan kat sini. Kari asam pedas rasanya. Ianya adalah kari tapi ada sedikitlah percikan rasa asam pedas. Walaupun nama menu kat situ kari, saya tetap rasa ada unsur2 asa pedas di situ, hahahah.
Sambal sotong pun boleh layan juga. Sedap.
Roti Canai Awang , Serius Kena Singgah Kalau Ke Melaka
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 27, 2022
Rating:
sedapnyaaa
ReplyDelete