Setiap hari lebih 'KAW' dengan Cloud 9

Jom kita merasai kenikmatan ekstra 'KAW' dalam setiap bar coklat Cloud 9 terbaru yang akan dapat meningkatkan semangat seseorang dan memberikan dorongan tambahan pada mereka perlukan untuk menghadapi cabaran harian. Setiap gigitan kaya dengan rasa Choco-Tarik, iaitu regangan karamel emas Cloud 9 yang diimbangkan dengan kacang tanah panggang dan nougat yang sempurna. Cloud 9 tersedia dalam varian Classic, Plus, Fruit & Nut, Overload dan Crispies.
Ya korang! Coklat Cloud 9 adalah ganjaran yang paling sesuai untuk menghilangkan penat lelah dan memberikan anda semangat. Seperti karamel dan coklat, rangkap rap dan rentak irama boleh menjadi gabungan yang lancar dan memukau fikiran. 
Rap mempunyai kuasa untuk menyemarakkan semangat di hati dan minda. Cloud 9 KAW Rap Challenge sangat bermakna kerana ia menggabungkan penyanyi rap Malaysia bersama-sama – tidak kira dari segi kerjaya atau hiburan. Seperti mana-mana usaha kreatif, rap boleh menjadi pengulangan rutin yang melelahkan. Oleh itu, berikan diri sendiri motivasi dengan coklat bar Cloud 9. Gabungan coklat dan karamel yang kaya, halus dan ‘KAW’ boleh memberikan anda semangat yang membara!

Cloud 9 KAW Rap Challenge
Yuhuuuuu! Para penyanyi rap berbakat sekalian, sahutlah cabaran dan tambahkan keseronokan 'KAW' ke dalam hidup anda dengan menyertai Cloud 9 KAW Rap Challenge untuk mendapatkan peluang memenangi barangan edisi terhad yang menarik!

 
Rancakkan rentak hidupmu! Cloud 9 kini melancarkan KAW Rap Challenge untuk menyatukan artis dan bakat-bakat TikTok menonjol bakat mereka dan menjemput warga Malaysia untuk rap bersama di TikTok.

Cloud 9 berhasrat untuk menyemarakkan semangat warga Malaysia setiap hari dan memberi motivasi kepada mereka untuk mencapai segala matlamat – menerusi pertandingan rap!
Kehidupan seharian boleh menjadi rutin yang berulang-ulang, itulah sebabnya Cloud 9 sentiasa berusaha untuk membantu warga Malaysia mengatasi kebosanan menerusi inovasi yang menarik, seperti menambahkan lebih rasa ‘KAW’ ke dalam bar Cloud 9 yang kita kenal dan gemari! Satu gigitan snek yang baharu dipertingkatkan ini mampu meningkatkan semangat anda dan membawa 'KAW' ekstra kepada kehidupan seharian warga Malaysia – inilah yang kami inginkan dengan Cloud 9 KAW Rap Challenge juga
kata Rachmawati Sutarto, Pengarah Pemasaran (Indonesia dan Malaysia), URC Snack Foods.

Warga Malaysia dijemput menyertai dan menkmati keseronokan Cloud 9 KAW Rap Challenge. Serlahkan bakat dan semangat anda menerusi rap dan tonjolkannya di laman TikTok. Rangkap rap yang paling kreatif dan menarik akan berebut peluang untuk mendapatkan beberapa barangan edisi terhad!
Kami percaya bahawa setiap orang boleh membebaskan diri dari rutin yang berulang dengan meningkatkan kehidupan melakukan apa yang mereka gemari, seperti rap! Di Cloud 9, kami menghasilkan coklat yang lebih kaya, halus dan cair di dalam mulut anda dengan lebih cepat,
jelas Jesslyn Lee, Pengurus Produk Kumpulan Konfeksi (Malaysia), URC Snack Foods.

Rapping mungkin adalah rumit, tetapi penyertaan Cloud 9 KAW Rap Challenge adalah sungguh mudah! Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia berumur lebih dari 16 tahun ke atas . Peraduan bermula pada 4 Julai 2022 dan akan ditutup pada 23:59:59 pada 31 Julai 2022.

Apa yang anda perlu lakukan ialah merakamkan diri menyanyi rangkap rap mengenai kemenangan kecil dalam hidup anda dan mengapa Cloud 9 adalah snek pilihan anda sebagai ganjaran kepada diri selepas mencapai matlamat harian. Serlahkan kreativiti dan bakat anda dengan menonjolkan kebaikan coklat Cloud 9 dengan resipi yang baharu dipertingkatkan.

Jangan lupa untuk muatnaik video anda di TikTok menggunakan hashtag wajib ‘#KawRapChallenge’ dan ‘#BaekPunyaCloud9’, dan tag @cloud9my. Pastikan rangkap rap anda mengandungi perkataan ini: Cloud 9', 'KAW', dan ‘Chocolate’ atau 'Coklat'. Segala penyertaan hendaklah dihasilkan dengan menggunakan rentak rasmi Cloud 9.
 

Rangkap rap yang layak akan dinilai berdasarkan kreativiti. Terdapat 3 Hadiah Utama untuk dimenangi; setiap pemenang akan membawa pulang set hoodie dan topi Cloud 9 edisi terhad.

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 15 Ogos 2022 melalui platform sosial rasmi

Cloud 9. Ikuti akaun yang tertera di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini:
> https://www.tiktok.com/@cloud9my
> https://www.instagram.com/cloud9my
> https://www.facebook.com/cloud9malaysia

Jadikan kehidupan seharian lebih 'kaw' dengan rap hebat anda! Untuk maklumat lanjut mengenai Cloud 9 KAW Rap Challenge, sila layari https://www.urc.com.my/ atau halaman Instagram, Facebook dan TikTok rasmi Cloud 9 yang dinyatakan di atas.

Untuk menyertai menggunakan duet link: https://vt.tiktok.com/ZSdo3dcFn/?k=1
Atau menerusi Instagram: https://www.instagram.com/p/Cfl9tjMjCkx/
Setiap hari lebih 'KAW' dengan Cloud 9 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 23, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.